Salam mesra kepada semua sahabat pembaca WN. Semoga anda semua sentiasa sihat di samping family tersayang. Dah lama nak cerita pasal garage sales di Anggerik Mall nii,, tapi tak taulah kenapa vitamin malas asyik melanda aja, hahaaha.
Semenjak terjebak dengan mengumpul pyrex nii,, rajin pulak saya sekeluarga bersantai santai dan mencuci mata di Anggerik Mall. Hihihi,, bukannya apa selain pyrex,, banyak barangan lain yang kita boleh dapati di sini iaitu pinggan, mangkuk, teko lama, beg lama, pelita, perabut lama, tempayan lama dan semuanya lama lama lah,,,, senang cerita kena datang sendiri ke sini,, tengok dari dekat,,,, lagi best. Garage sales bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari ahad.
Bila dah borong barang tuu,, jangan lupa pula pergi ke tingkat 1 ke kedai Ipoh Loken. Cuci mata pulak kat situ. Taukeh kedai memang peramah,,, kak Liza namanya. Saya mengenali beliau semenjak tahun 2009 lagi ketika kak Liza berniaga di MAHA, Serdang dulu. Kedai kak Liza ni memang dah popular, selalu masuk tv dan majalah. Tahniah kak Liza, semoga perniagaan warisan keluarga kak Liza sentiasa maju.
Jom tengok gambar,,,,
Kak Liza bersama cikgu Mohassah, penaung kelab KEBAL
Kerusi lama, kerusi kopitiam, beg kotak lama,,,tengok tu pintu lama bercermin hijau,,, kenapalah cantik sangat terlupa pulak nak tanya kak Liza,, berapa regenya, mampu ke tak,,,
Pelbagai mesin taip lama,, pilih je mana yang suka,,,
Pelbagai dulang enamel
Gerai Puan Annisa Kamil
Waduh waduh,,, cantik betul tempayan lama tuu,,, corong minyak tanah pun ada,,, teringat kenangan zaman dahulu,,
Kak Norbie dan abang Lan
Banyak juga koleksi kak norbie dan bro lan untuk dijual,,, semua mengancam terutama "walkman" tuu,, teringat zaman sekolah kat asrama dulu2 tahun 80an,,, selalu pinjam kawan punya,,, hihihi
Gerai cik Nona Lina
Lampu picit lama, kipas lama, cermin muka lama. Semua lama yang saya nampak, hahaha. Biasalahkan,, peminat barangan lama,, bila dah suka tu, barang yang baru pun tak pandang. Adeke macam tuu,,,, adoiii,,
Gerai kak Zai pre love,,,
macam macam pyrex, corning ware, corelle semua ada. Pilih je mana yang anda suka.
Skodeng ke kedai kak Liza kejap di tingkat 1,,, memang terbaik dan puas cuci mata.
Tauke kedai yang popular dan peramah
Cantik lemari solek nii,, bila lah dapat memilikinya,,,
Rambang mata kan,,,
Susunan yang sungguh teratur dan klasik sangat,,
Pelbagai lemari lama di kedai kak Liza...emmm ada minat ke u allssssss,,,
Bergambar kenangan di depan kedai,,,, emmm dah gemukkan,,,hahaha
Bergambar bersama kak Zai pre love,,, taukeh pyrex hihi,, Tengok tuu mangkuk kaserol AG ,,,
Datang jangan tak datang cuci mata kat sini,, tempat makan dan minum pun ada di tingkat 1. Bila dah penat soping boleh relex2 minum kopi.
Ok hingga jumpa lagi, bye2.
menarik ni untuk cuci2 mata khasnya penggemar koleksi lama mcm aina..
BalasPadamterima kasih ana,, memang best singgah cuci mata di anggerik mall ni,, macam macam ada.
PadamTerima kasih Aina diatas sokongan dan ni lah tempat kebanyakan kami yg punya hobi yg sama berkumpul dan merehatkan minda melayan brg2 lama.
BalasPadamWasalam kak liza,,,, saya dan keluarga memang seronok sangat bila datang ke anggerik mall, saya boleh cuci mata tengok barang lama dan anak anak juga seronok sebab terdapat banyak barang permainan kanak kanak yang dijual di sini, lagipun tempat niaga di anggerik mall sangat luas dan tak perlu bersesak sesak. Yang menariknya di sini kak liza, kita dapat berjumpa semula dengan geng geng antik sambil berborak mengenai perkembangan barang barang lama dari semasa ke semasa. Tq kak liza kerana sudi bertandang ke WN.
PadamAnggerik mall ni dkt mn
BalasPadamWasalam dik, lokasinya di Shah Alam.
PadamKedai ini masih ada lagi ke di anggerik shah alam ?
BalasPadam