Khamis, 20 Ogos 2015

Kami Beraya Di Malam Raya Pertama

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Didoakan semoga semuanya riang gembira bersama tugas tugas seharian. Harini sambung balik cerita beraya. Ok, pada malam hari raya pertama tuu kitaorang adik beradik berkonvoi bersama ke rumah adik beradik bapak dan saudara terdekat. Taklah jauh sangat dari rumah bapak tapi beraya dengan menaiki kereta lah. Masa ni memang kena bawa bapak n emak beraya sekali barulah bestkan,,,,,

 Bukannya apa kalau dulu dari saya kecik sampai jadi mak budak bila malam hari raya pertama nii memang kita orang semua berkumpul kat rumah nenek tapi bila nenek dah tiada 2 tahun lepas makanya rumah pusaka nenek jadi sunyi sepi dan kebanyakan adik beradik emak beraya di rumah sendiri. Bila kenangkan kembali saat itu terasa sungguh meriah sekali sebab keseluruhan adik beradik emak seramai 11 orang semuanya berkumpul bersama anak dan cucu cicit masing masing di rumah pusaka nenek, nanti free saya akan kongsikan gambar gambar lama masa raya di rumah nenek beberapa tahun yang lalu.

Jom kita tengok gambar beraya 2015 pulak,,,, masa ni kat rumah tokcik mat dan cik noi,,,




Semua sedap lauk raya ditambah lagi kalau dihidangkan dengan set pyrex,,,, waduhhhh






Giliran akak pula nak menjamu selera sampai lupa nak ambik gambar kaum kerabat semua, hahah,,hadoiiii


Arissa n syahirah, cantik tak baju raya saya,,




Cantik tingkap lama kat belakang tu kan,, lupalak nak ambik gambar depan rumah pusaka nenek belah bapak.


Okla, oleh kerana tuan punya blog sibuk menjamu selera sampai lupa ambik gambar raya, so kita throwback kenangan beraya 2014 kat rumah tok cikmat ni,,,tu pun belum sempat n3 lagi edisi raya tahun lepas haha, layannn



Raya tahun lepas dapat makan nangka fresh lagi,,, Aidil n tokcik mat








Ragam beraya,,,tengok tu kat belakang aksi farhan n adam, hihi


Sambung beraya lagi ke rumah pakcik utoh n kak asmah. Rumah mereka kat depan rumah tokcik mat je. Jalan kaki lah dekat je,,,








Meriah betul anak anak sedara nii, posing lagi macam biasa kalau tengok muka makcik dia yang ambik gambar hahaha,,, suka sangat gambar nii


Candid kamera raya 2014 di rumah pakcik utoh,








Sambung beraya lagi ke rumah tokcik yang,,,







Bukan senang nak bergambar camni tiap tiap tahun,,,alhamdulillah tahun ni bapak dapat bergambar bersama adik beradiknya dan anak cucu semua.


Makan makan sampai lupa akak nak ambik gambar raya kat dapur,,sesekali makan terlebihkan raya nii,  so kita tengok gambar kandid raya 2014 di rumah tokcik yang pulak,










Macam biasa akak dengan hobi pinggan mangkuk pyrex lama tak boleh dipisahkan,, nampak je mata tuu hahah,,,





Time ni mak n bapak budak nak berborak dengan sepupu2 mak ye, anak anak boleh layan tv,,, kikiki


Terima kasih bagi duit raya,, errrr mak budak tak dapat ke, hahah.






Meriah sangat bila beraya ke rumah tokcik,


Ok jumpa lagi dengan cerita raya yang lain.

Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan