Jumaat, 10 Jun 2011

Keluarga Si Kekwa Jepun





Salam 1 Malaysia, masih bercuti lagi ke atau sudah balik ke rumah masing masing, cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya semoga rakan rakan semua happy dan gembira di samping riuh rendah anak anak di rumah sepanjang dua minggu ini. Harini layan gambar si tureen bujur 10 inci nii, sungguh cantik dengan coraknya dan warna bunga yang cukup segar,,,










Gembira sungguh rasanya kerana berjaya menambahkan lagi adik beradik tureen si kekwa jepun nii kalau dulunya hanya ada tureen oval kini bertambah meriah dengan kehadiran tureen bujur ini. Saya masih mencari cari si teko aladin dan juga teko kotak sepertimana yang dimiliki oleh ratu PML kita saudari Yatt, yang saya tidak pasti dengan kewujudannya di alam online ini. Kena tunggulah jawapannya kan, kalau ada rezeki tidak ke mana,hi3. Bye bye.

Selamat berhujung minggu.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum Yong, akak ada mangkok bertutup cam ni dapat dr rumoh mak sedara. Bunga pun seakan. Nanti balik Shah Alam akak check.

    BalasPadam