Khamis, 20 Jun 2013

Kenduri dan Nasi Ambang


Salam kepada semua pembaca setia WN. Semoga anda sentiasa sihat walau di mana saja anda berada. Masih dalam mood nak kemaskini dan nak rajin update blog. Betul kata ramai blogger kan,, kalau kita rajin update blog ia boleh dijadikan kenangan di masa hadapan.


 Harini nak cerita tentang kenduri 40 hari arwah bapa mertua pada minggu pertama cuti sekolah yang lepas. Seperti biasa bila kami berbincang dengan emak, juadah apakah yang hendak di masak pada hari kenduri tersebut,, emak berkata masak nasi ambang. 

Jadi kami semua bersepakat untuk memasak nasi ambang pada hari kenduri tersebut. Walaupun emak masih dalam keadaan bersedih tetapi beliau tetap tabah dan bersemangat menyediakan ramuan dan perencah untuk memudahkan kami adik beradik memasak dengan dibantu oleh saudara mara terdekat.





Serunding ikan bilis ini awal awal lagi emak dah sediakan sehari sebelum kenduri.




Sayur tumis campur versi jawa.




Sambal terung berlada




Mee hoon goreng






Ikan masin bulu ayam







Ayam masak merah berempah







 Kuih abuk abuk yang emak buat,,


Gambar gambar di atas itu adalah lauk utama untuk nasi ambang,
,






Cik Ninah sedang menyiapkan nasi untuk diletak di atas dulang seperti di atas. Beliau adalah adik arwah bapa yang bungsu.






Kelihatan cik Siti juga menolong meletakkan lauk pauk di atas nasi tadi yang terlebih dahulu diletakkan sehelai plastik lutsinar yang lebar agar tidak mengotori nasi tersebut.









Dah siap dah nasi ambang nii,, begitulah pembahagiannya. Kalau generasi dulu mereka menggunakan daun pisang sudah tentu aromanya menusuk hidungkan,, sedap baunya,, tapi sekarang kebanyakannya tidak menggunakan daun pisang lagi semuanya dah bertukar ke plastik. Katanya lebih praktikal,,,hihihi











Sudah siap nasi ambang untuk disajikan kepada para tetamu yang hadir berserta sekali dengan bungkusan plastik untuk di isi nasi dan lauk yang tidak habis di makan untuk di bawa pulang,, kata orang jawa bungkusan "bontrot", maaf kalau saya salah eja ye.Tidak ketinggalan juga kuih muih sebagai manisan.










Selepas makan, proses membungkus makanan bermula seperti gambar di bawah










Setelah nasi ambang dibungkus, para tetamu meneruskan menjamah sedikit kuih muih sebagai pemanis mulut sebelum pulang ke rumah.







Memandangkan jarak rumah saya di kampung tidak jauh dari rumah mertua , emak saya dan kakak turut hadir.






Beby Syahirah dan Mak Da.



Ok kita jumpa lagi di lain catatan ya. Begitulah cerita serba sedikit tentang penyediaan nasi ambang yang amat popular sebagai makanan tradisi masyarakat jawa. Apa yang di harapkan agar generasi hari ini dapat mempelajari dan mengetahui tentang masakan masakan popular mengikut kaum dan etnik di negara kita ini.
Bye bye.

2 ulasan:

  1. salam kak aina....ni nasi ambang erk...makanan tradisi orang jawa...kak aina sib baik saya tak kawin ngan orang jawa sebab saya makan pedas...mesti ada sambal belacan atau budu...hehehe

    BalasPadam
  2. wasalam sya,, hihi sekarang banyak restoren,pasar malam atau pasar ramadhan dah ada jual nasi ambang ni sya,rasanya kat langkawi takde lagi, kalau sya singgah KL , boleh beli kat kg baru. Rasa akak sya pun reti masak nasi nii cuma sayur campur jawa tuu je susah nak bagi sedapp,,hahaha. Tq sya, bye.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...