Isnin, 14 Julai 2014

Bumper Raya Majalah Saji 2014

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog WN, dah 16 hari kita berpuasa ye,, kejap aje kann,,,dah nak buat persediaan untuk hari raya pulak. Dah habis ke agenda soping menyoping tu,, hihihi. Oklah tukar topik lain lak,  agak sukar juga untuk saya mendapatkan majalah saji edisi julai 2014 nii,, dekat 2 minggu lebih berpuasa baru dapat jumpa majalah nii,, biasalah kat pekan atau bandar kecik,, bila masuk kedai je semua cakap,, dah habis, stok dia orang antar tak banyak,,,hari pertama jual pun dah habis,,, dan lain lain lagi. Tup tup turun kat KL,, kedai yang saya agak kurang orang ramai yang berkunjung,,, naaaahhhh banyak lagii,,,, sukanya akak,, nasib baiklah dapat majalah kesayangan akak nii,,, jomlah layan gambar2 menarik ni, resepi pun tip top, boleh cuci mata jugak kalau malas nak masak. Bila pandang2 je dah teringat suasana masak memasak untuk raya kan,,,,seronoknya.



majalah kesayangan ni,,,,



Ruangan sembang manja yang mengamit memori cerita beraya,,,,





Boleh juga siapa yang rajin tuu,, nak masak cara orang melayu bugis versi chef adu,,



Kalau rajin ingat nak buat kek batik ikut resepi majalah saji macam kat atas ni,, selalu buat kek batik tapi tak pernah letak kacang tanah, jom kita try



Sedapnya air oren letak serai,,, nanti nak cuba juga,,,,

Ok bye2,, jumpa lagi.

Jumaat, 11 Julai 2014

SDR 2014

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog WN. Diharapkan agar anda semua sihat sejahtera bersama keluarga masing masing. Rasa malas yang melampau pulak bila nak meng"update blog tapikan bila tengok ramai pembaca yang bertandang ke sini,, emmmm takle ramai ,, kira oklah dari takde langsung,, hahaha dan tengok resepi biskut raya,,, tiba tiba aje akak rasa bersemangat nak update blog,, hihi. Oklah kita ambik mood dulu dengan koleksi sampul duit raya 2014 yang akak dapat hasil menyoping baju anak anak dan barang dapur kat supermaket. Layannnn,,,,



Sogo,,, biasa tiap tiap tahun memang soping kat sini,,,,tema tahun ni bunga orkid u,,,






Kebommmm,,,, hihi tu diaaa,, beli baju untuk anak 5 orang,,,, kata je sales murah2,,, takde pun murahnya,,,, itu emak bapak punya baju, handbag, kasut, aduyai belum masuk senarai. Dapat juga akak paperbag tuu walaupun seketul,,, bahagian kanak kanak sampai habis paper bag,, itupun akak minta kat kaunter baju lelaki yang tak ramai orang, kena tunjuk resit lagi baru diaorang nak percaya,,, kalau tak boleh dapat  3 paper beg.Nasib baik  sampul raya masih ada dekat information kaunter. Kalau tak sure akak complain terus hihihi,,,




Zoom depan belakang sampul sogo,,,



Sampul raya princess dan barbie,, dapat 2 paket,,, itupun sebab beli baju dia yang comeiii tuu,,,akak tanya tahuuu,, rasanya kalau customer tak tanya akak rasa  ,, sales girl tuu tak bagi kot,, hahaha, nasib baik dah baca buku raya sogo tuu.



Ini sampul dari pureen,,, beli baju tidur syahira tahu,, bukan minta  free sesaja,,, kikiki, tapi baik pula sales girl ni bagi lebih kat akak,, agaknya customer pureen lain tak minta kot,, 



Last minit sementara tunggu waktu nak berbuka kat kopitiam sogo tu,, akak jalan jalan kejap,, terus pergi dunkin donat,, ingatkan nak beli donat sekotak tetapi tinggal 2 ketul aja yang tinggal,,, alahai so akak belilah satu donat tuu dan tanya sampul raya ada tak,,, alhamdullilah dapat 2 paket,,, memang cantik dan lucu sampul tuu.




Berbuka puasa kat kopitiam sogo ni,,, makanan pun sedap n ok,, harga berpatutan.



Jusco exclusive,,, yang ni dapat dengan belian rm180 kat mana mana kedai dalam jusco tu yea,, bukan aeon jusco punya kedai, hahaha,, sila tunjuk kat kaunter informasi untuk dapatkan sampul raya yang cantik nii. Akak dapat sebab bayar bil tepon dan makan kat kfc. Ok tak planning semata mata nak dapat sdr,, kenalah buat camni,, lagipun kalau bayar kat kaunter maxis n digi pun sampul raya tak kuar lagi. So kalau boleh yang mana senang angkut,,, angkutlah kedua duanya dari takde dapat apa apa langsung.



Depan dan belakang sampul,, ada warna keemasan kat rama rama tuu,,



Yang ni dari aeon jusco sendiri dengan belian rm100 keatas,,, alamak cashier tebus hadiah tuu memang bagi betul2 ikut harga resit,, kalau 99 rm rasanya dapat tak,,, teringat cerita lama dulu masa nak tebus angpow kit kat,, kuran 10sen pun berkira,,, terus akak sound kat manager sedangkan harga asal telah diberi diskaun.





Sampul duit raya zizan ,, sangat lawa, jomlah beli coklat kit kat dengan pembelian rm10 dapat sepaket. Jangan takut kalau yang jaga kaunter hadiah tu tak bagi,,komplen aja sebab coklat ni telah diturunkan harga mengikut pasaraya masing2,, ada yang 9.90 dan 8.90rm.

Ok,, cukup setakat ni,, bye2 dan jumpa lagi.

Jumaat, 4 Julai 2014

Salam Ramadan

Selamat berpuasa kepada semua rakan rakan pembaca blog WN. Harini dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Semoga tahun ini puasa kita lebih diberkati oleh Allah S.W.T dan sama samalah kita melipat gandakan amalan kita di bulan ramadan yang mulia ini.