Rabu, 26 Oktober 2011

Rindunya Bila Dah Lama Menyepi,,,,





Salam kepada semua teman teman blog, rakan rakan fb yang mengenali saya dan kepada semua pembaca setia warisan nenek di mana saja anda berada. Semoga semuanya sihat walafiat di samping keluarga masing masing. Lama juga saya menyepi berblog nii rasanya hampir empat bulan. Sekarang nii baru ada mood rajin sikit,, hi3 jomla tengok gambar teko kotak jenama sadler dari England ni,, hobi baru saya semasa menyepikan diri nak cari teko kotak berbunga ros yang dari Jepun dan China memang dah lama tak nampak pun. Menyorok agaknya kat kedai antik.




Teko kotak yang nii sempoi je dengan kuntuman bunga ros merah dan kuning,,,,




Yang nii memang bergaya henglishhh,,,, hansome kan,,,

bye tata, titi tutu,,jumpa di lain catatan.

Sabtu, 9 Julai 2011

Dumex For Sale


Salam kepada semua geng geng yang meminati pinggan mangkuk lama. Harini rasa nak jual barangan dumex pulak,,,



Label seperti di atas terletak di bahagian bawah teko dan tureen,, jom lihat,, mana tau berkenan terutama peminat dumex laaa,,,,




Teko jinjang rm 150




Teko sederhana biasa rm 120




Tureen yang polos nii, rm 200 dah bagi murah nii,,,,


Berminat, sila message ye 019-2601585

Khamis, 7 Julai 2011

Suka Suka Sales


14 inci oval plate ros hitam kehijauan rm 50





Piring kuih vcr meakum standard 6 pcs rm 50






Teko siku ros hitam kehijauan rm 150

SOLD






4 cawan bunga ros hitam besar n 2 cawan bunga ros hitam sederhana a shape 6 cawan n 6 alas rm 130


SOLD






6 cawan japan mulut lebar gold lining tanpa alas rm 90

SOLD






Oval plate cun vcr made in china, berat n berbunga terang 12 inci rm 70


Berminat sila message di talian 019-2601585. Harga tidak termasuk pos. Tq.


Jumaat, 10 Jun 2011

Keluarga Si Kekwa Jepun





Salam 1 Malaysia, masih bercuti lagi ke atau sudah balik ke rumah masing masing, cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya semoga rakan rakan semua happy dan gembira di samping riuh rendah anak anak di rumah sepanjang dua minggu ini. Harini layan gambar si tureen bujur 10 inci nii, sungguh cantik dengan coraknya dan warna bunga yang cukup segar,,,










Gembira sungguh rasanya kerana berjaya menambahkan lagi adik beradik tureen si kekwa jepun nii kalau dulunya hanya ada tureen oval kini bertambah meriah dengan kehadiran tureen bujur ini. Saya masih mencari cari si teko aladin dan juga teko kotak sepertimana yang dimiliki oleh ratu PML kita saudari Yatt, yang saya tidak pasti dengan kewujudannya di alam online ini. Kena tunggulah jawapannya kan, kalau ada rezeki tidak ke mana,hi3. Bye bye.

Selamat berhujung minggu.

Rabu, 8 Jun 2011

Nampak Macam Sama Tapi Tak Serupa Si Bunga Kangkung



Salam kepada semua rakan rakan PML di luar sana, harini jom layan gambar gambar teko bunga kangkung nii,,, yang atas tuu teko apple,, akak baru tau dik ada teko patern nii, ha3




Perbezaan dua teko aladin yang tersangat lawa nii, sebelah kanan bunganya seperti gambar di bawah, cun ke tak, kawan kawan?,,,





Dapat dua keping oval plate yang bulat ni pun ok, akak bersyukur sangat, dah tergoda dengan bunga niii ala ala ayuuu jee,,,






Gambar dekat corak bunga yang jelita nii, berdedalu pink di bunga hijau dan berdedalu hijau di bunga pink, hi3 apa salah cop ke ape kilang buat teko dan pinggan ni,,,, ha ha




Inilah tekonya dari dekat nii, ada sedikit latar belakang kebiruan di belakang bunga





Teko siku berbunga besar sungguh gedabak yang memikat hatiku untuk membelinya






Perbezaan begitu ketara dengan teko siku berbunga sederhana tuu,,





Lawa ke tak teko nii,,,,





Teko bunga kangkung tinggi lampai yang sungguh unik, walaupun bukan penutup sebenar akak rembat jugak dah lalu di depan mata ni, hi3 kalau nak tengok penutup sebenar silalah ke blog cik Azian ratu kangkung kita tuu atau klik di sini


Ok, happy holiday yee, bye.

Selasa, 7 Jun 2011

Uniknya Teko Kotak Lama




Salam 1 Malaysia, semoga rakan rakan semua sihat di samping bercuti cuti Malaysia nii membawa anak bercuti tak kisahlah samada balik kampung ke, melancong ke pulau ke, mencari barang lama di pasar karat satu malaya ke, pergi jemputan pengantin ke dan apa yang penting anak anak happy di musim cuti sekolah ni. Jom cuci mata dengan teko kotak yang unik ini, memang berseni, design yang cantik, bercorak bunga bungaan.





Tu dia gambar corak bunga dari dekat, cun takk,,,,





Kalau kawan kawan nak teko set cawannya, silalah lihat di blog kak shas ye atau klik jee di sini


Pemandangan dari belakang teko, kuning polos jee,

Ok cukup setakat ini, kita bertemu di lain catatan. Bye bye.
Selamat bercuti.

Isnin, 23 Mei 2011

Lagi Sales






6 cawan dan 6 alas warna pink terang, rm 60 hanya 1 cawan ade sompik sikit saje seperti dalam gambar.













Teko cantik big roses berbunga besar depan dan belakang rare tauuu,,
rm 120





Berminat sila message saya di talian 019-2601585




Sabtu, 21 Mei 2011

Sales Teko Lagi









Teko besar bunga padi rm 90 sebiji,,

dan

2 biji cawan dan 2 piring berbunga terang rm 40





Berminat, sila message macam biasa ye,, tqq ,,

Selamat berhujung minggu, byee

Khamis, 19 Mei 2011

Lagi Sales









Empat biji cawan berkaki retro rm 50 bunga reben biru dan pink






Kepada sesiapa yang berminat di luar sana sila message di talian 019- 2601585

Harga tidak termasuk pos. TQ.



Selasa, 17 Mei 2011

Jualan Lelong Sempena Setahun Usia Blog


rm90 6 pcs cawan n piring medium mini 5 roses





Creamer pemandangan dari Japan rm 50, ada crack sikit kat bawah muncung, gambar depan jelas dan terang






Sepasang senduk kekwa merah rm 100 tinggal sepasang sahaja, made in cina masih baru dan berkilat, dah takde stokk lagi yee,,,







Periuk tingkat ayan rm 50, masih baru tidak berkarat








Teko tinggi polos pink rm 60







Teko medium bunga kangkung rm 50 berbunga besar di depan dan belakang, cop tulisan cina di belakang teko





Salam semua kepada rakan rakan maya, jualan di atas sempena usia blog Warisan Nenek yang berusia setahun pada 15 hb mei yang lalu, jadi dikesempatan ini saya ingin menjual murah murah jee serba sedikit barang PML yang saya ada. Kepada sesiapa yang berminat sila message saya di talian 019- 2601585. Harga yang di nyatakan adalah tidak termasuk pos, Tq

Sabtu, 14 Mei 2011

Yang Berbunga Bunga Saja Ya





Hai, bertemu kembali dan selamat berhujung minggu kepada rakan rakan maya semua. Hari ni nak kongsikan gambar tureen cute dan comel nii, dalam 10 inci je. Rasanya ramai geng geng antik dah ada tureen ni, bunga rose japanese hi3,,, jomle lihat gambar







Cute dan comel kan, hi3 puji untuk diri sendiri







Pandangan dari sisi, memang mantopp rasanya teringin juga nak cari yang oval tapi tak taulah bila nak berjumpa dengan kembarnya kan, ok la kawan kawan, permisi dulu,,
Ta taa ti tii tu tuuu, bye

Khamis, 12 Mei 2011

Teko kotak Berbunga Reben





Selamat pagi khamis kepada semua rakan rakan antik di luar sana. Jom harini kita layan gambar teko kotak bunga reben ni yee, dah ramai dah otai otai antik yang ada teko bunga reben nii, apapun bunganya memang cunn melecunn.








Cantik di mata, cantik di hati dan semuanya indah belaka. Salam mesra di angin lalu, daaaa.

Rabu, 11 Mei 2011

Tureen Bunga Yang Di Lukis




Salam semua rakan maya, tidak terlambat rasanya lagi untuk saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua kaum kaum ibu di luar sana, semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik untuk anak anak kita. Hari ni kita cuci mata ye tengok tureen yang cute ni, panjang dalam 11 inci dan lebar 7.5 inci, comel kan, walaupun badannya tidak berbunga tetapi saya sudah terpaut dengan keunikan dan kecomelan tureen ini, jom layan gambar,,,,








Cantikkan bila dipandang dari atas, lukisannya sungguh unik. Pemegang tureen pun masih berlekuk lekuk dan hanya sedikit sahaja rim emas yang kelihatan, body tureen pun berombak ombak macam citarasa pengumpul PML yang sentiasa ternanti nanti tangkapan seterusnya di hujung minggu untuk " menghunting dan membeli PML. Ok cukup setakat di sini ya, kita bertemu di lain catatan, daaaa.