Rabu, 30 Jun 2010

Selamat Hari Jadi Arissa

Hai kawan kawan semua. Bertemu kembali. Semalam hari jadi Arissa yang ke enam tahun macam biasala dia nak sambut dengan guru guru dan kawan kawan di tadika. Jom kita lihat betapa meriahnya suasana di tadika apabila kanak kanak dan guru guru menyanyi. Bila nak tiup lilin tu semua kawan kawan pun sibuk tiup sama.Ha macam tulah semangat satu Malaysia. Baguskan kanak kanak ni walaupun masih kecil tapi sudah diterapkan dengan perasaan hormat menghormati dan sayang menyayangi dengan kawan kawan yang berlainan bangsa dan agama.

Anakku Arissa, mama dan papa sentiasa berdoa semoga kamu sentiasa sihat,cergas dan berjaya menjadi insan yang cemerlang dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk mencapai cita cita yang diidamkan.


Apahal tu muka serius je, dah penatla tu belajar satu hari tapi bestkan dengar ramai kawan kawan wishes u "happy birthday".




Amboi ramainya kawan kawan yang tiup lilin tu.Hi hi hi. Biasa la tu budak budak memang excited.





Time potong kek dan nak makan kek.Semua dah tak sabar tuu. Nanti dekat rumah kita potong kek lagi ye sayang. Daa.


Isnin, 28 Jun 2010

GA Kelly's life

Tengok tu ini hadiah pertama
Set Rose Hitamla 1 teko dan 6 cawan beserta piringnya sekali
dan
1 piring bujur bunga kangkung dan 1 piring bujur OC merahputih.
"Wah cun banget jom serbuu"

Hadiah Kedua
Set Ros warna warni 1 teko dan 6 cawan serta piringnya sekali
dan
2 pinggan bujur.



Hadiah Ketiga
Set ceramik teko dan 4 cawan beserta piringnya sekali, teko Sakura
dan
piring bulat Ros Pink.


Syarat-syaratnya;

1. Tarikh GA ( bermula dari 3 -31 Julai)

2. Terbuka kepada follower Kelly's Life in Malaysia je ( akk dah folw ye)

3. N3kan iklan GA si Kelly ni kat blog masing2 supaya kawan2 boleh join (tengah wat ni)

4. Tinggalkan komen kat n3 si Kelly, chatbox tak diambil kira (ok nak wat lepas habis ni)

5. Beri nama, hp no,alamat biar senang dihubungi kalu menang (takde halnye)

6. Hadiah misteri kepada referral yang paling banyak disebut oleh pemberi komen ( kak Yah Koleksi Antik Ibu)

7. Hadiah misteri kepada peserta pertama yang beri komen ( bukan aku daa)

8. Penghantaran hadiah akan dilakukan di bulan Ogos (kita tengok siapalah yang bertuah tuu)


Jom mari join ramai ramai , mana tau ada rezeki dapatlah kita hadiah lumayan dari Kelly nii.

Ahad, 27 Jun 2010

Sudu dan Garpu

Salam ceria semua.Hari ini mood terlebih rajin saja saya nak "share"kan koleksi dulu dulu ni.Teringat dulu bila tiba hari raya sudu sudu yang pelbagai warna seperti diatas lah yang digunakan kalau nak makan tapai pulut khasnya orang orang Banjar sebelah Johor tu.Kalau bukan jenis sudu seperti di atas biasanya orang kampung juga akan gunakan sudu kecil yang diperbuat daripada tembaga. Nanti saya tunjuk lain n3 ya.





Ok yang ini pula si comel garpu dan ia digunakan kalau nak rasa makan kuih halwa halwa yang manis dan sedikit keras tu.Masih ingat tak lagi kawan kawanku sekelian semasa kita di zaman kanak kanak riang dahulu?




Ini pemandangan dari depan kotak tak silap saya dalam penghujung tahun 1970 atau permulaan tahun 1980 an" kot sudu dan garpu ni famous digunakan.





Tengok tu kat belakang kotak dah jadi warna kekuningan.Memang sah lah barang lama.Ok jumpa dilain n3.Bye.

Hadiah EG

Hai bertemu kembali sahabat semua.Cuba teka apa hadiah yang saya dapat. Kalau dari tokey pelita, si Eija tuu mestilah saya dapat pelita yang memang cun habiss. Cayalah selamat duit saya. Hi hi hi, terima kasih Eija kalau ada lagi yang nak lelong murah murah tu message selalulah ye.





Taraa, inilah dia dua biji pelita yang saya dapat dari Eija.










Close up pelita tinggi.Menarik corak ni sekali pandang macam corak buah buahan, ni boleh letak kat kabinet dapur ni memang sesuai sangat.











Close up pelita merah dari Eija.









Wah tu dia dah bergandingan pelita ni.Tak sia sia EG si Eija ni si pelita dah bertemu kaum kerabatnya macam jejak kasih je pulak. Daa.




Khamis, 24 Jun 2010

Kekwa Nan Biru

Hai kawan kawan semua, sibuk ke dengan tugas masing masing.Jom cuci mata dengan warna yang membiru ni.Gambar di atas ini diambil semasa cuti sekolah yang lepas. Ha inilah dia tempat berehat kami sekeluarga kalau nak ambik angin"fresh" kat kampung.Tengok tu betapa telitinya bapak aku mengecat mengikut tema warna lagi ,kalau aku yang mengecat tak taulah bila nak siap entah entah comot lai.Tabik hormat dan salam rindu kat bapak dan emak kat kampung kalau terbaca n3 ini.

Lihatlah teko yang gebu ni.Biru mata hitamku nak cari kaum kerabat dia.


Inipun dia kaum kerabatnya cukup enam cawan dan enam piringnya hasil barter dengan si Eija JB tuu. Cun ke atau saja suka suka nak lengkapkan koleksi kekwa biru ni? Tepuk dada tanya selera,alaa biasalahkan kawan kawan blogger lebih arif kalau dah mengumpul barang antik macam ni kan.Hi hi hi.




Si mangkuk gula yang bertelinga besar cukup untuk memenuhi syarat wajib "collector" juga ada tidur di lemari jati ku.





Pengakhirnya bekas susu yang memang melentik hatiku untuk membelinya tapi sayang daaa, takde langsung hatta seketul pinggan yang biru ni untuk melengkapkan koleksi kekwa ini.Apa lagi kawan kawan yang ada extra pinggan tu jangan lupa tepon atau message daku ekk. TQ.


Rabu, 23 Jun 2010

Kendi dan Gelas Retro

Salam semua.Hari ini mari kita cuci mata dengan kendi dan gelas yang berwarna warni ni.Memang cantik bunga hydrangea ini kan .Kalau ada sesiapa yang nak meniru lukisan ini silakan aku pun tak kisah.Nak jadi cerita dulu aku pun pandang sebelah mata je kat kendi cuci tangan ini tapi bila ternampak kat blog blog kawan kawan aku pun dah terbuka mata dan terus bagitau kat emak dan mertua kat kampung yang aku nak kumpul benda ni.Nak tau sebenarnya emak kata dulu emak gunakan kendi ni kejap je sebab bekas mengumpul airnya dah bocor.






Memandangkan aku ini tak pandai melukis gambar gambar bunga cewahh, maka aku tempahlah kat seseorang tuu.Oklah tak lah mahal cajnya. Nasib baik kendi ni free ambik kat kampung je.Cantiktak kengkawan.






Gelas retro hijau pucuk pisang masih ada lai kat rumah mak.






Si biru dan pink bunga bunga ni beli kat pasar empat ketoi je ada.Tengah sales time tuu.



Yang ini memang cun habiss.Aku suka dengan warnanya tapi dalam kotaknya memang ada lima ketul je. Ok bye jumpa lagi.



Selasa, 22 Jun 2010

Award dari Kak Shima dan Lia Cantiq

Bertemu kembali , apa khabar semua diharapkan agar rakan rakan sekelian sihat sejahtera. Lama juga saya rasa tak update blog saya yang mula bersawang ni. Ye lah bila sekolah dah nak dibuka ni memanglah saya sibuk mengemas buku anak-anak, mengorek pensil dan colour,menyusun buku ikut jadual,menjahit uniform yang dah koyak dan lain lain lagilah.
Anyway terima kasih tak terhingga dekat kak Shima kerana sudi bagi saya award yang menyengih ni walaupun letih ke, penat ke kita semua kenalah senyum ataupun smile kata orang putih sampai nampak gigi palsu yee.Hi hi hi.Sebenarnya saya baru perasan award dari kak Shima ni itupun sebab saya belek belek gambar crossstitch yang kak shima dah buat tu.Hajat di hati memang nak sambung balik hobi saya yang dah lama tertido dekat enam tahun tuu.Bila ada kelapangan masa nanti saya entrykan gambarnya ye.Tunggu. Juga terima kasih banyak banyak kepada Lia kerana sudi bagi saya award ni juga.
1)Yang bermain kat fikiran saya sekarang ialah nak membeli almari antik lee apalagi , ni dok tunggu dari si Zulkis Teratak Rimbun tu masih dalam senarai menunggu.Penantian satu penyeksaan tau. Risau barang dah berkotak kotak takde tempat parking kat store.Dah jadi macam reban ayam lak saya rasa.
2)Nama samaran takde nama original je.
3)Pertama sekali mestilah suami dan anak anak.
Yang kedua ibubapa saya yang tersayang termasuklah bapa dan emak mertua.
Yang ketiga mestilah adik beradik saya, anak buah,teman teman baikku,adik ipar dan tak ketinggalan rakan rakan blogger yang sama minat gan saya.
4)Sayang laa
5)Rumah banglo laa hi hi hi biarlah rahsia ye tak boleh bagitau kat orang.
6)Saya memang paling suka baca blog dari rakan rakan antik dan juga blog masakan terutamanya yang mempamerkan gambar makanan yang terang,cantik penuh warna warni dan terus kenyang walaupun tak dapat makan secara online.Kih kih kih.
7)Yang nak di tag award pun dah kena tag oleh orang lain jadi saya nak tag kat dua orang jee,
1)Kak Sofie dari Love From Sofie
2)Hidawati dari Chenta antique
Jangan maree yaa Kak Sofie dan Idamin.Daa.

Khamis, 17 Jun 2010

Rose Oh Rose

Bertemu kembali.Jomlah tengok koleksi ros yang saya ada.Tak banyak tapi bolehlah untuk tatapan diri sendiri dan anak anak dekat rumah.



Teko yang ini bunga ros nya tak berapa terang lebih kepada warna pink pink.





Teko yang ini memang menggoda dan duit pun dah terbang melayang sebab tak insaf insaf nak membeli je pantang nampak bunga merah atau terang terus je daku beli. Rumah pun dah jadi macam muzium bak kata jiran saya tadi.Hi hi hi. Pandang kiri,kanan,depan, belakang semua nampak almari yang sarat dengan teko dan pinggan lama.








Yang ini gambar pinggan kuih memang comel betul fresh from apekk kira pertama kali saya beli dengan apek yang rugged ni kalau ada yang nak membeli saya rasa masih ada lagi dalam dua dozen.Hi hi hi. Jom la pi, cuti sekolah masih tinggal beberapa hari lagi ni bagus kalau buat pelaburan dimasa depan.








Pinggan makan ni nenek saya punya,minat punya pasal saya exchange dengan pinggan baru.Kenalah buat macam tu kalau tak nanti habis pinggan nenek nak buat kenduri pun takda pinggan dan makcik pakcik pun jealous, cucu nenek yang seorang nii sibuk merisik pinggan lama jee. Takan nak ambik percumakan kawan kawan. Kenalah bagi duit sikit , sekarang nii bukan zaman semua nak dapat free. Ha macam tulah caranya bila nak minta pinggan lama ni. Daa.


Rabu, 16 Jun 2010

Balik kampung




Salam semua kawan kawan. Hari ni mood aku rajin sikit jadi aku nak tunjuk laa beberapa barang yang aku dapat masa cuti di kampung dari minggu lepas sehinggalah semalam baru balik ke KL. Anak anak aku memang paling suka sekali kat kampung ni naik basikal beramai ramai ,memancing ikan,memetik koko dan lain lain aktiviti selain makan dan tidoo.Buku yang diaorang bawa pun tido sekali dalam beg cantik susunannya tak tersentuh langsung oleh mereka. Paling sibuk bila dah balik kampung ni memanglah emak dan bapak aku,termasuk juga kakak,abang dan anak buah aku. Yelah dah lama tak jumpa bila cuti sekolah ni bolehla lepak lama kat kampung. Bestnye.



Tengok tu arissa memang manja gan nenek dia. Semalam bila aku timbang berat badan dah naiklak dua kilo apetaknya tiap tiap hari emak aku masak sedap sedap terutamanya lauk kegemaran aku dan hubby.Terima kasih emak. Cuba kawan kawan tengok "background" kat belakang tu. Itulah hasil kerja seni dari bapak aku yang memang cukup teliti dalam bab cat mengecat ni, walaupun dalam usia 75 tahun bapak aku tetap berkebun,membersihkan kawasan rumah,meracun dan sebagainya. Memang aku tabik hormat kat bapak.
Anyway pak selamat menyambut hari bapa ye.






Ok teko yang ni aku dapat dari jiran nenek. Aku tak tau ape namanye corak geomatri kot. Aku belilah dengan harga yang mereka tawarkan yelaa bukan senang nak dapat teko ni ,bentuk aladin lai. Jangan mara ye. Hi hi hi.








Teko yang ini memang mengancam habis "made in Japan". Aku tak taulah bunga apa mungkin kawan kawan tau kot tapi sayangnya semua cawannya dah tiada. Memandangkan rare item aku pun melaburlah dalam skim pembelian jutawan teko antik. Anda bersetuju?Ha ha ha.











Yang pinggan ni memang nenek aku punya. Dulu aku tak nampak tapi sekarang ada nampak.Tak sangka juga makcik makcik aku yang selalu dok tanya aku dulu dulu nak buat ape gan pinggan pinggan buruk ni pun dah terjebak sama dengan koleksi pinggan batu ni. Diaorang panggil pinggan batu yang bunga bunga. Senang cerita aku suruh emak aku yang mintakkan yelah nenek aku ada anak ramai nanti takut diaorang jealous lak. Hih hih hih.








Yang ini pun "made in Japan". Emak aku suruh simpan kata mak pinggan ni tahun 50 an punya.Jadi aku mintaklah 2 ketul kat nenek walaupun warnanya dah nampak macam pudar di tengah tengah tapi bunga disekeliling masih memancar sinar keemasannya. Ok semoga kawan kawan semua dapat mencuci mata dengan n3 kali ini ye. Daa.


Bunga VCR

Salam semua kawan kawan. Amacam best tak cuti dengan anak anak dan keluarga. Maaflah ye lama saya tak n3 sebab balik kampung. Seronoknya bukan kepalang sebab dapat lagi harta yang nak diletakkan di teratak warisan nenek. Nanti kalau ada masa terluang bolehlah saya n3. Sekarang ni saja nak tayang koleksi VCR yang beberapa ketoi ni. Jangan gelak ekk,tupun nasib baik dapat. Kalau kawan kawan kat luar sana ada extra creamer dan sugarbowl bolehlah jual kat saya ye. Confirmnye beli. Cewahh janji jangan retakla.

Ok yang ni macam biasala teko ni dapat dari kak Nur di Sarawak.Tak taulah saya selalu sangat ketinggalan keretapi.Itupun dapat tau lepas baca blog kawan kawan semua.Hi hi hi.


Hanya cawan bentuk ini je yang saya ada.Kesian kan. Kalau ada yang nak menjual cawan VCR yang mulut lebar tu teponlah saya ye jangan segan segan pulak, saya memang berkenan betul dengan bentuknya tapi apakan daya GA kak saidah saya tak dapat apa apa pun.Ingatkan boleh dapat cawan VCR perasan je.



Tengok oval plate ni memang mengancam susah nak jumpa tu sebab tu saya pun membuat pelaburan untuk membeli pinggan ni.Kih kih kih.





Yang ini pinggan kuih.Comel je bentuknya dan saya dapat dari mak mertua. Semua enam ketul pinggan dah berhijrah pun dari Johor ke KL.Ok itu je n3 kali ini. Daa.



Ahad, 13 Jun 2010

Bekas Kuih dan Dulang Damar Lama


Bertemu kembali rakan rakan sekelian.Semoga sihat hendaknya bersama keluarga di musim cuti sekolah ini.Jom mari kita lihat gambar barang barang zaman 1970an ni. Mengikut kata emak dulang yang jenis sederhana yang pelbagai warna ini digunakan sebagai alas untuk hantaran masa pertunangan atau perkahwinan sebelum wujudnya barangan "siam mali' atau lebih di kenali sebagai pasu pahar.






Yang ni warna putih bersih memang sesuailah nak letak kain baju untuk hantaran warna apa apapun tapi tak bolehlah nak di gubah besar besarkan,, kenalah comel comel, betul tak,,,. Nanti tak muat lak.







Yang ini pula memang cantik warnanya.Memang tergoda kalau kita letakkan dengan gubahan gubahan hantaran seperti zaman sekarang contohnya sangkar burung versi kecil jee.Hi hi hi atau sepuluh tahun akan datang.Sesuai ke ekk?








Ok yang ini pula bekas kuih yang memang cun habiss yang dibuat daripada bahan kaca dan plastik tetapi ianya kuat dan tak nampak macam plastik dari kedai dua ringgit pun.Teringat masa aku kecik kecik dulu dalam darjah satu dan dua memang kat kampung aku ramai saudara mara atau jiran tetangga yang guna bekas nii.Cuba bayangkan betapa meriahnya bila ianya diisi dengan kuih siput, kuih bangkit,semperit dan yang aku ingat masa ni aku memang suka makan biskut yang atasnya ada manik bulat warna warni tuu.Duduk beralaskan tikar di atas lantai dan diiringi dengan minuman air sirap pandan yang dituangkan dalam gelas gelas lama yang pelbagai warna warni memang nostalgia betul kan.Bestnya zaman kanak kanak dulu kan.








Waahh,,, yang ini memang aku akan kecek kat emak sebab warna pink memang aku suka.Cantik betoii.Kalau aku letakkan biskut almond london atau tart nenas ke mesti habis tetamu makan dengan bekas kuih sekali yang tak jemu mata memandang. Ok lah sahabat semua jumpa di lain n3 yee.Selamat bercuti.







Isnin, 7 Jun 2010

Almari Oh Almari

Bertemu kembali kawan kawan ku semua.Di harapkan agar anda semua sentiasa sihat sejahtera.Pada kali ini aku nak bercerita pulak tentang almari yang aku baru beli ni.Yelah sampai dah boring tunggu giliran almari antik tapi tak tau bila nak muncul muncul lai dari si Zulkis dan terlalu banyak sangat kotak kotak dekat store jadi aku pun buat keputusan untuk membeli si almari sudut jati ni, cantik tak?? Hi hi hi. Sebenarnya aku main hentam saja menyusun si kangkung yang berlambak dekat rumah aku tu ingatkan nak masukkan semua cawan bunga kangkung di rak atas tapi takut pulak kalau pecah bila dah susun bertingkat tingkat nanti. Jadi bercampurlah si pelita dan keluarga si kangkung ni.

Ok gambar ni di ambil setelah siap semua kerja penyusunan khazanah lama si bunga kangkung dan juga pelbagai pelita sampai ade sebahagian lagi pelita yang tak boleh di muatkan sebab dah terlalu sendat gare gare si Eija tokey pelita tu aku pun terjebak sama. Hi hi hi.


Tu diaa pelita pelita yang berwarna warni lagi memeriahkan alam maya dunia antik dan pelita.Takdelah banyak adalah ciput aje jadilah daripada takde. Mula mula dulu senang nak dihitung dengan congak je tapi sekarang kena berbaris pulak ikut kategori samada si jernih,crown,porselin,yang tinggi,gemuk dan sebagainya.Kawan kawan lihatlah sendiri yee lepastu tinggalkan komen tau.








Yang ini pula gambar di rak ketiga dan kedua. Macam biasalah teko teko kangkung yang pelbagai jenis aku satukan di almari jati antik ni (perasanla tuu). Nampak gayanye kalau ada rezeki lagi bolehla aku beli satu lagi almari sudut ni sebab ada lagi sebahagian teko kangkung yang tak boleh dimasukkan lagi sedang menunggu gilirannya. Baru aku terperasan "terlebih sudah" rupanya aku dan si bunga kangkung ni.












Yang ini pula gambar di rak paling bawah.Macam biasalah kena letak dengan teko yang berat dan gemuk. Begitu jugak dengan tureen besar dan kecil tu.Pada mulanya aku nak letakkan platter bunga kangkung besar tapi tak muat pulak kalau tak memang mengancam habiss almari jati aku ni .Jealous jiran sebelah rumah. Hi hi hi. Ok jumpa di lain kali ye. Semoga kalian semua happy dapat mencuci mata dengan paparan kali ini.