Khamis, 15 Ogos 2013

Memasak Hidangan Raya

Salam 8 syawal kepada semua pembaca blog WN. Dah habis beraya ke belum,,, or dah balik ke rumah sendiri. Emm sebenarnya akak pun tak habis lagi beraya kat kampung tempohari. Ye lah kekadang tuu bila kita dah sampai kat depan rumah saudara mara,,, baru perasan bila tengok kereta tuan rumah pun baru bergerak nak beraya. So kena tunggu tahun depan lah  jawabnya. Hihi.

Macam biasa harini masih bercerita tentang persiapan masakan untuk dihidangkan di hari raya. Tahun ni giliran akak beraya dengan keluarga mertua,,, jadi sebelum pergi ke rumah mertua akak dan keluarga balik ke rumah emak akak dulu,, menolong emak memasak apa yang patut. Yelah u alllsss,,,, tahun ni kat rumah akak pun takde orang cuma kakak dan anaknye aja yang tinggal bersama emak dan bapa menjadi peneman setia di hari raya. Tahun ni memang giliran adik beradik yang lain beraya dengan keluarga mertua.

Alhamdulillah bapa dan emak masih kuat dan berupaya melakukan kerja kerja memotong daging, emak membuat persiapan rendang dan sebagainya. Memandangkan kakak bekerja pada haritu so akak pun bersilat dekat dapur sekali dengan anak anak. Adoii kecoh jadinya,,,




Tengok tuu,, aksi si farhan dan syahirah habis semua nak di pegangnya itu baru nak membuang ekor sayur taugeh belum bab memasukkan beras dalam kelongsong ketupat lagi.

Akak, anak anak dan anak sedara laa yang masukkan beras kat kelongsong ketupat tuu. Walaupun bertaburan beras kat atas lantai masing masing cukup teruja. Hahaha,, si kecik syahirah pun sama habis beras di kacaunya,,,,adoiii pening sat,,,,, masing masing ikut arahan kena letakkan beras separuh dalam kelonsong ketupat tuu. Bila suasana riuh rendah dengan suara budak budak ni akak pun sampai terlupa nak ambik gambar. Bila beras dah diisi,, tugas encik suami merebus ketupat pulak. Kikiki dia pun pening gak kena cek balik beras dalam kelongsong ketupat tuu takut terlembik atau terkeras bergantung kepada jumlah beras yang diisi.

Alhamdulillah sebelum berbuka ,,, dah siap masak pun ketupat tuu. Tengok tuu bapa tengah cek,, emm ok ke tak,,,, bila anak, cucu dan menantu mengerjakan daun ketupat dan merebusnya.




Berbuka puasa dengan atuk sebelum balik beraya ke kampung papa.




Bagi masa anak anak main bunga api dulu sebelum balik ke kampung papa. Tahun ni akak takde masa pulak nak ambik gambar gambar anak anak main bunga api dan gambar panjut pelita kat depan rumah bapa. Hihihi bukannya apa,, sibuk mengisi lauk dalam mangkuk tingkat untuk mengunjung di rumah keluarga mertua nanti. Selepas sembahyang isyak, kami anak beranak bermaaf- maafan dengan bapa, emak, kakak dan anak sedara sebelum bertolak balik untuk beraya di kampung papa. Tak jauh pun, dalam 20 minit dah sampai. Ok cukup sampai sini,, kita jumpa di catatan raya ye. Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan