Selasa, 31 Disember 2013

Berbunga Oren Lagi

Salam ceria kepada semua pembaca WN. Dah bersedia untuk melangkah ke tahun baru 2014 ke,,, diharap agar kita semua dapat menambahkan azam lagi untuk menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya kan,,,. Ok mood harini masih mood nak n3 gambar teko kotak. Ini teko kotak yang ketiga dibeli dalam tahun ni. Psssttt tak banyak belian teko kotak untuk tahun 2013 hanya 5 ketul saja dengan harga yang amat berbaloi. Jom layan gambar.





Teko kotak jepun dari ain zurin,,, meriah bunganya,, baru lagi. Tq ain.





Closed up bunganya,,,,




Rim emas tetap utuh,,,,




Cantik bila digandingkan bersama dengan cawan yang berbunga oren itu,,,





Cawan ni ada seketul aja,, cukuplah kan,,, tetap manis si cawan jepun nii,




Ada tudung lagi kat cawan,,, apapun tetap bersesuaian dengan tema keorenan bila digandingkan bersama si kotak yang cantik ituwww.

Hingga jumpa lagi, bye.

Isnin, 30 Disember 2013

Teko Kotak Yang Selalu Terlepas

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Jom tengok gambar teko kotak lagi. Teko kotak berbunga jepun ni selalu singgah di APC dan selalunya memang saya terlepasss. Kiki. Tak sangka pulak bila kak noriah kamaruzaman antiques n3 di APC,,,, masa tu takde orang booked dan beli walaupun dah beberapa hari di post" kan. Ok jom tengok gambar.





Meriah bunga nii,,,




Fokus kat bunga,,,,,,




Bunga di belakang teko,,,




Terima kasih kak nor kerana bagi lagi hadiah iringan kat saya,,, sepasang bekas kuih warna coklat dan juga warna putih. Terlalu gembira sangat terima hadiah sampai terlupa pulak nak ambik gambar  bekas kuih warna putih cop crown tuu. Makin bertambah lagi koleksi bekas kuih lama dalam simpanan saya. Terima kasih kak nor.

Ok hingga jumpa lagi,, bye.

Pink Berbunga Wild Rose

 Salam petang isnin kepada semua pembaca setia WN. Semoga anda semua sihat sejahtera. Harini nak kongsi teko kotak yang saya beli pada tahun 2013,, hanya 5 ketul saja penambahannya. Ikut mood semasa serta budget jugak. Kalau tahun 2012,, boleh dikatakan kebanyakan geng APC di facebook telah beralih arah ke negara indonesia untuk soping menyoping  teko, cawan dan kaum kerabatnya,, tidak ketinggalan juga akak. Kikiki. Tahun 2013 rasanya kurang sikit,,,seller dari seberang meletakkan gambar gambar teko pujaan semasa di APC,, kot2 agaknya semua dah terjual atau sudah tidak dijumpai. 

Apapun tepuk dada,, tanya selera,, tanya poket masing masing. Membeli dengan berhemah,, janji kualitinya original. Sekarang ni dah banyak produk tiruan yang seakan akan produk barangan lama dan bunga yang tiruan pun hampir sama saja jika dilihat sekali lalu. So berhati hati ya semasa membeli,,,, jom layan gambar,,,





Teko ni saya beli dengan maria antik house,,,, cantik tak,,,,




Bunga wild rose dari japan,,,, halus dan cantik bunganya





Di belakang teko,,, nampak penuh bunganya





Serasi bila digandingkan bersama set jepun wild rose ni walaupun akak ada seketul cawan saja dalam simpanan,,,, cantik bukan. Terima kasih pada maria dan mr. lee. Tersangat suka,,,,sesat juga teko wild rose japan ke rumah akak.




Teko ni dari negeri cina,,, beli dengan kak nur salam tahun 2010. Cantik jugak kan,,,,





Zoom kat bunganya,,,,,




Tureen wild rose japan digandingkan bersama teko kotak wild rose china,,,, serasi juga kan,,,ini saja koleksi wild rose yang saya ada. Rasanya kalau terjumpa teko aladin wild rose lagilah meriah kannn,,,,, angan angan dulu nii walaupun bayang tak kelihatan,, hahaha. 

Ok, bye jumpa lagi.

Ahad, 29 Disember 2013

Makan2 Di Restoren Salero Negori, Amcorp Mall

Salam mesra di petang ahad minggu terakhir 2013 nii,, nak cerita kepada rakan pembaca WN semua,,, macam biasa kalau hari ahad,, ada kelapangan masa memanglah bawa family berjalan jalan sambil makan dan cuci mata.Tempat kesukaan saya memanglah kat Amcorp Mall atau pasar karat. Hahaha,, tapi beza pasar karat dekat Amcorp Mall adalah ber"aircond".

Tengok jam dah dekat pukul 12 tengahari,,, dah penat melilau tengok barang barang lama di aras paling bawah so terus merayau rayau ke tingkat 1 dan 2. Macam biasa kalau bawa anak anak,, godaan untuk diaorang,,, adalah barang permainan, lego,, transformer, patung patung ,,, macam macamlah. Harga semua mainan boleh tahan,, kena pandai cari yang murah dan berkualiti. Adoiii,, sesak jugak poket nii,, hihihi

Setahu saya restoren ni kalau hari ahad memang dibuka jam 12.30 tengahari,,, hari lain saya tak tanya pulak,,, so kalau pergi ke amcorp mall dan teringin nak makan di sini memang kena pergi on time,, sebab biasanya memang ramai orang makan kat sini,,,,, jom tengok gambar di bawah,,,,







Aneka lauk pauk,,, rambang mata tak tau nak pilih mana,, cakap saja kat pelayan tu nak lauk apa,,,,



Ayam goreng berempah, sembilang goreng,,,,




Anika sayur sayuran




Puding karamel sebagai pencuci mulut 




Daging salai masak lemak, pucuk paku masak lemak cili padi, ayam berempah,,,, perrhhh semuanya memang mengancam selera akak dan suami,,, anak anak suka ayam aja,,




Ni memang kesukaan anak anak,,,, ayam kampung goreng berempah





Daging salai masak lemak cili padi




Sayur pucuk paku lemak cili padi




Tu diaaa,, tak sabar sabar nak makan,,, tunggu air belum sampai lagiii,,,





Licin semua lauk tuuu,,, lapar punya pasal,, kikiki




Kamera woman sedang sibuk tangkap gambar lemari,,,, semuanya kelas2 gituuu,,,,emmm nak kumpul gelas lama pulak kee,,, hahaha





Gempakkk set meakin rossa merah jambu tuu,,,,akak pun takde dik nuunn,,, kikiki




Radio lama rasanya macam lain sikit patennya dari yang biasa,, tak berani nak belek dari dekat,,, pengunjung kedai  tengah ramai,,,,




Hiasan pinggan pinggan di dinding,,,,




 Pemandangan keseluruhan ruang memilih makanan




Ramai juga tengok orang minum air kat botol ni lepas makan nasi,,, tak tau pulak rasa apa,,,,tertulis  teh botol jenama sosro,,,lain kali datang ke sini,,, macam nak cuba,,,hihi



Sungguh selesa walaupun ruangan terhad



Kalau nak rasa makanan kat sini,, datanglah ke tingkat 2 di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Harga pun berpatutan dan makanan juga tidak mengecewakan.

Ok bye2, jumpa lagi.

Sabtu, 28 Disember 2013

Kopitiam Batik Hijau Pulak,,

Apa khabar anda di sana,,, semoga sihat sihat selalu ya bersama hobi anda sekelian,, hihihi. Cerita harini disambung dengan koleksi batik hijau pulak. Jom layan. Sebenarnya cawan nii dah lama dalam simpanan akak,,, tak silap dalam tahun 2011.




Cawan kopitiam batik hijau dari japan hadiah dari abang baharin,,,tq abang baha, saucer pula saya beli dari mr teoh kat fb APC,,, so sangat senang hati sebab dah kira lengkaplah set bunga cawan ni.



 Cantik designnya,,,



Corak batik pada tangkai cawan,,





Bunga di belakang cawan




 Saucer yang disuai padan dengan cawan,,,, susah juga nak cari  bunga yang sama


Ni selingan untuk pinggan corak batik dari japan pula,,, layannn




Ini pulak kaum kerabat si batik hijau dari japan. Motif bunga labih kurang sama dengan cawan, Pinggan makan 9 inci macam nos aje. Hahaha. Beli dengan maria antique house masa singgah dikedainya,,,,



Yang ni piring kuih 6 inci, kawan mak kat kampung bagi. Corak yang sama dengan pinggan di atas.



Yang ni pulak ala ala jb khyber,,,, piring kuh 6 inci,,, emm bukan dari england ye,, hihi,, 




Pinggan makan 9 inci dari japan,, kak aida alkesah yang bagi. Tq kak aida






Tak sangka pinggan kuih batik hijau dari japan nii,,, jumpa kat pasar karat muar dan telah diberikan oleh pakcik bakar sebagai hadiah free gift.




Akhirnya  lengkaplah trio kopitiam batik hijau dari japan nii. Masih banyak lagi yang nak dicari set hijau batik japan nii,,, pelan pelan kayuh,,,,

Ok,, kita jumpa lagi ye,, bye.