Jumaat, 13 November 2015

Lamanya Tak Jumpa

Assalamualaikum kepada semua sahabat maya, semoga semuanya sihat sejahtera. Dah lama kita tak jumpakan, biasalah faktor usia hihi ditambah pula bila kemalasan melanda, so harini kita tengok gambar gambar sampul raya yang dah berzaman gambarnya tersimpan dalam laptop ni. Jom tengok n cuci mata. Kiranya dah lama juga akak menyepi dari dunia sampul angpow ni, kalau dulu memang suka bertukar tukar sampul raya dengan rakan fb tapi sekarang ni cuma mengharap aja setiap kali musim perayaan, kalau membeli belah di mall tu, dapatlah. 











Nenek naik motor besar ohh,,,



















Saya lebih suka mengumpul angpow yang ada gambar kartun, nampak meriah sangat. Ok kita jumpa lagi nanti, bye.

Selasa, 20 Oktober 2015

Nasi Beriani Mohd. Shah Batu Pahat

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Harini nak cerita tentang kedai nasi beriani yang sangat popular di Batu Pahat iaitu kedai nasi beriani mat sah. Terletak berdepan dengan hospital Putra dan tempatnya dikenali dengan nama benteng peserai.

"Nasi beriani mat sah" memang sangat popular pada orang BP tak kisahlah yang duduk di kampung ke, bandar ke dan kebiasaannya siapa datang lewat ke gerai ni tak dapatlah merasa nasi beriani tuu,,emm layan gambar yee sekali sekala kalau balik BP tiba tiba dok teringin nak makan beriani memang kitaorang akan melepak di sini, taklah selalu hihi.








Nenek dan cucu








Meriah sungguh bila makan nasi beriani beramai ramai. Kalau nak tau sedap ke tak, kenalah datang BP dan rasa. Anyway gerai ni memang sentiasa ramai pelanggan n kena berataur tau untuk order nasi beriani. Ok jumpa lagi.

Isnin, 19 Oktober 2015

Melayan Buku Masakan

Assalamualaikum kepada semua para pembaca blog WN. Lamanya kita tak bercerita di alam maya kan,,tak taulah kenapa mood yang bermacam macam melanda, bila mood dah datang pulak, wifi slow melow,,,, udahnya terus tak tulis sebarang cerita kat blog ni. Diharap agar pembaca semua sihat selalu disamping tugas seharian.

 Baru baru ni bayaran tol pulak naik di tambah lagi dengan gst yang sedia ada so agak terkejut jugak kalau harga barang2 makanan melambung naik begitu juga dengan barangan bakeri untuk kek, roti dan kuih muih. Jadinya secara tak langsung aktiviti berexperimen akak untuk membuat kek n roti sudah beralih arah dan hanya tertumpu kepada aktiviti membaca buku resepi yang sedia ada. Jomlah layan gambar.



Buku resepi dari Aini Salim,,, syok juga baca n gambar pun cantik2, tak buat pun tak pew janji syok sendiri dalam dunia kek n biskut.






Sangat menarik buku masterchef dr.Ezani nii, bahasa yang santai n senang difahami.



Gara2 duduk bersila sambil baca buku resepi minah arab ni di popular book shop,,, akhirnya aku terbeli juga,,,, aduyaiiiii errrr macam susah jee bahan2nye,,,



Mula2 beli koleksi pertama yang memang terlaris tuu,, sekali baca memang boleh masuk akal semua resepi2nya memang best, lepas tuuu terjebak lagi dan beli lagi 2 edisi yang berlainan,,, resepinya bolehlah tapi taklah semantap resepi edisi terlaris kalau nak tambahkan pengetahuan tuu oklah.





Rasa seronok sangat dapat beli buku ni dengan harga berbaloi baloi masa pergi ke karnival usahawan desa di putrajaya bulan lepas,, memang best tapi memandangkan dah terbeli barang lain so beli ngam2 budget ajelah.

Apapun sekarang ni memang agak dah slowdown kumpul pinggan mangkuk  dah suka beli buku n baca buku resepi je. Ok jumpa lagi, Bye.

Selasa, 1 September 2015

Masakan Banjar Untuk Tetamu Datang Beraya Ke Rumah

Asssalamualaikum semua. Harini kita tengok gambar makanan orang banjar johor ya, nasi gaul dan kuah belacan bersama lauk kari. Sedap tawww. Adik ipar pun first time makan, hihi. Saja buat kelainan untuk raya tahun ni memasak lauk banjar pulak.




Air belacan yang sedap,,, ni puji diri sendiri ni,,,



Kiranya daging tu lebih kurang macam masak daging tomato je,, boleh pilih samada nak rebus daging atau ayam sebelum masakkan kuahnya.




Sangat popular nasi gaul ni bagi masyarakat banjar  di johor 




Ok jumpa lagi di lain catatan.

Bunga Api Dan Hari Raya

Salam ceria kepada semua sahabat WN. Jom layan gambar anak anak n anak sedara main bunga api. Bila tengok budak budak ni bermain bunga api, teringat zaman kecik kecik dulu. Apapun memang kena ada pengawasan daripada orang besar apabila bebudak ni bermain bunga api. Seram jugak ohh bila bermain dekat dekat tuu,,