Ahad, 18 Ogos 2013

Raya Rumah Dekat Dekat Je,,,,,

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Masih lagi nak kongsikan cerita beraya yang dah hampir seminggu berlalu. Harini bila pergi soping barang dapur kat Alamanda,,, alamak sebegitu ramai orang memenuhi pasaraya untuk membeli barangan persiapan memasak  untuk menu rumah terbuka atau memenuhkan stok dapur. Kebanyakannya kaum wanita masih memakai baju kurung dan kelihatan juga anak anak mereka masih beraya dengan pakaian baru. Macam berpesta aja,, sesekali cuci mata,, best juga.

Ok ,,, sambung balik cerita beraya,, masa ni kami pergi ke rumah adik beradik emak yang kebanyakannya kat sebelah rumah dan kawasan sekeliling aje. Taklah jauh biasalah rumah kampung kan,,, Kami semua exercises berjalan kaki,, menikmati suasana pagi raya. Yang muda mengunjungi sanak saudara yang tua. Barulah betul.


Tengok tuu gaya farhan, amir, alif dan danish beraya. Apa yang diaorang fikir ekkk,,, duit raya keww,




Amboi,,,, tengok tuu cucu cucu wak jah senyap senyap dah makan kuih,,, mana pula kelibat mak budak n bapak budak nii,,,, macam biasalah tak melepaskan peluang ke dapur merasa hidangan yang di masak oleh makcik makcik,,,




Wahh,, tengok tuu gaya nurin memegang beg tangan mak ngah,,,, macam cikgu  nak pergi mengajar aje,,, hihi jangan marah ye nurin,, mak long gurau aje,,,





Gaya budak budak zaman sekarang,,,,





Lihat laa tu gaya mak dara melaram,,,





Perrrhh,, dasyat beraya kat rumah makcik yang anaknya jadi pengedar kerepek nii,,,macam macam kerepek ada,, penuh satu pyrex besar,,,, lepas makan kerepek minum pulak ngan air gas mirinda warna hijau,,,,, memang mantopssss,,, takpelah raya setahun sekali,,, time raya aje baru tekak boleh minum air gas,,,,kus semangat,,, hahaha,,,,

 Ok rehat sat nak balik rumah emak,,, sembahyang zohor dan sambung balik beraya sebelah petang coz perut dah penuh dengan kerepek, biskut raya, ketupat, air gas dan lain lain lagi. Budak budak pun dah tak larat nak jalan, matahari dah tinggi,,ini  baru 7 buah rumah beraya,,,,.







Emmm,, petang petang raya ni, bila dapat makan kek raya hasil air tangan makcik makcik yang veteren memang sedapkann,,, tengok tuuu ada kek belang kuning dan cokelet dan kek lapis bahulu berempah. Sedapnya,,, di tambah pulak di letakkan dalam piring kuih berbunga padi,,,, sampai habis kek dikerjakan oleh mak mak dara semua,, hihihi,, tengok tuu biskut raya semua diletakkan dalam bekas kuih lama,, cawan pun lama, kerusi pun lama,,,, adoii semuanya lama lahh,,,,




Melihatkan kita orang nii,,, makan kek kek lama ni macam orang kelaparan so wak mon pun menyuruh anaknya supaya menambah lagi kedua dua kek tuu,, yummy yummy,, anak anak pun suka makan,,,




Mengikut kata wak mon,, kedua dua kek belang dan kek bahulu berempah ni, cara penyediannya masih mengunakan teknik lama iaitu,, tepung perlu di jemur terlebih dahulu,, pukulan telur dan gula masih mengekalkan pukulan tangan dengan pemukul yang besar zaman dulu tuu bukan dengan mengunakan mesin seperti zaman sekarang. Penggunaan marjerin masih dikekalkan, tidak menggunakan mentega dan cara pembakaran kuih pun di atas dapur kayu berserta sabut kelapa. Haaaa,, kelasss wak mon nii,, masih mengekalkan tradisi zaman dulu dulu,, sebab tuu lah rasa kek bahulu dan kek belang nii memang enak sekali.




Bila tengok bunga kat frame nii teringat zaman kanak dulu,, rasanya sangat popular bunga ni kan,,, kalau tak silap dulu emak cakap,,, kaum kaum ibu belajar di kelas KEMAS di balairaya untuk buat frame bunga nii,, tapi masa tu emak tak datang belajar,, alahaiii. Kawan kawan kat luar sana ada sesiapa yang tahu buat bunga ni tak,,, kalau  ada bolehlah saya menempahnya, Nampak cantiklah.



Yang ni pun lawa,,, warna pink bunganya





Inilah dia wak mon dan mak ngah lia. Tengok tangga tu memang antik kan,,,tak sangka kami dapat bawa balik sebiji kek belang kuning coklat,,, bestnya. Sekali makan ngan mak sedara, ipar duai, anak sedara kejap  je kek tu licin. Ok cukup setakat ini,, kita jumpa di lain catatan. Bye.

2 ulasan:

  1. selamat hari raya kak aina..meriah suasana hari raya di kampung akak..kita pula ziarah menziarahi di blog ajer di syawal ini..hehe...dah lama kenal tapi tak penah kita jumpa lagi kan..one fine day..in sha Allah...

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya juga buat yatt dan keluarga.Inshaallah nanti bila bila free mana tahu kot kot kita terjumpa kat amcorp mall,, akak pun dah setahun tak pergi sana. Kita berjumpa dekat blog aje laa yatt ye,,tiap tiap hari pun boleh. Yatt tulislaa n3 tiap tiap hari,, memang tak jemu akak baca dan tengok koleksi PML yatt. Sungguh mantopsss hingga berangan kalaulah akak dapat set yang sebegitu cantik seperti semua koleksi yatt. Aduhai,,,

    BalasPadam