Rabu, 14 Ogos 2013

Persiapan Nak Balik Kampung Beraya

Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua pengunjung blog WN. Lama betul rasanya tak update blog, hihihi tengok tengok harini dah 7 syawal. Saya pun dah  balik dari kampung. Menunggu mood nak mengemas rumah muncul,,,, tapi tak muncul2 lagi. Masih teringat lagi suasana beraya di kampung. So entry harini tentang cerita raya. Kira kita gonstan ke belakang laa ya,,, nak cerita tentang persiapan raya. 


Di kampung pula internet slow sangat macam takde line,,,biasalah nama pun kampungkan,, nak upload gambar pun ambik masa setengah jam,,, hadoiiii baik makan makan kerepek sambil baring baring kat kusyen tengok tv.

Tahun nii ,, rasanya saya terlebih rajin sempat lagi buat 2 biji kek sebelum balik raya. Resepi semua tengok kat blog masakan kawan kawan,, alhamdulillah semua menjadi. Biskut pulak buat 2 macam aje,, cornflakes madu dan chipmore ala ala famous amos,,,,,, cukup teruja sebab semuanya sedap sedap. Layannnn,,,




Pada mulanya dapat 4 balang,,,, lepas tu tinggal 2 balang aja dalam sehari anak anak boleh habiskan 2 balang,,,,, resepi yang senang dari kak yatie, sinar kehidupanku,,, so sesiapa yang nak buat sila tengok kat link blog ya.

Ini percubaan pertama buat biskut coklat chips ala2 famous amos" tuu,, tengok daripada resepi kak wan,,, fuhh memang sodap,,, satu balang sudah habis budak budak kerjakan lepas berbuka,,,,




Tengokla tu,, eksyen nak buat 2 adunan,,, ingatkan sikit aje tapi bila dah campur tepung semua,,, mak aiiii banyaknya,, sapa nak tolong mengentel biskut nii. Lepas sahur ingatkan budak budak ni nak menolong,,, tapi lepas mandi aje, tengok tv dia orang terus tertido depan tv,,, huhu kesian mak budak buat kerja sorang sorang.



Biskut ni tak boleh buat gemuk gemuk,, kena sedang sedang aje,,macam yang kita beli kat famous amos" tu taklah nipis sangat,,kalau gemuk dan montel sangat , jadi tak rangup dan biskut ni akan kembang semangkuk. So kat tray tu tu kena jarakkan supaya dia boleh mengembang seadanya.


Dan inilah hasilnya,,,


Dapat 4 balang gak,, as usual satu balang dah dimakan oleh si farhan dan syahirah,, sedaplah tuu kot hihihi,, 


Harini 6 ogos,, agenda lepas berbuka puasa nak balik kampung cuti beraya. So dengan rajinnya lepas sahur mak budak dah siap siap dengan bahan bahan nak buat kek raya. Kesian kat emak di kampung, kalau dulu emak memang terer dan johan kek lapis betawi dan kek kukus tapi memandangkan faktor usia emak dah tak sekuat dulu so konon kononnya ,,, akak ni kira nak jadi pandai macam emaklah ,, salin resepi kat spice journey kak shiela cuba try buat kek kukus. 


Emmm sebenarnya akak ni taklah berapa suka makan kek kukus buah nii,, tapi nostalgia kek raya yang emak buat tuu cukup kuat sampai akak pun berangan nak buat juga. Alhamdulillah kek menjadi. Sampai saja kat rumah emak,, tak sabar nak tunjuk kat emak,,, emak kata boleh dah nii,,, bapak pun kata ok, yelah bab bab buat kek ni kita kena praktis selalu,, bukan time raya aje baru nak buat kek,, hahaha akak laa tuu.


Haa inilah dia gula yang telah di hanguskan dan di campur dengan semua bahan bahan mentega, kismis,buah buah ceri,,,



Memandangkan pengukus yang akak ada pun kecik molek dan tak muat kalau diletakkan loyang 4 segi jadi akak guna aje loyang bulat,, tengok tuu,, ok juga kan,,,so lepas ni bolehla kumpul duit beli pengukus yang besar, haha


Inilah hasilnya,, kek kukus buah cubaan pertama akak setelah dikukus selama 3 jam setengah.


Sambil menunggu kek kukus buah masak, akak pun menyediakan bahan bahan untuk buat kek lapis asam manis pulak,,, fuyoo bersilat kat dapur sementara si kecik belum bangun tidur.



Nak buat lapisan warna pink dan hijau pulak, selalu akak buat lapis warna kuning dan hijau. Resepi  kali ni dari kak shiela spices journey juga,,nampak canggih lak, guna seri kaya dan biskut cream crackers hup seng, selalu akak guna biskut marie aje,,,tak sabar nak rasa nii ,, oppps puasa kena tunggu lepas buka nanti.



Setiap lapisan dikukus dalam 15 minit,,,,boleh buat facial wap muka sekali,,,


Dah jadi dah kek asam manis ni,, sejukkan dan sedia untuk dimasukkan dalam kotak kek dan dibawa balik ke kampung.

Oleh kerana malam ni lepas berbuka, nak gerak balik Batu Pahat so berbuka dengan spagetti ayam aje,, kes dah penat buat kek raya. Layannn,,,



Ok, kita jumpa lagi di cerita selanjutnya. Bye2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan