Khamis, 6 Disember 2012

Nasi Ambang Parit Sulong

Hai semua rakan rakan pembaca blog WN. Tentu sibuk kan melayan anak anak yang bercuti sekolah nii,, ada macam macam karenah dia orang,,, seorang nak makan lauk tuu,, yang seorang nak makan lauk nii,,, hihihi. Anak lelaki saya yang kecik pula sibuk ngan permainan ipro mengalahkan abang dia pulak sampai lupa makan. Biasalah budak budak sekarang asyik main games aje cuti sekolah niii,. Seingat saya  masa zaman kanak kanak dulu,, masa cuti camnilah kita nak tolong emak kemas rumah, sapu sampah di halaman rumah,, lap tingkap, belajar masak,,pergi ke kebun tolong ayah dan lain lain lagi. Aduhai melalut pulak saya ni bercerita,,, hahaha,,,


Oklah harini nak tunjuk gambar kenduri kat rumah mak mertua pulak,,,,kenduri yasinan yang akan diadakan setahun sekali,,,,biasanya aktiviti yasinan ini di adakan pada hari ahad,,,maklumlah hari cuti dan ianya mengikut sistem giliran yang telah dipersetujui oleh ahli ahli kumpulan,,,jomlaa tengok gambar....




Tengokla tuu,,, teruja betul semua cucu nenek sulong nak mengupas bawang, sanggup lambat tidur menemankan nenek membuat persedian malam sebelum kenduri.Pagi esoknya semua makcik sebelah suami datang menolong apa yang patut untuk kenduri yasinan yang akan diadakan pada petangnya. Macam biasa kuih abuk abuk mesti ada,,, hahaha tak ketinggalan agar agar gula melaka,,,, tu yang best untuk di makan bersama nasi ambang nanti. Masa kenduri beginilah kita dapat berkumpul dengan adik beradik,, anak buah dan juga dapat lebih mengenali pakcik dan makcik yang kita jarang jumpa.Bestkan,,,,,,,






Lauk pauk untuk nasi ambang pun dah siap di masak,,, kelihatan Cik Nah dan Cik Ninah sedang meletakkan lauk di atas nasi yang telah siap di alas dengan plastik,,, biasanya kalau zaman dulu daun pisang lebih popular,, tapi sekarang penggunaan plastik lebih praktikal,, hihi katanya. Antara lauk lauk nasi ambang yang siap untuk dihidangkan ialah sambal terung,sambal goreng jawa, mee goreng,serunding udang emak dan juga lauk utama ayam masak kicap khas untuk orang jawa Parit Sulong aje,,, hihihi. Tengok tuu sedapkan,,,,,,, manalah nak cari nasi ambang variasi sedap kat KL nii,,, banyak juga yang saya dah rasa tapi tak sesedap nasi ambang macam niii.



Setelah kenduri yasinan selesai,,, para tetamu di jamu dengan hidangan nasi ambang berserta dengan sedikit kuih muih. Ok rakan rakan kita jumpa di lain catatan ye,,, tata .Kepada sesiapa yang tak pernah rasa lagi nasi ambang tu,,, bolehlah beli lepas ni ya,, rasa jangan tak rasa, bye.

Rabu, 5 Disember 2012

Beby Syahirah

Salam ceria kepada semua pembaca blog WN. Sibuk ke cuti sekolah nii,,,,hihi. Saya baru pulang bercuti dari kampung,,, memang banyak aktiviti apabila bersama mak dan bapak di kampung,,,, makan makan,, berkumpul bersama adik beradik, kenduri ,makan durian dan lain lain lagi. Harini jom lihat gambar majlis kenduri potong jambul dan akikah anak saya yang kecik nii,, Syahirah dah 9 bulan ,,,masa berlalu begitu pantas kan,,, beby pun dah nak mula belajar berjalan,,, jom tengok gambar,,,,layannn


Syahira niii kalau first time jumpa orang yang dia tak kenal,, mesti dia tak nak kalau orang tuu nak dukung dia n mesti nak nangis,,, so saya dah standby bagi susu kenyang kenyang dan layan aje laa beby tecik niii,,,,,semoga masa potong jambul nanti dia tak nangis,,,,,,hihi



Gambar gambar yang diambil di ruang tamu di luar dan di dalam rumah,,, di dapur juga kaum ibu sibuk menyiapkan hidangan utama untuk di sajikan kepada tetamu yang datang,,,,,kelihatan bapa juga sibuk meninjau ke dapur agar majlis berjalan lancar,,,,,bunga telur pun awal awal lagi dah siap diletakkan di atas meja bulat bersama haruman bunga rampai yang semerbak mengharum di ruang tamu rumah.
Alhamdulillah nasib baik syahirah tak nangis masa potong jambul tuu,,,, dah standby mainan kotak susu yang dia suka pegang,, hihihi. Kalau kat kampung biasanya hanya 3 orang saja yang gunting jambul beby,,,biasanya dimulakan oleh pak imam dan juga orang2 yang bijak dalam ilmu agama.Selepas potong jambul selesai dilakukan oleh ketiga2 imam tadi,, tetamu lain akan menyapu minyak berserta air wangi ke atas rambut beby tadi,,,,, wah panjang pulak saya cerita hihihi.


Dah selesai oleh pihak lelaki,,,beby di bawa masuk diserahkan kepada ibunya,,, sekarang giliran kaum ibu pula untuk merenjis minyak dan air wangi tadi ,Setelah doa habis dibacakan,,,, tetamu di sajikan lauk kenduri iaitu nasi beriani,, ayam masak merah,, dalca,, acar timun dan juga kambing masak berempah.Tidak ketinggalan juga sedikit kuih muih turut disajikan,,,,Ok lah rakan rakan sekelian,,, penat berceloteh niii,,, kita jumpa di lain catatan.

Sabtu, 17 November 2012

JB Khyber

Hai rakan rakan dan semua pembaca blog warisan nenek,,,,, apa rancangan untuk hari esok,, tak nak pergi pasar karat ke,,,, hihihi,,. Yang  mana dekat area KL tu bolehlaa pergi ke Amcorp Mall atau Anggerik Mall,,,macam biasa cuci mata tengok barang barang buruk laa. Rasanya banyak geng geng antik dah lama tak update blog,, semua dah berhijrah ke fb,,, hahaha termasuklah saya,,,,cuma cuti sekolah nii macam free sikit nak update,,, jomlaa tengok koleksi JB Khyber yang tak seberapa nii,,,,jommmm,,,,






tq semua,,, kita jumpa di lain catatan ye,, bye,,,,

Khamis, 15 November 2012

Yang tua tua saja,,,,

Salam maal hijrah 1434H  kepada semua pembaca blog warisan nenek yang beragama islam. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini kita sama sama berusaha untuk menjadi mukmin yang lebih bertanggungjawab melaksanakan suruhan allah dan meninggalkan segala larangannya. Bermulalah buku baru pada kita semua,,,, so kawan kawan yang mempunyai hobi yang sama seperti saya nii,,, hendaklah kita lebih berwaspada semasa membeli barangan PML agar kita tidak membazirkan wang begitu sahaja,,, kalau kita rasakan perlu barulah kita beli,,, kalau rasa tak mampu,,, biarkan saja,, inshaallah jika ada rezeki,,,dapatlah kita memilikinya suatu hari nanti,,,,

So harini layan gambar tureen tua ini,,, kata seorang peniaga antik ,,, yang tureen ini tuanya dalam era 40 ke 50 an,,,, First time saya tengok tureen nii terus jatuh cinta. Semestinya kalau corak corak sebegini banyak dari negeri jepun,,, heeppy viewing,,,, hihi,,,