Khamis, 31 Mac 2011

Lama Tak Bersiaran




Salam ceria kepada semua rakan rakan, semoga anda semua sihat sejahtera di samping keluarga dan tugas seharian. Lama juga saya tak bersiaran ni, jutaan terima kasih kepada pengunjung pengunjung setia yang singgah di teratak warisan nenek. Jomlaa layan gambar teko kotak yang cantik di bawah nii,








Sungguh cantik didatangkan dari negara jepun bernama Sanyo, keindahan bunga ukiran tangan sungguh terserlah dengan motif bunga timbul yang menambahkan keanggunan teko kotak ini.








Pemandangan dari bahagian belakang teko, lihatlah bunga seakan warna pink yang kelihatan pudar tetapi motif bunga timbul tetap terserlah. Tengoklah tuu di tepi pemegang teko, saja malas nak buang tali yang berwarna biru tu, kelihatan sungguh antik dan lama sekali. Betul tak kawan kawan semua.








Teko kotak yang sungguh memikat hati ini kelihatan kecil sedikit daripada teko kotak yang biasa. Sememangnya setiap kaum wanita yang memandang pasti akan tergoda dengan kecantikan dan kecomelan teko ini. Lihatlah tuu, bunganya sungguh terang dan nampak antik di mata saya, hi3.







Corak di belakang teko, memang comee kan. Ok la ye kita berjumpa di lain catatan, terima kasih kerana sudi membaca paparan teko kotak ni ye. Permisi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan