Selasa, 16 Disember 2014

Singgah Ke Rumah Kak Noriah Kamaruzaman Antik

Salam mesra di angin lalu kepada semua pembaca blog WN dan rakan rakan maya sekelian. Bila tibanya cuti sekolah di hujung tahun biasanya banyak aktiviti berjalan jalan kan,,, untuk itu saya tak melepaskan peluang mengajak encik suami ke rumah kak Noriah yang sememangnya dah lama saya berangan nak menjengah ke rumah kak nor. Dah ramai geng geng antik dari fb yang dah menjejakkan kaki mereka ke rumah kak nor so macam biasa saya suruh kak nor simpan dulu barang yang saya beli tuu hihi supaya boleh saya ambik sekali barang tu sambil menjamu mata di rumah kak nor. Jom layan gambar ye,,,,,





Koleksi barang tembaga yang sememangnya wowwww,,,,, hebat memang berkilat kilat


Mengancam betul nii,,,



Kaki mesin jahit yang sungguh unik dan diletakkan dulang tembaga berbunga di atasnya,,,,,






Macam minat je ngan periuk belanga tembaga tuu,,, semenjak akak dah suka masak memasak nii, hobi pun dah bertukar ke mengumpul periuk pulak,, hahaha tapi periuk biasa ajelah,, bukan periuk tembaga taww,,, emmm masih tengah fikir nii best jugak kan kalau buat penyeri macam dalam gambar ni. Susun atur rumah yang sungguh menarik menyerlahkan lagi daya kreativiti kak nor, memang tabik hormat kat kak nor dan suami.






Tidak puas dengan sekali pandang ye,, kena pandang berkali kali,,,,


Secara kebetulan tanpa dirancang terjumpa dengan kak Zuraidah Malik,, apalagi berboraklah kami tentang pinggan, mangkuk, cawan, teko, semuanya berkisar tentang barang lama sampai lupa kami sebenarnya berada di rumah kak nor,, hihihi betul betul buat macam rumah sendiri,,,,




Bestnya berada kat dapur kak nor ni, tengok hiasan atas tu memang sungguh mendamaikan jiwa peminat barang lama seperti saya,,, kipas antik, dulang tembaga, radio lama dan semuanyalah saya suka. Tengok tuu sampai si kecik syahira tertidur atas riba papa.




Terima kasih di atas budi baik kak nor sudi melayan kita orang ni sambil menyediakan makanan lagi tu. Masa ni saya dan kak ida tengah sibuk melihat pinggan mangkuk sambil terlopong biji mata melihat galeri rumah kak nor yang sungguh indah ini.




Akak berangan nak buat dapur cam ni,, siap bagitahu encik suami lagi,, hahaha. Bestkan tengok periuk belanga tuu dan acuan bahulu tembaga tuu, gerenti orang yang malas nak masak pun akan rajin nak masak kalau ada dapur macam nii. Bestnya,,, kak nor.




Sekali tengok botol lama tuu terus macam suka je,,, aduyaiii  buat masa ni seketul pun akak takde ye,,,haha




Nampak kain songket ni semuanya cantik cantik,,,, adakah akan tergudass keimanan akak nak menyimpan kain songket lama lama ni,,, masih berfikir untuk mencari tempat parking,,, adoiii kikiki,, nama pun peminat barang lama kan,,,





Betul betul macam berada di sebuah rumah lama zaman dulu dulu,,,,



Farhan sibuk dia ambik gambar,,, budak kecik pun teruja apatah lagi mak budak,, hahaha







Antara banyak tiffin2 ni, saya ada seketul yang enamel kuning tu je dan dulang bunga kat belakang tu, kata kak ida masih terdapat lagi di kedai kedai lama kat sabah yang menjual tiffin hijau tu, so ade sesiapa berminat tu boleh tanya geng antik kat sabah ye,,











Bergambar lagi dengan berhati hati memegang teko tu, hihi. Tv lama tu memang klasik dan nostalgia di tambah pula dengan suis lama,bumbung lama, lampu gantung2 tu memang mengimbau zaman kanak kanak dulu.




Memang terasa tenang sangat berada di rumah kak nor ni, suasana yang damai dengan hiasan dalaman yang memang klasik di penuhi dengan pelbagai barangan lama menjadikan kita leka walaupun rupanya dah berejam kami singgah di sini. Terima kasih di atas budi baik kak nor sekeluarga melayan kami. Saya tidak pulang dengan tangan kosong malah kak nor memberikan lagi cenderahati yang sungguh cantik kepada saya. Terima kasih banyak kepada kak nor dan suami. Nak tau apa hadiah tuu,, kena tunggulah yee,, surprisee,, hihi. 



Antara hadiah dari kak nor semasa mula mula saya terjebak ke dunia pengumpulan pyrex,,,sangat sangat suka dan sangat saya hargai.Terima kasih kak nor. Sayang akak.




Ok, kita jumpa di lain catatan, Bye.


5 ulasan:

  1. Masyaa Allah banyaknya koleksi berharga di rumah ni Aina, bukan senang nak maintain barang-barang yang sangat bernilai ni kan.. Tahniah dan syabas buat tuan rumah ,kak nor..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ana, memang sangat seronok berada di rumah kak nor, tak puas mata memandang,,, semuanya antik dan klasik. Terima kasih ana kerana sudi bertandang ke WN.

      Padam
  2. puan tempat artifak ni di mana ? sila wassap barang2 yg nak jual tq. tel-0127975286

    BalasPadam
  3. Salam.sy adrie.dari sg petani.sy ada lencana tin sekolah(hampir 20 buah sekolah) dan lencana lain2.boleh dikatakan antik.lencana itudr tahun 1950-an ke 1980-an.ini no.hp @ wassap sy 0184099214

    BalasPadam
  4. Lencana yg ada dlm smpanan sy dekat 50 keping

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...