Salam ceria kepada semua rakan rakan pembaca setia blog WN. Semoga anda semua sentiasa sihat bersama keluarga. Lama jugak dok bertapa tanpa menulis sebarang catatan di blog ini. Bukannya apa kekangan masa dengan tugas seharian dan kemalasan mempengaruhi mood menulis. Hihihi.
Jomlah kita layan gambar koleksi pinggan, cawan, mangkuk pyrex lama ni ye,, gambar ni memang dah lama ada dalam laptop cuma tula asik bussy je tak sempat nak n3. Ini koleksi pyrex pertama akak bermula dengan mengumpul bunga merah june rose.
Mengimbau kenangan silam
Mangkuk gula jr mula menampakkan tanda tanda penuaan
Creamer jr ada kelainan daripada jenis yang biasa tu, yang ni gemuk
Pelbagai spesies mangkuk kaserol yang berlainan
Sangat lawa kaserol segiempat ni,,,tq cikgu taslimah
Alhamdulillah pinggan mangkuk jr semua dah lengkap. Masih mencari dulang june rose dan gravyboat, Pengumpulan koleksi pyrex jr ni bermula pada bulan disember 2013. Saya hanya membeli sedikit demi sedikit bergantung kepada budget. Kepada kolektor baru di luar sana, jika berminat untuk membeli pinggan mangkuk pyrex bolehlah sertai fb pyrex collector ye. Macam macam ada.
Ok, sekian dulu, jumpa lagi nanti.