Khamis, 28 Mei 2015

Belajar Deco Kek Dengan Lea Oven

Salam ceria kepada semua sahabat maya yang sudi berkunjung ke WN. Harini nak cerita tentang belajar ke kelas deco kek, hihi jangan gelak ekk dari kumpul barang buruk dan lama terus je hobi bertukar arah ke suka masak masak, buat roti dan kek pulak, emm dah tua umur 40 baru nak belajar. Apapun dah nama kaum wanita kan, bila dah suka bab masak masak tuu , semua peralatan baking, periuk, kuali dan macam macamlah memang perlu ada supaya proses memasak atau baking nanti lebih mudah. So sekarang ni akak memang dah stop sangat membeli belah barang barang lama ni, tapi tetap suka mencuci mata kalau pergi ke Amcorp Mall tuu. Cuci mata aje tawww.



Ok nak cerita, kelas kek ni memang advance taww, jangan jadi macam akak dok terkedek kedek nak buat buat ros dan macam macam bunga tuu, boleh dikatakan secara keseluruhan kawan kawan yang pergi kelas ni kesemuanya memang dah terer dan dah biasa ambik tempahan buat kek.Kiranya akak ni main 'redahhh je,,haha. Akak nii ambik sebiji tempahan kek pun belum n masih dalam proses pembelajaran lagi.




Apapun akak bersyukur sangat kerana dapat menghadirkan diri belajar deco kat kelas ni sebab tenaga pengajarnya memang hebat, banyak ilmu yang akak pelajari dari tak tau kepada tau. yelah maksud akak dari tak pernah pegang piping beg kita belajar bagaimana cara memegang yang betul, cara menggunakan scrapper kek, cara buat bunga rose dengan paku pusing2 tu dan sebagainya, jomlah layan gambar,,,,






Cikgu lea oven tengah tunjuk cara nak membuat bunga di atas kek,,, boleh ke tuwwww akak nii, mencabar jugak nak buat bunga2 floral wreath buttercream nii.





Nah, inilah hasilnya,, macam tak percaya jeee,,, bolehhh baaa kala kau'


Yakin bolehhh,,,


Buat sebiji kek pun terkial kial, apalagi kalau ambik tempahan banyak macam nii, tak dapat nak digambarkan,, hasil sentuhan rakan rakan yang menuntut ilmu dekorasi kek ala ala k-pop style jugak.




Farhan terus serbu kek bila sampai rumah,,,



Siap potong lagi kiranya kek hari jadi dialah mama bawak balik sebiji kek, hihi minggu lepas birthday boy ni makan sepotong kek je untuk birthday kat secret recepi tu sebab dah kenyang makan spageti. Ha makan puas puas ye farhan.


Anyway keknya pun sangat sedap , budak budak ni kata macam aiskrim vanilla, pertama juga akak diperkenalkan dengan vanilla extract, emmm sebelum ni cuma tau jenama star brand' tu aje. Begitulah dikatakan proses mencari ilmu kan,,,,

Ok, jumpa lagi.