Selasa, 5 April 2011

Teko Aladin Keseorangan





Salam sejahtera semua rakan rakan blogger dan semua pengunjung setia Warisan Nenek. Jom petang ini kita lihat pelbagai keindahan bunga pada teko aladin yang semakin sukar di jumpai ini.
Lihat di atas tuu bunganya memang tersangat cantik dan sudah pastinya mengegarkan jiwa pengumpul PML tak kira di mana sahaja anda berada.







Teko aladin VCR barulah kini saya mendapat kalau dahulunya hanya teko aladin berkaki VCR yang berbunga kecil tetapi sekarang teko berbunga besar VCR sudah berjaya ku miliki.








Teko yang ini pula akan membuatkan setiap mata yang memandang pasti akan memandang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya. Bunganya penuh sampai ke kaki teko dan kelebaran bunga juga hampir mencecah ke pemegang teko. Memang puas hati membelinya.







Teko yang sungguh manis di hiasi dengan sekuntum mawar merah seakan akan pink berdaun hijau dengan sedikit keperangan cukup membuatkan hatiku tertawan dengan kelembutan dan keunikan teko ini.





Lihatlah rakan rakan ku sekelian tentang kemanisan dan kelembutan bunga ini dengan design tekonya yang berjalur jalur di hiasi dengan kaki teko yang sungguh mantopp semestinya lain dari yang lain.


Cukup setakat ini dulu, kita berjumpa di lain catatan. Mesra Selalu.

2 ulasan:

  1. salam kak aina...

    cantiknya aladin VCR tu...mesti harga pun meletopp gak kan...susah nak dapat tu...cantik2..:)

    BalasPadam
  2. slm aina, cantik sungguh semuanya mengancam la tahniah2

    BalasPadam