Khamis, 20 Jun 2013

Kenduri dan Nasi Ambang


Salam kepada semua pembaca setia WN. Semoga anda sentiasa sihat walau di mana saja anda berada. Masih dalam mood nak kemaskini dan nak rajin update blog. Betul kata ramai blogger kan,, kalau kita rajin update blog ia boleh dijadikan kenangan di masa hadapan.


 Harini nak cerita tentang kenduri 40 hari arwah bapa mertua pada minggu pertama cuti sekolah yang lepas. Seperti biasa bila kami berbincang dengan emak, juadah apakah yang hendak di masak pada hari kenduri tersebut,, emak berkata masak nasi ambang. 

Jadi kami semua bersepakat untuk memasak nasi ambang pada hari kenduri tersebut. Walaupun emak masih dalam keadaan bersedih tetapi beliau tetap tabah dan bersemangat menyediakan ramuan dan perencah untuk memudahkan kami adik beradik memasak dengan dibantu oleh saudara mara terdekat.





Serunding ikan bilis ini awal awal lagi emak dah sediakan sehari sebelum kenduri.




Sayur tumis campur versi jawa.




Sambal terung berlada




Mee hoon goreng






Ikan masin bulu ayam







Ayam masak merah berempah







 Kuih abuk abuk yang emak buat,,


Gambar gambar di atas itu adalah lauk utama untuk nasi ambang,
,






Cik Ninah sedang menyiapkan nasi untuk diletak di atas dulang seperti di atas. Beliau adalah adik arwah bapa yang bungsu.






Kelihatan cik Siti juga menolong meletakkan lauk pauk di atas nasi tadi yang terlebih dahulu diletakkan sehelai plastik lutsinar yang lebar agar tidak mengotori nasi tersebut.









Dah siap dah nasi ambang nii,, begitulah pembahagiannya. Kalau generasi dulu mereka menggunakan daun pisang sudah tentu aromanya menusuk hidungkan,, sedap baunya,, tapi sekarang kebanyakannya tidak menggunakan daun pisang lagi semuanya dah bertukar ke plastik. Katanya lebih praktikal,,,hihihi











Sudah siap nasi ambang untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir berserta sekali dengan bungkusan plastik untuk di isi nasi dan lauk yang tidak habis di makan untuk di bawa pulang,, kata orang jawa bungkusan "bontrot", maaf kalau saya salah eja ye.Tidak ketinggalan juga kuih muih sebagai manisan.










Selepas makan, proses membungkus makanan bermula seperti gambar di bawah










Setelah nasi ambang dibungkus, para tetamu meneruskan menjamah sedikit kuih muih sebagai pemanis mulut sebelum pulang ke rumah.







Memandangkan jarak rumah saya di kampung tidak jauh dari rumah mertua , emak saya dan kakak turut hadir.






Beby Syahirah dan Mak Da.



Ok kita jumpa lagi di lain catatan ya. Begitulah cerita serba sedikit tentang penyediaan nasi ambang yang amat popular sebagai makanan tradisi masyarakat jawa. Apa yang di harapkan agar generasi hari ini dapat mempelajari dan mengetahui tentang masakan masakan popular mengikut kaum dan etnik di negara kita ini.
Bye bye.

Rabu, 19 Jun 2013

Sup Kambing Popular Parit Sulong


 Salam kepada sahabat semua. Harini nak cerita tentang gerai makan yang saya selalu pergi bersama keluarga kalau balik kampung. Gerai makan ni terletak betul betul di pekan Parit Sulong berdepan dengan jalan besar. Tak susah pun nak singgah sini,, nampak kedai buah buahan kat pekan tuu,, di sebelahnya aje gerai makan 1 Malaysia ni. 


Gerai ni dibuka daripada jam 4 petang sampai ke malam bergantung kepada makanannya habis laa,, hihihi. Nama tuan empunya kedai ni Pak Ya. Majoriti mengikut kata Pak Ya, sup kambing la yang banyak orang makan kat gerai ni.











Wahhh Pak Ya,, banyaknya tulang dan daging kambing,,,untuk satu malam kalau macamni boleh habis,,,kira ok sangat tuu, ramai peminat sup kambing ni ye,,, psstt mesti warga negara Parit Sulong kuat makan nii,,, jangan marah ya, gurau aje,,,





Taraa,, inilah rupanya sup kambing yang sedap tuu. Hihi tapi saya tak makanlah sup kambing,, suami dan adik beradik lain yang suka.







Ni  gambar lama ye kawan kawan,, haritu lupa ambik gambar sup kambing,,hihi nampak sedap tak sup nii,,,,









Ok yang ni sup ayam di cecah dengan roti,, memang saya suka, beby syahirah pun suka, jemput makan.Sepinggan roti memang tak cukup kena lagi 2 pinggan baru cukup.







Si Danish nii memang suka makan kat gerai ni,, mee hoon sup dengan sambal kicap pun sedap.

Ok  untuk catatan harini ye, kita jumpa esok, bye bye.








Bergambar bersama adik adik ipar semasa makan kat gerai ni akhir tahun lepas. Tengok tuu semua makan sup dan roti. Memang best la makan kat gerai ni. Jom singgah jangan tak singgah ya.









Selasa, 18 Jun 2013

Lepak di Ipoh Station, Puchong

Salam mesra semua, apa kabar,, tentu rakan rakan sibuk semula selepas cuti sekolah di buka ni,,begitu juga dengan saya,, asyik bussy aje hihi. Sempena sambutan hari bapa ahad lepas saya ajaklah encik suami jalan jalan ke kafe Ipoh Station sambil layan permintaan anak anak nak makan makan. Ini kali kedua saya ke sana, kali yang pertama berkesempatan berjumpa dengan encik Azlan dan Azlina pada bulan disember lepas,,, peramah orangnya dan makanan yang di order pun habis licin. 

Haha,, jomla tengok gambar kat dalam kafe ni,, semuanya berimej antik,, sungguh kagum dengan koleksi encik Azlan dan isterinya. Memang tabik hormat laa. So kepada geng geng antik yang belum singgah lagi ke sini,, apa tunggu lagi tuu,,, sambil makan sambil cuci mata,,, seronokkan.




Budak Farhan nii posing kat depan kafe,,, lihat kat belakang tuu gerobok lama,, suis lama,, kipas lama,, bingkai cermin dan pintunya pun dari kayu lama,,,, memang hebat,,,,,






Macam biasa mata saya akan selalu zoom kat teko n cawan,,, jangan marahhh,,




Beruntungkan,,, dapat tengok suratkhabar jawi zaman dulu punya,,,wahh ni baru kat depan pintu masuk,, belum masuk ruangan utama lagi,, jeng jeng jeng,,,,



Sambil tunggu makanan siap macam biasa,, kamera woman yang tak bertauliah ni pun sibuk ambik gambar ,, jom lihat ,, signage yang antik nii diletakkan di dinding ruang makan utama,,





Canggihkan ,,, sudut cashier nii,,,semuanya dikelilingi oleh barang barang lama,,,,penuh harta karun kat dalam lemari hitam tuu,, jam loceng, bekas rokok lama, kamera lama, piala lama,,, sudut cashier ni kat dalam ruang utama berdekatan dengan sudut makan.





Ok yang ni pula kat sudut belakang,,,





Tengok tuu tiffin enamel bunga bunga,,,,







Almari dapur lama,, yang penuh dengan tin makanan dan minuman zaman dahulu.






Anak dah panggil pulak,, makanan yang di pesan dah sampai,, jom makan,,,





Selamat hari bapa kepada encik suami,,hihi beby Syahirah memang suka kalau papa yang suapkan makanan,,,,




Wah amir,, cepat je makan roti bakar tuu,,, licin terus



Nanti mama nak rasa nasi lemak cikit ye arissa,,, nak makan mee rebus dulu,,,jemput makan semua,,,


Sementara tunggu budak budak habis makan ,,, saya pun continue balik ambik gambar kat ruangan bersebelahan pula berdekatan dengan laluan ke toilet,,,







Mesti terkejut kalau peminat kopitiam tengok koleksi nii,, terus tak jadi nak pergi toilet,, hihihi.


Sempat lagi saya melilau ambik gambar kat ruangan meja makan ala ala filem P Ramlee nii, jom lihat,,,







Tengok tuu koleksi botol encik Azlan,,,, banyaknya....



Koleksi mainan lama pun banyak,,, waduhhh




Koleksi tin makanan bayi zaman dulu, tin milo,tin nestum,, tin planta teringat zaman kanak dulu.




Nampak tak,, koleksi talipon lama,, sampoa,, acuan kuih,,,,terbaik dari ladang ni.




Koleksi seterika lama dan jubin antik lama,,, bercerita tentang jubin or tiles lama,, saya pun dah terjangkit dengan yatt precious,,,hihi jangan marah yatt,, bila nak update blog nii,, dah lama menyepi,,,




Khas untuk tatapan yatt precious,,, cantik tak,, akak pun dah beli jubin rose hijau macam yatt tuu,,, beralih arah nak kumpul tiles pulak macam yatt,, tapi harga sekeping lebih kurang macam harga teko pulak kan yatt,,,





Rasa macam nak beli motor vespa pulak,,, kikiki lawa kan,,, manalah encik Azlan dapat mainan nii,,,








Beca lama di depan cafe Ipoh Station,,, perasan tak tiles lama kat belakang tu,, hahaha kes berangan la nii nak buat rumah yang ada tanggan batu dengan tiles macam nii,,

ok lah panjang pula karangan saya pada harini,, bye2 dulu. Kalau ada rakan rakan yang nak tengok koleksi encik Azlan dan isteri, bolehla layari kat web http://ipohstation.blogspot.com