Sabtu, 17 Ogos 2013

Raya Beraya 2013

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Dah penat beraya ke tadi,,,,,,hihihi,,, tak kisahlah raya ni kan,,, yang muda mengunjungi yang tua,,, di musim perayaan ni, kita kena berhati hati sikit tentang bab bab makanan ni. Kadang kadang disebabkan kedai makan penuh dengan pelanggan,, biasanya diaorang' masak cepat cepat aja,,, yang jadi mangsa kita. Bila dah kena cirit birit, muntah muntah, perut memulas,,,dah takde mood nak beraya. Melepak ke toilet dan depan tv aje. Kalau orang dewasa yang kena macam tu,, bolehlah tahan sikit tapi kalau budak budak,,,kesian pulak.


Oklah,, kita sambung cerita raya. Tahun ni giliran akak beraya di kampung suami. Tak jauh dalam 25 minit dah sampai. Biasanya kalau tak ikut giliran pun,, akak memang beraya di kedua dua rumah pada hari raya pertama.Tahun ni berbeza sikit dengan ketiadaan arwah bapa mertua dan juga arwah nenek sebelah emak yang telah pergi mengadap ilahi 4 bulan yang lepas. Biasanya kami akan ke rumah nenek pada malam raya pertama,,, tetapi tahun nii tiada orang yang beraya ke rumah nenek disebabkan ketiadaan nenek di tambah pula dengan pakcik yang duduk di rumah nenek balik beraya di rumah mertua.


 So adik beradik emak beraya di rumah masing masing aje. Hahaha pecah rekod kan,,, semenjak dari kecil hinggalah dah beranak pinak memang dah menjadi kemestian kesemua adik beradik emak mesti berkumpul kat rumah nenek dengan anak dan cucu masing masing.

 So untuk tahun ni malam hari raya pertama,,, kami cuma berehat depan tv,, sembang sembang dan menunggu tetamu yang datang aja. Maklumlah dari jam 10 pagi sampai 6.30 petang beraya ke rumah makcik makcik sedara.. Perrr,, penat betul,,,,itupun rumah dekat dekat aje,, cuma lepas jam 2 petang , beraya ke rumah yang jauh sikit konvoi berkereta dengan adik beradik. Jom tengok gambar,, layannn,,,



Macam macam ada, ketupat, lontong,lemang, lopis, rendang tok, ayam kicap berempah, kari ayam, sambal udang,, emmmmm ,,,, rugikan siapa yang tak puas makan hihihi.



Tengah menunggu adik beradik yang lain bersiap siap untuk bersalaman dengan emak



Aksi si kecik syahirah mula bersalam dengan nenek,,, dia pun heran tengok makcik, pakcik dan cucu nenek sekelian mengelilingi nenek.




Wah,,, tengok aje nenek duduk kat tangga,, terus aje si kecik ni merapat,, hahahah cucu nenek lain jangan jeles,, sapa nak dapat duit raya kena cium nenek dulu walaupun acara bersalaman belum bermula lagi,,,,









Melihat emak menitiskan air mata apabila semua anak cucu bersalaman, terasa syahdu dan sayu sekali di pagi raya yang mulia bila terkenangkan arwah bapa mertua yang telah tiada. Al fatihah.



Selesai acara bersalam,, foto shooting pun bermula. Biasalah akak yang paling kecoh sekali jadi tukang anbik gambar. Hihi masih berangan bilalah nak dapat kamera DSLR yang canggih tuu,, tak kisahlah kan kamera kecik janji gambar ok walaupun tak berapa kelasss. Haha.





Emak bersama anak anak, menantu dan cucu





Emak bersama cucu cucu





My family memerangkap abang long n mak long,,





Mak ngah lia dan sera,,





Mak usu halimah, zana, nurul dan cik mat






Mama yah dikelilingi dengan anak anak sedara






Adik adik ipar yang cantik jelita





Gelagat farhan dan syahira bersiap siap nak beraya,,


Ok kita jumpa lagi di lain n3. Bye bye.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan