Selasa, 18 Ogos 2015

Cerita Puasa

Salam mesra kepada semua sahabat maya, semoga anda semua sihat sejahtera di samping tugas seharian dan keluarga tercinta. Bagaimana dengan sambutan hari raya yang lepas, tentu seronokkan bila dapat berjumpa dan berkumpul dengan ibu bapa, adik beradik dan berkunjung ke rumah sedara mara sambil makan makan. So harini kita layan gambar dan cerita puasa dan raya ye,,,banyak nak story nii,,,


Yang ni kat pasar ramadan di tapak pesta Batu Pahat yee,,,, errrr tau ke pesta tuu kat mane,,, hihi






Dari jauh memang mengancam mertabak nii,,,belilah sebungkus





Birunya nasi kerabu,,,,


Kek lapis pun ada orang jual kat sini,,,,



 Beli botok2 ikan kembung, sedap jugak,,,



Yang ni memang power,, ikan bakar siakap pedas, perrr kuahnya memang terangkatt, memang tak lepaskan peluang setiap tahun kalau ke pasar ramadan pesta memang akan cari ikan bakar nii,,, bilalah nak reti buat kuah ikan bakar cam nii sedap,, hahah



Memang kenyang mertabak ni, makan sepotong je dah cukup, rasa memang boleh tahan




Lauk utama di meja makan semestinya air tangan emak, saya tolong2 je,,





Seronok bila dapat berbuka puasa dengan ibu bapa


Sangat mengkagumi dengan kerajinan emak,, sempat lagi emak buat roti jala cecah dengan kuah durian dan mee goreng masa kami keluar ke pasar ramadan,,




Ternampak kuih banjar , kuih pepudak namanya,,, enak dimakan begitu saja


Rezeki anak anak dapat makan durian segar kat rumah nenek bulan puasa ni,,


Ok jumpa lagi di cerita raya nanti ye. 

2 ulasan:

  1. Seronoknya masih punya ibu dan ayah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah mama miraki, memang sangat seronok apabila pulang ke kampung berbuka puasa bersama sama dengan ayahanda dan bonda, sesungguhnya kenangan sebegitu memang mengamit segala nostalgia lama ramadhan zaman dahulu dengan ramadhan zaman sekarang seiring dengan usia kita.

      Padam