Jumaat, 3 Mei 2019

Cuci mata di Amcorp Mall 2018


Hai semua rakan rakan,,,, jom layan gambar ye,,,,,
Gambar gambar ni saya ambil masa jalan jalan di Amcorp Mall di sepanjang tahun 2018.

        

Takde lagi set cawan merdeka yang unik tuu,,,,,mana nak cariii,,,







Mainan


Bawak MIL bergambar  dengan beg tepung tuuu,,,ada kenangan kata emak masa zaman dulu.





So far akak belum terjebak lagi dengan mengumpul tin tin keluaran lama hanya takat tin biskut julies, kit kat and cornflakes aje... No parking place dah kat rumah. Tapi hakikatnya nampak tin tin lama tuu sangat nostalgia kan. Bertuah sungguh badan kepada teman teman kolektor sehobi yang dapat mengumpul keseluruhan barangan lama. Syabas dan tahniah ye.






Tiba tiba lak Syahirah tak takut bila bergambar dengan  watak2  animasi tuu,, hahah sebab abang dia ada kat belakang,





Aneka tabung    








Dacing lama







Terjumpa dengan kak norbi,seorang kolektor pelita yang saya kagumi





Ok cukup sampai sini,,jumpa lagi.

Isnin, 22 April 2019

Unifonekad Kartun Lat





Salam semua kepada geng geng blogger
Didoakan semoga anda semuanya dalam keadaan sihat sejahtera

Cantik tak kad tepon kat atas tuuu,,,,
Sebenarnya saya bukanlah pengumpul kad kad lama uniphone,,
Tup tup terpandang  kad ini terus berkenan
Harganya pun 10rm.. so very reasonable price
Akak pun beli.

Bila tengok karektor kartun yang perempuan tuu bergayut lama lama kat public phone"
 teringat kenangan saya zaman zaman dulu semasa bercinta awal tahun 1990 an",,, hahahaha
Tapi takdelahh ramai sangat orang menunggu macam kat atas tuu,, takat seorang dua je,,,,,
Pastinya kenangan lalu akan sentiasa mengusik jiwa lebih lebih lagi kalau terpandang lukisan atau hasil karya dari  Datuk LAT.

0k,, jumpa lagi ya.

Ahad, 21 April 2019

Aktiviti Bila Balik Kampung

 Ni kuih kegemaran akak,, pais namanya atau lepat pisang. Biasanya bila balik kampung semestinya emak akan buat kuih ni,, habis satu dulang akak makan,, hahaha.

Hai,,,,,
Salam semua kawan kawan
Semoga sihat selalu hendaknya.
Jom layan cerita akak




Biasanya kalau tiada aktiviti nak buat petang hari dan tak tau nak pergi mana,, bolehlah melepak di pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Bolehlaaa rilex rilex kejap tengok pantai.


Macam biasa breakfast waktu pagi ,, bolehlah pergi ke pasar besar Batu Pahat dan makan di Ramly Kopitiam.Sambil makan sambil cuci mata.

















 Tuu dia Farhan makan sampai kenyang,, dah sendat baju,, hadoiii,
Masa tu berkesempatan jumpa uncle n auntie yang dulunya owner kedai Chop Tong Ah. Saya pernah buat catatan kedai Chop Tong Ah beberapa tahun dahulu sebelum pakcik Ramly Kopitiam mengambil alih. Pakcik Ramly yang berbaju biru tuu.

di sini

Macam biasa bila balik BP dan nak ronda ronda pasar karat ,Danish, Farhan dan Syahirah mesti nak ikut. Semestinya nak makan nasi lemak bungkus di Ramly kopitiam dan nak cari mainan atau tengok tengok kat pasar karat.



Dah besar dah Danish,,, dulu masa p makan kat sini baru darjah 5




Dulu masa catatan pertama,, syahirah masih kecik , ni dah darjah 1,, cepatnya masa berjalan kan,, tuulah kelebihan berblog,, boleh tengok gambar anak ketika masih kecil,,



Farhan tak melepaskan peluang makan nasi lemak bungkus ,,, sedap katanya







Bawak anak ronda2 pasar Batu Pahat,








First time tengok buah buahan besar besar macamnii,,,,



Apa yang penting sebelum balik rumah,,, mesti nak beli kuih putu piring Wahidah yang sedap sangat nii. Memang tak menghampakan walaupun kadang kadang tuu terpaksa beratur menuggu giliran,




Itu saja cerita dari saya,, jumpa lagi di lain catatan,

Rabu, 17 April 2019

Rindu Zaman Berblog Dulu.


Assalamualaikum semua kawan kawan. Diharap semuanya sihat sihat.
Dah lama tak berblog. Rindu masa zaman berblog dulu.
Tunggu kemunculan coretan dari saya yee,,,