Rabu, 19 Ogos 2015

Malam Raya n Pagi Raya

Bertemu kembali, semoga rakan rakan di luar sana sentiasa sihat sihat ye, kita sambung balik cerita raya,, walaupun mood malas nak menulis tapi nak jugak letak gambar raya di blog nii. Layannnn,,,





Kira dah pandai lah buat lontong daun pisang dan lopes dengan bantuan mil,,, tapikan macam tak confident pulak kalau nak rebus n isi dalam periuk besar tuu sorang2 tanpa bantuan emak,, so kena praktis lagilah nampaknya takat buat n rebus untuk makan diri sendiri sekeluarga bolehlah, hihi.




Harini emak tak masak, cuma tengok menantu n adik2ipar yang masak, emak jadi pemerhati je. Lagipun emak kurang sihat.


Lontong daun pisau yang memang power,,, wajib kena belajar n menuntut ilmu dari emak ni supaya lebih confident di masa depan kalau nak buat sendiri. Errr boleh percaya ke, setahun sekali nak praktis buat kelongsong lontong,,,, hahaha



Masak kicap ni saya yang masak,, 



Sup tulang pun ada,,,



Ready nak buka puasa,,, budak2 kena duduk atas lantai ye, bagi keutamaan kepada pakcik makcik,,,



Sebelum balik ke kampung saya,,, dekat je, tak sampai setengah jam perjalanan pun,,,sempat lagi budak budak ni main bunga api n mercun beramai ramai,, sangat kedebummm bila adik ipar bawak mercun yang meletupp letupp tuu,,, takut nak ambik gambar dari dekat hihi..


Pagi raya yang sungguh indah,,



Semoga bapak dan emak diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan  menjalankan segala amal ibadah oleh Allah s.w.t di usia emas sebegini. 


Agenda bersalam dengan atuk dan nenek n dapat duit raya,,,



Amir
 Danish


Farhan


Syahirah


Arissa


Adam


Nelly, wawa n eisya



Selamat hari raya dari kami sekeluarga untuk semua pembaca blog WN. Ampun dan maaf dipinta andai kata disepanjang saya berblog terdapat kata kata yang menguris perasaan tanpa disengajakan.



Family pak ngah Kamal



Family Aidil


Family Aida


Bersiap sedia ke mesjid untuk solat raya



Papa n farhan dengan motor atuk lama yang baru di make overr,,, klasik wooo



Akmal n atuk


Fadli n danish


 Fatin, arissa, ibrati, syahirah, wawa, balkis n adam.

Ok, rehat dulu nanti kita sambung cerita lagi ye, bye.

Selasa, 18 Ogos 2015

Cerita Puasa

Salam mesra kepada semua sahabat maya, semoga anda semua sihat sejahtera di samping tugas seharian dan keluarga tercinta. Bagaimana dengan sambutan hari raya yang lepas, tentu seronokkan bila dapat berjumpa dan berkumpul dengan ibu bapa, adik beradik dan berkunjung ke rumah sedara mara sambil makan makan. So harini kita layan gambar dan cerita puasa dan raya ye,,,banyak nak story nii,,,


Yang ni kat pasar ramadan di tapak pesta Batu Pahat yee,,,, errrr tau ke pesta tuu kat mane,,, hihi






Dari jauh memang mengancam mertabak nii,,,belilah sebungkus





Birunya nasi kerabu,,,,


Kek lapis pun ada orang jual kat sini,,,,



 Beli botok2 ikan kembung, sedap jugak,,,



Yang ni memang power,, ikan bakar siakap pedas, perrr kuahnya memang terangkatt, memang tak lepaskan peluang setiap tahun kalau ke pasar ramadan pesta memang akan cari ikan bakar nii,,, bilalah nak reti buat kuah ikan bakar cam nii sedap,, hahah



Memang kenyang mertabak ni, makan sepotong je dah cukup, rasa memang boleh tahan




Lauk utama di meja makan semestinya air tangan emak, saya tolong2 je,,





Seronok bila dapat berbuka puasa dengan ibu bapa


Sangat mengkagumi dengan kerajinan emak,, sempat lagi emak buat roti jala cecah dengan kuah durian dan mee goreng masa kami keluar ke pasar ramadan,,




Ternampak kuih banjar , kuih pepudak namanya,,, enak dimakan begitu saja


Rezeki anak anak dapat makan durian segar kat rumah nenek bulan puasa ni,,


Ok jumpa lagi di cerita raya nanti ye. 

Sabtu, 4 Julai 2015

Seroja Marble Kek

Salam mesra kepada semua sahabat maya yang dikasihi, semoga sihat hendaknya di samping menjalani ibadah puasa. Harini nak kongsikan satu resepi yang saya dah cuba dari blog adik puteri manja iaitu kek marble seroja. Hasilnya sangat memuaskan dan sedap sekali bila di makan. Macam biasa layan gambar dulu,,,





Masih terbayang kesedapan kek marble horlick nii,,,,




Corak melintang,, kalau akak akak nak buat corak marble yang berlingkar2 tu, sebelum masukkan kek ke dalam oven, ambik pencungkil gigi atau lidi bersih dan putarkan saja di atas kek itu.


Step by step,,,boleh baca di sini,,blog puteri manja








Terima kasih puteri manja kerana sudi kongsikan resepi yang sedap dan enak. Kepada kawan kawan yang nak cuba tu, apalagi jomlah try.




Sangat mengancam betul kek nii,, bye, jumpa lagi.

Salam Ramadhan

Salam ramadhan kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua dirahmati Allah dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Harini dah pun 17 ramadhan. Bagaimana dengan persiapan menyambut hari raya yang bakal menjelma,,,,dah buat biskut raya ke?,, Ada banyak resepi di majalah atau buku masakan jika free tu bolehlah mencuba ye, so jimat budget kita , bukannya apa harga bahan mentah untuk buat kuih pun dah mahal,itupun belum tambah gst lagi, hemmmm,,,,tak tau nak kata apa

Ok kita jumpa di lain catatan.