Salam mesra kepada semua pembaca WN. Semoga anda sentiasa sihat bersama keluarga tersayang. Lama pulak tak up date blog ni dari raya cina tempohari, alahai apa sudah jadi, hahaha. Bukan apa, saja saya sibuk melayan hobi baru saya yang terkini iaitu mengumpul pinggan pyrex pulak, hahaha. Taklah banyak, sikit sikit saja ikut kemampuan. Harga,,,aduyaiiiii,, lagi parah dari beli pinggan mangkuk buruk. Jomlah tengok gambar.
Pyrex bujur jenis anchor hocking, USA pemberian dari emak yang mencetus minatku mengumpul pyrex.
Si malatoppss sekarang terlajak laris dengan gelaran,, autumn glory dari company pyrex di England
Pembelian pertama kaserol bunga autumn glory,, 3 set sekali jalan,,, hahhaah
Ternampak kat online,,, apa lagi terus beli,,, dah lama suka dengan bekas kuih ni tapi susah nak jumpa,,,nostalgia semasa kecil dahulu semasa ikut emak dan bapak beraya.
Rezeli lagi,, dapat cawan lengkap 6 pasang,,,
Mula mula dapat cawan lepas tu dapat dulangnya,,,,taklah berat sangat dulang tuu ringan je
June rose nama diberi,,, merah merah delima kannn,,,,, ini pun kenangan juga masa zaman sekolah rendah dahulu,, masa tu banyak orang kampung yang mampu dan berada aje dapat beli,,,yelah nilai wang zaman dahulu pun mahal mana mampu nak beli pyrex,,,masa tu bila beraya saya cukup seronok kalau dapat tengok bunga ros merah nii,,,meriahkan,,
Kaserol bujur tetap menawan di hati saya dibandingkan dengan yang bulat
Ini saya yang mampu buat peringkat permulaan,,, suka tak,,, saya suka, saya suka, hihi.
Ok jumpa lagi, bye2.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan