Ahad, 25 Mei 2014

Majalah Saji

 Salam sejahtera kepada semua pembaca blog WN.  Harini nak kongsikan sebahagian buku masakan yang saya kumpul dari zaman bujang lagi. Salah satunya adalah majalah saji kesayangan saya. Saya mula mengumpulkan majalah saji bermula pada januari tahun 1997 sehinggalah ke hari ini,, saya tetap setia dengan majalah saji biarpun lambakan pelbagai majalah masakan di pasaran.

Kalau dulu lepas baca saji terus aja simpan kat dalam lemari tapi semenjak hobi baru ni bermula,,,, terus semangat ingin mencuba menggebu,,, hadoiiiiii,,,terutamanya biskut, kek dan lauk pauk. Anyway tabik hormat kepada majalah saji kerana memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa sehinggalah tahun ini di mana majalah saji terus menjadi majalah masakan nombor 1 di Malaysia terutamanya dari segi kualiti kertas, gambar, resepi masakan dan lain lain lagi yang pada pendapat saya majalah ini sungguh outstanding.

Begitu juga dengan coretan pengarang daripada saudara Norjoha Ahmad memang bertepatan dengan isu semasa dalam hal hal kehidupan sungguh menarik sekali untuk di baca oleh semua golongan. Saya juga suka dengan ruangan koleksiku yang begitu mengimbau kenangan silam bersama barang barang  khazanah warisan lama yang perlu di simpan untuk tontonan generasi akan datang.

Wah panjangnya saya berceloteh,,,haha,,jom layan gambar pulak ye. Bila teringat kenangan masa berpindah randah dari zaman bujang sehinggalah berkahwin,,, majalah saji tetap saya pastikan sudah tersusun siap dalam kotak besar. Tak akan ku buang majalah kesayangan ni,, biarlah ada yang bersuara mengapa perlu nak angkut berat2 buku tuu,,,, tetap akan ku diam membisu seribu bahasa,,, hahaha. Kadang kadang kesian jugak pada mereka yang menolong mengangkat kotak majalah tu,,,,confirm mengeluh keberatan. Itulah cerita tentang keistimewaan majalah saji di mata saya.







Edisi terkini majalah saji bulan jun pra ramadan,,,,, mantappppp penuh dengan pelbagai resepi dan gambar biskut yang menarik,,,,,, tengok je gambar dah suka,,,,,,apatah lagi dihidangkan dalam pinggan lama, lagi akak suka dikkk,,,, haha.






Kualiti kertas yang bagus begitu juga dengan design gambar di muka depan,, sungguh menarik hati memandang.








Paling suka jengok ruangan koleksi ku,,,,, tapi akak belum hantar gambar lagi dik kat pengarang saji,,,rupanya banyak peminat barangan lama ni kan,,,memang seronok baca cerita diaorang nii.






Ruangan ni pun saya suka baca,,, penuh dengan cerita masam manis kehidupan. Kadang kadang baca tergelak seorang.



Ruangan ni pun bagus,, dapat menambahkan lagi ilmu tentang tempat tempat makan yang menarik di dunia.

Ok hingga jumpa lagi. Assalamualaikum.

2 ulasan:

  1. ana pernah ada koleksi majalah Seri Dewi dan Keluarga..cuma skrg ni dah jarang membeli sejak berjinak dgn dunia maya ni...

    BalasPadam
  2. Wah best tu ana,,,, kalau dapat dibukukan ikut tahun lagi seronok cuma sekarang ni kos binding dan hard cover agak mahal berbanding dahulu, rasa tak mampu kalau nak bukukan semua, hihi. Terima kasih ana, sudi singgah sini.

    BalasPadam