Selasa, 23 Julai 2013

Biskut Raya

Salam 14 ramadan kepada semua pembaca blog WN. Emmmm,,, dah buat atau beli kuih raya ke,,, hihi. Semasa pulang ke kampung ahad lepas sempat saya singgah ke kedai yang menjual biskut dan kerepek raya,, adalah saya beli 2 balang untuk test kat rumah sedap ke tak biskut tuu,,,.itupun saya tanya kat adik cashier" tu mana satu kuih yang paling sedap. Saya pula tak boleh lama kat kedai tu sebab suami dan anak anak tunggu kat kereta. Memang rambang mata bila masuk kat kedai tu,, beraneka biskut, kek , kerepek, dodol dan lain lain lagi.






Adoii pening kan,, tak tau mana satu nak pilih. Yang paling saya suka ialah harga biskut biskut kat sini memang berbaloi baloi. Tak macam harga kat KL. Harga sebalang kuih kebanyakannya dalam 19 rm aje. Kalau kat KL tuu,, saya tengok majoriti dalam 36rm ke 39 rm. Entahlah kekadang tuu tak faham, ngapa beza sangat dari segi harga di pekan kecil berbanding dengan bandar besar.





Banyak betul pelbagai kerepek ada dijual kat sini. Nanti masa cuti sebelum raya saya nak singgah lagi kat kedai ni. Yang pastinya kerepek pedas, kerepek bawang, kerepek lada hitam akan di angkut ke KL. Hihihi. Memang biasa kalau kawan anak anak datang beraya kat rumah, memang budak budak ni akan makan kerepek. Jarang saya tengok budak budak lelaki ambik biskut kalau budak perempuan mungkin laa.

Taraa,,, tengok biskut yang saya beli dari kedai ni, habis di makan oleh si Farhan. Beby Syahirah pun suka tat nenas nii. Memang confirm sedap. Tak keras jem nya. 






Yang biskut belinja inspira tuu,, tuan rumah yang makan banyak dengan si Arissa. Kali pertama rasa biskut dari emping belinjau,,, memang sedap. Satu kombinasi rasa yang enak,, ada pahit, manis, rangup.,,, perr memang ok lah. Harganya 1 balang seperti di atas 19 rm aje. 


Tiap tiap tahun emak saya memang akan pergi ke kedai ni beli pelbagai kek. Kek pula ada dijual separuh, suku, sebiji ikut kehendak pelanggan. Rasanya pun sedap. Harga memang sesuai lah untuk orang yang duduk di pekan . Kikiki.

Kalau ada pembaca sekelian yang nak datang ke kedai nii,, tak susah , tepi jalan besar aja.Nama kedai SaraOge Confectionery,, di jalan Simpang Lima Parit Mustaffa, Parit Sulong. Kedai ni juga adalah tempat pengumpulan produk IKS. Jadi memang ada banyak ratusan biskut dari pelbagai produk ada dijual di sini.

Ok,, kita jumpa di lain catatan ya, bye.


2 ulasan:

  1. Banyaknya kuih aina...dah rambang mata jadinya nk pilih mana satu eik? Akk klu blk JB mesti singgah Air Hitam, beli kuih & kerepek2....sbb murah & sedap :)

    BalasPadam
  2. Wasalam kak rohas, kalau kat air hitam dan parit raja tuu memang pusat kerepek,, semuanya sedap n kena pandai pilih. Kalau pergi sana memang rambang mata,,,,pisang salai, kerepek bayam,kerepek tempe dan aneka kerepek semuanya ada, tinggal sediakan duit aje.

    Seronokkan kak rohas, soping kerepek raya,, memang lagi meriah di Air Hitam dan Parit Raja.

    BalasPadam