Jumaat, 21 November 2014

Bila Hobi Lama Muncul Kembali

Salam mesra kepada semua rakan rakan pembaca WN. Didoakan semoga anda semua sentiasa sihat sejahtera selalu. Emmm,, dah lama juga saya tak update sebarang catatan, bukannya apa gara gara sibuk melayan cross stitch,,, beginilah jadinya.

Memang tak sangka, tup tup cross stitch punya pasal habis duit terbang beli chart dan benang. Tiba tiba je saya soping di Ampang Park kat kedai tingkat 2 tuu, sebenarnya hampir 10 tahun saya tak menyoping barang cross stitch. Bila bercinta kembali dengan hobi lama nii,,,,, adusss memanglah tak tau nak kata, hahaha. Layan gambar,,,,,



Kedai ni di tingkat 2, Ampang Park ye. Hari sabtu kedai buka jam 1 petang hingga 7 malam. Hari ahad kedai tutup dan hari yang lain jam 11.30 tengahari hingga 7.30 malam. So sila tengok timing kat atas ye kalau nak datang.




Gambar tuan rumah,,,




Sementara kedai belum dibuka,, jalan jalan kat kedai persekitaran dan ambik gambar cross stitch yang ada di depan kedai.


Jam 12.45 tengahari akak dah sampai kat depan kedai rupanya ramai juga peminat kraftangan yang sedang menunggu kedai dibuka. Ruangan yang luas kat depan kedai so siapa yang bawa kanak kanak riang tuu ,, bolehlah berlari bersama, hahaha. Tak jauh dari kedai ni ada food court dan pejabat pos. 



Penat jugak si kecik ni berlari lari



Ni yang tak tahan mata nii,, tergudasss jugak akhirnya dengan hobi yang dah lama dilupakan.



Dah beli kain dan benang untuk projek kitchen dresser nii untuk tahun depan. Terbang banyak nii, hihi oleh sebab dah lama tak buat xstitch dan faktor usia jugak, kikiki so saya beli kain yang petak besar, kira senanglah kerjanya tak payah nak buka2 benang, sekali kait satu benang je. Tengah fikir nii, macam nak beli cermin mata je kalau guna kait petak kecil.






2 gambar corak pinggan biru spode dan pasu tembikar cina,, nampak ada kelas yang tersendiri. Tuan kedai awal awal lagi dah bagitahu saya bahawa ramai orang melayu beli chart' ni dan binatang tu abaikan saja dan penuhkan saja corak pinggan seperti dalam gambar.

Yang bagusnya chart' ni dah siap dengan penunjuk arah warna warni lagi tak macam zaman 15 tahun dulu yang kebanyakannya berwarna merah dengan simbol hitam. Apapun saya beli juga paten gambar ni,, adusss 30 hengget untuk 2 keping gambar. Tunggu projek kitchen dresser' siap baru boleh buat 2 paten ni.

Ok lah, jumpa di lain catatan. Bye.

5 ulasan:

  1. Aina, lamanya tak ke Ampang Park ni,kat sini rupanya ada jual barang2 cross stitch rupanya, puas gak mencari bila berjalan-jalan tu,Insyaa Allah memang nak sangat buat semula cuma tak ada bahan...tq for sharing dear.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam ana, aina pun kali pertama pergi ke sini ana, memang puas hati kerana di sini terdapat banyak pilihan setanding dengan kedai cross stitch yang besar besar tu. Dah 10 tahun tak pegang jarum xs ana dan menyoping benangnya, kemas punya kemas stor terjumpa barang xs dan beberapa projek xs yang belum siap dan sekarang aina dalam proses untuk menyiapkannya.

      Padam
    2. yang paling tak tahan tengok warna2 benang DMC tu memang cantik, teringat dulu ada yang warna bertona tu aina,bila buat sulaman bunga cantik sangat.. kena pergi juga nanti..Insyaa Allah :)

      Padam
    3. Ye betul ana,,, sekali pandang terus jatuh cinta,,, tentang benang bertona warne warni tu dari dulu lagi memang aina admire sangat sebab emak selalu menyulang guna benang tu. Rasanya macam nak beli je satu mesin jahit untuk menyulam , inshaallah jika ada rezeki nanti. Buat masa sekarang aina cuma fokuskan untuk xstitch bagi kembalikan minat yang dah lama menghilang tu. Tq ana kerana sudi bertandang ke WN.

      Padam
  2. Tq mbak ania,, sudah mampir juga ya ke blognya. Salam kenal juga dari saya.

    BalasPadam