Ahad, 18 Ogos 2013

Beraya Sambil Mencari Kuih Muih Lama


Salam ahad kepada semua rakan rakan pembaca WN. Masih nak cerita lagi tentang suasana beraya. Kali ini   beraya ke rumah pusaka lama keluarga emak. Memandangkan beraya masa malam,,, so tak dapatlah nak tangkap gambar bahagian hadapan rumah yang masih dikekalkan ni. 

Inshaallah satu masa nanti , akan saya selitkan juga dalam catatan yang lain. Kena ambik gambar dulu la jawapnya. Rumah ni masih didiami oleh adik emak lelaki emak yang bongsu. Masa beraya ni akak dan mak ngah lia serta anak anak aje yang pergi. Yang lain tak ikut sebab dah ikut ayahnya masa marhaban kaum lelaki petang tadi.







Wahh siap ada tempe goreng dicicah dengan sambal kicap lagi,,,,





Inilah dia manisan yang di tunggu tunggu,,,,manisan dari betik, nenas dan tembikai. Keserian manisan ini lebih ketara bila dihidangkan bersama piring kuih bunga kangkung dan juga diletakkan di dulang enamel berbunga lama,,,., Inilah satu satu rumah di kampung hubby yang popular dengan manisan manisan  zaman dahulu ni. Bukan senang nak jumpa manisan nii,,,, kawan kawan,, nasib baik cik nah ni pandai membuatnya. Sejak zaman muda lagi, beliau akan membuat manisan ni bila tiba hari raya atau kenduri perkahwinan anak 
beliau. 


Ok fokus gambar manisan dari dekat,,, yang kuning tuu buah betik dan yang warna putih tu buah tembikai,,,





Manisan perasa nenas,,,, sweet sweet aje taklah manis sangat,,


Nak buat manisan ni,, kena rajin merebus air gula dan di curahkan ke atas buah buahan yang ingin kita jadikan manisan tuu,, kata cik nah,,, lagi rajin kita merebus air gula tiap tiap hari,, lagilah menjadi manisan tu. Boleh juga dilakukan setiap bulan kerana manisan ini tahan sehingga setahun. Janji di masukkan dalam peti ais atau esbox kata orang zaman dulu.





Adusss,, tak boleh tahan tengok dulang itewww,,,, mau ku angkut bawa balik. Kikikiki,,,




Dodol yang masih mengekalkan cita rasa lama,, di buat oleh pakcik basori. Waduhhh,, waduhh mana nak dapat dodol macam nii,,, Sedapnye,,,,




Berlatar belakang rumah lama dengan pintu kayu serta tangga lama,,,, nampak klasik kan,, itu belum lagi bergambar dekat tingkap lama,,,,


Sambung lagi beraya ke rumah makcik di sebelah rumah pusaka nii,,, kusss semangat ternampak kuih bahulu gulung. Memang sedap sangat. Rasa pun enak. Mengikut kata wak wok,,, cara penyediaannya pun mengikut cara zaman dulu, tepung kena jemur dulu,, masih menggunakan pemukul tangan tak main guna mesin, penggunaan dapur kayu dan sabut kelapa masih dikekalkan,, sebab tuu la rasanya tiada tandingan.






Tengok tu,, wak wok siap bagi bahulu gulung lagi. Terima kasih daun keladi wak wok,, kalau ada lagi tu,, bolehlah bagi lagi. Hihi.




Taraa,, inilah bahulu gulung yang amat sedap bagi saya laa,, jem nenasnya memang terbaik dari ladang.
Ok, kita jumpa lagi. Bye.

4 ulasan:

  1. lama tak makan baulu gulung jem nenas cara dulu. sekarang org buat kek gulung..lain rasanya..

    BalasPadam
  2. wasalam kak yon,, memang kak rasa bahulu gulung zaman dulu tak sama dengan sekarang kak yon,, jauh bezakan kak,,, pada saya masih sedap yang dulu dulu. Kalau kat kampung kampung tuu,, biasanya makcik makcik yang veteran masih gagah untuk membuatnya khususnya di hari raya semata mata agar bila generasi muda sekarang beraya ke rumah mereka,, dapatlah mereka membezakan dari segi rasanya yang enak tu.

    BalasPadam
  3. selamat hari raya aina,
    seronok ya beraya di kg....byk kuih muih tradisional yg sedap2 dpt rasa. bahulu gulung tu sama plak dgn yg ada kat umah, fav tu.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga untuk kak rohas dan keluarga. Alhamdulillah kak rohas,,,banyak pula kuih tradisional dapat dirasa pada tahun ini berbanding tahun lepas. Kalau nak merasa kuih tradisional yang asli memang kena beraya ke rumah wak wak sedara yang veteran nii,, biasanya diorang yang akan buat sendiri menggunakan resepi asli nenek moyang terutamanya kuih bahulu gulung,kek bahulu lapis rempah dan kek belang coklat tu.
      Tq kak rohas.

      Padam