Rabu, 11 Mei 2011

Tureen Bunga Yang Di Lukis




Salam semua rakan maya, tidak terlambat rasanya lagi untuk saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua kaum kaum ibu di luar sana, semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik untuk anak anak kita. Hari ni kita cuci mata ye tengok tureen yang cute ni, panjang dalam 11 inci dan lebar 7.5 inci, comel kan, walaupun badannya tidak berbunga tetapi saya sudah terpaut dengan keunikan dan kecomelan tureen ini, jom layan gambar,,,,








Cantikkan bila dipandang dari atas, lukisannya sungguh unik. Pemegang tureen pun masih berlekuk lekuk dan hanya sedikit sahaja rim emas yang kelihatan, body tureen pun berombak ombak macam citarasa pengumpul PML yang sentiasa ternanti nanti tangkapan seterusnya di hujung minggu untuk " menghunting dan membeli PML. Ok cukup setakat di sini ya, kita bertemu di lain catatan, daaaa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan