Selasa, 20 Oktober 2015

Nasi Beriani Mohd. Shah Batu Pahat

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Harini nak cerita tentang kedai nasi beriani yang sangat popular di Batu Pahat iaitu kedai nasi beriani mat sah. Terletak berdepan dengan hospital Putra dan tempatnya dikenali dengan nama benteng peserai.

"Nasi beriani mat sah" memang sangat popular pada orang BP tak kisahlah yang duduk di kampung ke, bandar ke dan kebiasaannya siapa datang lewat ke gerai ni tak dapatlah merasa nasi beriani tuu,,emm layan gambar yee sekali sekala kalau balik BP tiba tiba dok teringin nak makan beriani memang kitaorang akan melepak di sini, taklah selalu hihi.








Nenek dan cucu








Meriah sungguh bila makan nasi beriani beramai ramai. Kalau nak tau sedap ke tak, kenalah datang BP dan rasa. Anyway gerai ni memang sentiasa ramai pelanggan n kena berataur tau untuk order nasi beriani. Ok jumpa lagi.

Isnin, 19 Oktober 2015

Melayan Buku Masakan

Assalamualaikum kepada semua para pembaca blog WN. Lamanya kita tak bercerita di alam maya kan,,tak taulah kenapa mood yang bermacam macam melanda, bila mood dah datang pulak, wifi slow melow,,,, udahnya terus tak tulis sebarang cerita kat blog ni. Diharap agar pembaca semua sihat selalu disamping tugas seharian.

 Baru baru ni bayaran tol pulak naik di tambah lagi dengan gst yang sedia ada so agak terkejut jugak kalau harga barang2 makanan melambung naik begitu juga dengan barangan bakeri untuk kek, roti dan kuih muih. Jadinya secara tak langsung aktiviti berexperimen akak untuk membuat kek n roti sudah beralih arah dan hanya tertumpu kepada aktiviti membaca buku resepi yang sedia ada. Jomlah layan gambar.



Buku resepi dari Aini Salim,,, syok juga baca n gambar pun cantik2, tak buat pun tak pew janji syok sendiri dalam dunia kek n biskut.






Sangat menarik buku masterchef dr.Ezani nii, bahasa yang santai n senang difahami.



Gara2 duduk bersila sambil baca buku resepi minah arab ni di popular book shop,,, akhirnya aku terbeli juga,,,, aduyaiiiii errrr macam susah jee bahan2nye,,,



Mula2 beli koleksi pertama yang memang terlaris tuu,, sekali baca memang boleh masuk akal semua resepi2nya memang best, lepas tuuu terjebak lagi dan beli lagi 2 edisi yang berlainan,,, resepinya bolehlah tapi taklah semantap resepi edisi terlaris kalau nak tambahkan pengetahuan tuu oklah.





Rasa seronok sangat dapat beli buku ni dengan harga berbaloi baloi masa pergi ke karnival usahawan desa di putrajaya bulan lepas,, memang best tapi memandangkan dah terbeli barang lain so beli ngam2 budget ajelah.

Apapun sekarang ni memang agak dah slowdown kumpul pinggan mangkuk  dah suka beli buku n baca buku resepi je. Ok jumpa lagi, Bye.