Jumaat, 9 Februari 2018

Mertabak Nangka Emak

Assalamualaikum kepada semua sahabat WN..Wat apa tuuuhh,,,,
Tiba tiba harini akak teringat mertabak nangka yang emak selalu buat.
Sedapnya,,
Nak try buat tapi takut rasa tak sesedap macam air tangan mak.
Emm jom tengok gambar
Bila dah tengok gambar rasa terubat rindu kat masakan emak.




Nangka potong kecik2,,,,


Lepas tu masak kat periuk ye, api sederhana , kalau nak manis letaklah gula kalau tak mau letak pun takpe,,,agak agak mesra ok,, dah pun jadi inti nangka


Sediakan tepung gandum, letak di dulang yang besar



Panaskan marjerin atau buttercup kalau nak sedap, atau minyak sapi terpulang ikut suka, lepas tu panas2 tuang kat atas tepung tadi dan kacau dengan senduk ye,




Lepas tu bolehlah uli seperti di bawah




Uli banyak2 dan biarkan 20 minit


Lepastu bolehlah di tarik2 doh tu seperti di dalam gambar, hati2 jangan sampai terkoyak ye sebab dohnya nipis


Letak inti nangka kat tengah,,,,



Kemaskan doh, lipatkan di hujung kiri dan kanan



Kalau tak biasa buat dan tarik doh , mungkin akan terkoyak sana sini tapi dont give up ye,,,,



Sedia untuk dimasak


Beginilah rupanya dari luar,,,,



Walaupun rupanya tak cantik, tapi yang penting sedap di makan.

Ok jumpa lagi ye.
Ni resepi mertabak nangka ikhlas dari mak saya
Doakan emak saya sentiasa sihat walafiat
Pesan emak saya kalau dah try buat doh tu tak berapa jadi , bolehlah bawa inti nangka tuu ke kedai mamak n suruh mamak tolong buatkan dohnya, so senang sikit kerja kita kan, bolehh ngap terus.
Begitu jugalak dengan saya, selalu jugak teringin nak makan mertabak nangka tapi tak reti nak buat dohnya so kena tunggu bila balik kampung, baru boleh makan,

Ok semua, Jumpa di lain hari.
Selamat mencuba resepi ye.

1 ulasan: