Rabu, 5 November 2014

Cerita Gravy Boat Pyrex Chelsea

Salam mesra kepada rakan rakan pembaca blog WN. Harini nak cerita tentang gravy boat chelsea. Awal tahun 2014 saya hanya dapat membeli gravy boat tanpa alas pinggannya. Bila ada kelapangan , adalah saya jenguk jenguk kat fb kot kot ada orang yang nak menjual alas atau lapiknya, tetapi memang tak pernah tengok pun ada orang yang menjual alasnya  disebabkan item gravy boat chelsea ni pun kira barang rare.

Hari raya puasa lepas saja saya keluarkan dari gerobok dan hidangkan bersama dengan set pyrex yang berlainan bunga, saja nak warna warni dan nampak meriah. Hahaha, bila terpandang kesian pulak si gravy boat ni macam tak lengkap, apapun yang penting sambalnya kan,,,semestinya enak dan diletak kat pyrex pulak, tapikan bila terpandang tetamu yang berkunjung ke rumah menuangkan sambal dalam gboat tuu,, nampak macam kelassss sangat,, tiba2 rasa bangga pulak,,,, yelah dulu orang kampung mana ada guna benda ni ekkk,,, tetamu  budak  kecik nampak macam jakun je tengok gravy boat, rasa nak tergelak pulakk, tapi budak2 ni pandai, siap tuang sambal dengan sopan sambil tanya kat kawan dia,,, [errr,, bekas apa nii,,],, hahaha.

Layan gambar,,,,




Simple je hidangannya,,, sate ni diberi nama sate urat ketin,  siap ada lontong daun pisang tapi kecik la,,, nak rasa jom cari kat seksyen 7 di bandar baru bangi.





Dan lega rasanya, bila alasnya muncul bulan lepas, kira hadiah hari jadi la kan,,,,




Alhamdulillah dan lengkap set gravy boat chelsea ni, Terima kasih rakan fb, kak rabiah bidin kerana menolong saya melengkapkan set chelsea ni.

Hingga jumpa lagi, bye2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan