Selasa, 31 Mac 2015

Festival Vintage Selangor di Anggerik Mall, Shah Alam

Salam mesra kepada semua pembaca setia WN. Apa khabar. Semoga sahabat sahabat di luar sana sentiasa sihat disamping menjalani tugasan seharian. Harini nak berkongsi gambar di festival vintage bertempat di Anggerik Mall ahad lepas. Saya rasa seronok sangat sebab dapat berjumpa dengan geng geng fb dan juga peniaga peniaga barang lama di sini. Apapun tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menghimpunkan para peniaga dan peminat barang barang lama di bawah satu bumbung. Memang terbaik.
 Jom kita tengok gambar.



Semuanya saya suka,,,,



Kesemua barang barang ini saya belum ada,,, katil lama, tabak tembaga, beg lama, alas tilam lama yang ada hanyalah sehelai tikar mengkuang saja, huhu jangan gelak yee.



Sangat sangat nostalgia laa,,,,suka tengok



Masih mengharap untuk mendapatkan tv lama seperti itu,,



Seronoknya , cuba bayangkan kita di zaman kanak kanak dahulu bersama adik beradik yang lain duduk bersimpuh dengan sopan di atas tikar mengkuang itu sambil menunggu emak datang untuk membuka tudung saji antik itu,,,,emm gerobok simpanan makanan lama, dapur lama, kuali tembaga, teko enamel lama semuanya memang mengimbau kenangan terindah di masa kecil.



Cantik pulak saprah tuu,,,




Terima kasih kak Lela bagi kita rasa duduk kat kerusi merah antik tuu, hihi




Vespa lama teringin juga kalau dapat seketul,,, aduyaiiii haha



Peralatan petrol pam,,, mantap sungguh koleksinya, tahniah bro Mustaqim



Cantiknya isi dalam lemari



Macam macam jenis cawan kopitiam,,,



Koleksi kopitiam yang sungguh hebat, tahniah bro Yusri.




Cantik pulak botol botol nii, jangan jangkit sudahlah, haha



Dah lupa nama adik ni,,tapi ingat kumpulannya botologi malaya



Mendengar tip dan idea cara cara untuk membersihkan botol dan mengekalkan keantikannya,,, syabas kepada adik adik dari botologi malaya


Pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi untuk mendapatkan botol botol lama ini.







Mainan lama yang memang tidak jemu dipandang mata, tahniah kepada tuan Azlan, taukeh Ipoh Station yang memang terkenal dengan koleksinya yang hebat.




Sangat menarik koleksi ini,,,



Cantiknya motor lama ni, teringat moto arwah datuk



Ternampak pyrex, kusss semangat, nasib baik dah ada,,



Suka tengok signage lama lama ni,,,,



Bro Sahid Ahmad,, banyaknya koleksi buku buku lama bro,, tabik hormat laa



Teringat beg kotak2 merah hitam tu, tapi dulu pergi sekolah kita bawa yang kecik aja sesuai dengan usia.


Saya tetap suka dengan barang barang yang berkarat, biarlah orang nak kata apa,



Cuci mata dengan pinggan mangkuk pulak,,,



Bro Sani dari Perak dengan barangannya yang sungguh meletup,,,




Kalau aku kaya,,,,,boleh beli pinggan2 itu


Banyaknya barang tembaga bro Sani, koleksi tembaga yang sungguh hebat,,



Kak Zainab, taukeh perabot lama




Bergambar bersama rakan rakan PML bro Adiq, bro Sani, kak liza tuan punya kedai Ipoh Loken memerangkap penganjur festival vintage, penulis, kak Zainab dan puan Annisa serta anaknya.



Kain lama yang sungguh menawan



Nak cari jugaklah baju kebaya emak yang lama lama macam ni, nak buat koleksi,,,

Kain broket cina zaman dulu



Ini dia tuan empunya koleksi tekstil dan busana tradisional, saudara Shahril. Tahniah Shahril koleksi yang memang outstanding.



Pusing entah berapa kali round entah,,tiba tiba ternampak set pinggan mangkuk kat atas meja,, ayoyo sangat cantik, siapa punya koleksi nii,,





Yang ni pun sama,, biru lagikkk,,,gobok pun lawa jugak,,,terpesona saya memandangnya


Adoiii, memang menguji keimanan betul. Memang sangat hebatlah koleksi puan Normah nii, terjojol mata hitamku, apakan daya nak beli kurang kemampuan so mampu telan air liur aje.



Anda berminat tak,,,huhu


Cantiklah pulak butang baju intan pink tu,,,,



Pening tengok kecantikan cincin buah kana nii,,,tengok harganya tuhhh,,,nangiss tengok


Bila terpandang motor vespa lama,,, rasa pun macam nak angkut satu, berangan tak sudah makcik ni, alahai






Teringat jugak motor zaman bujang dulu,,






Idaman kalbu jugak ni, bila nak dapat entah,

Antara barang yang saya beli harini ialah dua ketul pinggan besar berbunga yang sangat lawa, majalah masakan lama dan sebekas dodol. Jadilahkan daripada pulang dengan tangan kosong.
Ok jumpa lagi, bye2.


Khamis, 12 Mac 2015

Sampul Raya Kartun Lama

Asssalamualaikum kepada semua sahabat saya di luar sana, semoga sentiasa sihat dan gembira selalu. Jom mari kita layan gambar sampul raya lama lama ni.


Sungguh ceria bukan,,,,


Jam dinding lama idaman kalbu,,,



Terima kasih kepada sahabat dari fb kelab sampul duit raya yang sudi bertukar sampul kartun lama dengan saya.


Bestnya kalau ada rumah kat kampung macam ni kan,,,, sangat seronok bila nak raya. Tengok juga tuu pelbagai edisi kereta proton saga yang lama,,,,




Yang ni pula angpow raya cina tapi saya tak pasti adakah pengeluarannya di dalam tahun yang sama dengan sampul raya di atas tadi. Emm ada sesiapa yang tahu,,,,,






Ok sekian dulu, kita jumpa lagi.

Isnin, 2 Mac 2015

Sekali Pandang Macam Kristal

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Semoga sihat sihat ye, cuaca panas kat luar so akak harini dok terperap kat rumah je dan nak update blog yang suam suam kuku ni. Layan gambar ye.





Sekali pandang memang macam kristal bohemia tu, apakan daya nak beli kristal tak mampu so belilah barang barang buruk dan lama je,,



Dah lama ternampak bekas kuih ni kat fb antik, tetapi selalu terlepas,,, alhamdulillah tak sangka jugak tiba tiba ternampak ada seller jual online, so belilah, harga memang berbaloi masa tu.




France lagi,,,, hahaha



Penutup yang sungguh berseni dan cantik



Body bekas kuih pun lawa,



Biasalah kalau beli online kan,, pecah satu penutup. 

Apapun bekas kuih lama ni tetap cantik di pandang mata.

Jumpa lagi.

Jumaat, 27 Februari 2015

Bermulanya Koleksi SOL



Salam  ceria kepada semua teman teman pembaca blog WN. Seindah cerianya gelas gelas SOL  yang cantik jelita di bawah ni.

Pada mulanya memang berfikir beribu kali untuk mengumpul koleksi SOL, maklumlah budget ciputt tapi apakan daya tergoda jugak dengan keindahan buah buahan dan sayuran segar seperti gambar dalam gelas itu,,,





 Cantik ke tak,,,,




Tiba tiba ada sesat pulak creamer SOL,,,



Masih dalam pencarian dan pengumpulan berdikit dikit lagi untuk koleksi ini.


Ok jumpa lagi ye,,

Koleksi Pyrex June Rose

Salam ceria kepada semua rakan rakan pembaca setia blog WN. Semoga anda semua sentiasa sihat bersama keluarga. Lama jugak dok bertapa tanpa menulis sebarang catatan di blog ini. Bukannya apa kekangan masa dengan tugas seharian dan kemalasan mempengaruhi mood menulis. Hihihi.

Jomlah kita layan gambar koleksi pinggan, cawan, mangkuk pyrex lama ni ye,, gambar ni memang dah lama ada dalam laptop cuma tula asik bussy je tak sempat nak n3. Ini koleksi pyrex pertama akak bermula dengan mengumpul bunga merah june rose.




Mengimbau kenangan silam




Mangkuk gula jr mula menampakkan tanda tanda penuaan


Creamer jr ada kelainan daripada jenis yang biasa tu, yang ni gemuk 




Pelbagai spesies mangkuk kaserol yang berlainan




Sangat lawa kaserol segiempat ni,,,tq cikgu taslimah




Alhamdulillah pinggan mangkuk jr semua dah lengkap. Masih mencari dulang june rose dan gravyboat, Pengumpulan koleksi pyrex jr ni bermula pada bulan disember 2013. Saya hanya membeli sedikit demi sedikit bergantung kepada budget. Kepada kolektor baru di luar sana, jika berminat untuk membeli pinggan mangkuk pyrex bolehlah sertai fb pyrex collector ye. Macam macam ada.

Ok, sekian dulu, jumpa lagi nanti.

Jumaat, 2 Januari 2015

Selamat Tahun Baru 2015







Assalamualaikum kepada semua rakan rakan pembaca blog WN. Semoga kalian semua sentiasa sihat sejahtera dan di bawah lindungan allah s.w.t. Bermulalah tahun baru 2015 semalam, semoga kedatangan tahun baru ini kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya, dikurniakan kesihatan yang baik kepada kita dan kaum keluarga, dilimpahkan pintu rezeki yang luas dan sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu samada ilmu di dunia atau ilmu di akhirat.


Kek nestum yang sedap untuk dimakan di petang tahun baru 2015,,, 



Resepi kek nestum,, sumber dari majalah saji november 2014,

300gm mentega,
200 gm gula kastor,
4 biji telur,
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil esen vanila,
200gm tepung naik sendiri,
50 gm bijirin nestum,

Cara caranya,,

Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji putar hingga rata, masukkan susu pekat dan esen vanila. 

Kemudian masukkan tepung naik sendiri dan nestum silih berganti, gaul dan kaup balik adunan menggunakan spatula hingga sebati.

Alaskan loyang dengan kertas minyak, tuang adunan dan letakkan lebihan bijiran nestum di atas adunan, bakar dengan suhu 175 c selama 45 minit. 

Selamat mencuba.