Ahad, 23 Februari 2014

Selamat Hari Jadi Syahirah

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda sentiasa ceria dan sihat selalu. Harini nak share gambar beby syahirah,,, dah 2 tahun harini. Yang bestnya syahirah kongsi hari lahir yang sama dengan mak busunya,,,so untuk tahun nii,, dah rancang awal awal ajak adik beradik dinner bersama kat rumah.

Selamat hari jadi beby syahirah,, semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan di akhirat. Mama dan papa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk syahirah.




Syahirah masa kecik




Tengok tu gelagat syahirah,,, tengok muka mak usu lagi,, hihi



Potong kek sama sama syahirah dan mak usu,,,kejap je kan anak mama dah besar,,, untuk mak usu halimah, selamat hari jadi yang ke,,, hihi rahsia tuuu,,, semoga bahagia bersama keluarga tersayang dan kerjaya.




Mama suap kek ye,,, emm sedap tak syahirah,,,





Bila berkumpul dengan adik beradik dan anak anak sedara,,,seronok sangat bila makan bersama sama apalagi dengan hidangan yang disajikan dari pyrex,, hahahah,,, tengok tuu lawakan bunga autumn glory dan june rose.

Untuk anak anak mama dan anak anak sedara, mama dah siap sediakan pinggan melamine ware dan juga pinggan pyrex,, hihihi,, begitu juga dengan gelas kaca dan gelas plastik. Boleh pilih nak guna pinggan dan gelas mana. Haha,, bukannya apa nama pun budak budak kan.

Ok ,,kita jumpa lagi di lain catatan, bye2.

Sabtu, 22 Februari 2014

Garage Sales di Anggerik Mall, Shah Alam

Salam mesra kepada semua sahabat pembaca WN. Semoga anda semua sentiasa sihat di samping family tersayang. Dah lama nak cerita pasal garage sales di Anggerik Mall nii,, tapi tak taulah kenapa vitamin malas asyik melanda aja, hahaaha. 

Semenjak terjebak dengan mengumpul pyrex nii,, rajin pulak saya sekeluarga bersantai santai dan mencuci mata di Anggerik Mall. Hihihi,, bukannya apa selain pyrex,, banyak barangan lain yang kita boleh dapati di sini iaitu pinggan, mangkuk, teko lama, beg lama, pelita, perabut lama, tempayan lama dan semuanya lama lama lah,,,, senang cerita kena datang sendiri ke sini,, tengok dari dekat,,,, lagi best. Garage sales bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari ahad.

Bila dah borong barang tuu,, jangan lupa pula pergi ke tingkat 1 ke kedai Ipoh Loken. Cuci mata pulak kat situ. Taukeh kedai memang peramah,,, kak Liza namanya. Saya mengenali beliau semenjak tahun 2009 lagi ketika kak Liza berniaga di MAHA, Serdang dulu. Kedai kak Liza ni memang dah popular, selalu masuk tv dan majalah. Tahniah kak Liza, semoga perniagaan warisan keluarga kak Liza sentiasa maju.

Jom tengok gambar,,,,




Kak Liza bersama cikgu Mohassah, penaung kelab KEBAL







Kerusi lama, kerusi kopitiam, beg kotak lama,,,tengok tu pintu lama bercermin hijau,,, kenapalah cantik sangat terlupa pulak nak tanya kak Liza,, berapa regenya, mampu ke tak,,,





Bestnya cuci mata kan,,,







Pelbagai mesin taip lama,, pilih je mana yang suka,,,





Pelbagai dulang enamel






 Di gerai Puan Lela










Gerai Puan Annisa Kamil




Waduh waduh,,, cantik betul tempayan lama tuu,,, corong minyak tanah pun ada,,, teringat kenangan zaman dahulu,,









Kak Norbie dan abang Lan 






Banyak juga koleksi kak norbie dan bro lan untuk dijual,,, semua mengancam terutama "walkman" tuu,, teringat zaman sekolah kat asrama dulu2 tahun 80an,,, selalu pinjam kawan punya,,, hihihi











Gerai cik Nona Lina


Lampu picit lama, kipas lama, cermin muka lama. Semua lama yang saya nampak, hahaha. Biasalahkan,, peminat barangan lama,, bila dah suka tu, barang yang baru pun tak pandang. Adeke macam tuu,,,, adoiii,,








Gerai kak Zai pre love,,,

 macam macam pyrex, corning ware, corelle semua ada. Pilih je mana yang anda suka.




Skodeng ke kedai kak Liza kejap di tingkat 1,,, memang terbaik dan puas cuci mata.



Tauke kedai yang popular dan peramah



Cantik lemari solek nii,, bila lah dapat memilikinya,,,



Rambang mata kan,,,


Susunan yang sungguh teratur dan klasik sangat,,




Pelbagai lemari lama di kedai kak Liza...emmm ada minat ke u allssssss,,,



Bergambar kenangan di depan kedai,,,, emmm dah gemukkan,,,hahaha




 Bergambar bersama kak Zai pre love,,, taukeh pyrex hihi,, Tengok tuu mangkuk kaserol AG ,,,

Datang jangan tak datang cuci mata kat sini,, tempat makan dan minum pun ada di tingkat 1. Bila dah penat soping boleh relex2 minum kopi.

Ok hingga jumpa lagi, bye2.

Khamis, 20 Februari 2014

Hobi Baru Lagi,,,,

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Semoga anda sentiasa sihat bersama keluarga tersayang. Lama pulak tak up date blog ni dari raya cina tempohari, alahai apa sudah jadi, hahaha. Bukan apa, saja saya sibuk melayan hobi baru saya yang terkini iaitu mengumpul pinggan pyrex pulak, hahaha. Taklah banyak, sikit sikit saja ikut kemampuan. Harga,,,aduyaiiiii,, lagi parah dari beli pinggan mangkuk buruk. Jomlah tengok gambar.






 Pyrex bujur jenis anchor hocking, USA pemberian dari emak yang mencetus minatku mengumpul pyrex.





Si malatoppss sekarang terlajak laris dengan gelaran,, autumn glory dari company pyrex di England





Pembelian pertama kaserol bunga autumn glory,, 3 set sekali jalan,,, hahhaah




Ternampak kat online,,, apa lagi terus beli,,, dah lama suka dengan bekas kuih ni tapi susah nak jumpa,,,nostalgia semasa kecil dahulu semasa ikut emak dan bapak beraya.



Rezeli lagi,, dapat cawan lengkap 6 pasang,,,



Mula mula dapat cawan lepas tu dapat dulangnya,,,,taklah berat sangat dulang tuu ringan je



June rose nama diberi,,, merah merah delima kannn,,,,, ini pun kenangan juga masa zaman sekolah rendah dahulu,, masa tu banyak orang kampung yang mampu dan berada aje dapat beli,,,yelah nilai wang zaman dahulu pun mahal mana mampu nak beli pyrex,,,masa tu bila beraya saya cukup seronok kalau dapat tengok bunga ros merah nii,,,meriahkan,,



Kaserol bujur tetap menawan di hati saya dibandingkan dengan yang bulat





Ini saya yang mampu buat peringkat permulaan,,, suka tak,,, saya suka, saya suka, hihi.
Ok jumpa lagi, bye2.

Sabtu, 1 Februari 2014

Angpow Tebalkan Muka

Salam ceria kepada semua pembaca blog WN. Dah kenyang makan limau kee,,,,, biasalah kan ,,,, masa raya cina ni  kita boleh berkumpul dengan suku sakat,,, berborak2  sambil makan makan limau.

Cerita pasal angpow lagi, kalini saya saja tebalkan muka dan bertanya pada cashier di kedai kedai jenama terkemuka,,,,,emmm boleh bagi angpow kosong tak,,,, jika ada,,,, hahaha,,, so ini sajalah hasilnya. Biasalah strategi perniagaan mana ada orang nak bagi angpow free kalau tak buat pembelian. 

Rumusannya ada juga hamba allah yang bermurah hati nak bagi angpow dan ada juga yang tak nak bagi. So nak buat macamane kan,,,, takkanlah kita nak soping barang yang tak perlu semata mata kerana hobi,,, hihihi.Layannn,,,




Poh kong,,, dapat 2 pcs pun oklah,, hahah




Lalu kat kedai tepon,, saja tanye dapatlah sepaket,,,,,




Dari Anakku,,,,,




Dari Sembonia,,,,,,



Dari Carlo Rino,,,,

Ok,,, itu je yang angpow saya saya tebalkan muka minta free,,, segan pulak rasanya nak minta free kat kedai2 yang famous tuu,, jumpa lagi, bye.



Angpow Dengan Pembelian

Salam ceria kepada semua pembaca blog WN. Diharapkan agar anda semua sentiasa sihat bersama keluarga di cuti perayaan tahun baru cina ni. Kali ni saya bersiaran di kampung halaman. Harini nak kongsikan beberapa angpow yang saya dapat hasil dari usaha sendiri membeli barang di pasaraya ataupun kedai biasa. Jom tengok,,,,







Dari C4 atau aeon big,,





Dunkin Donut




Watson,,,






6 keping angpow,, 6 generasi,,,, dari P & G,,,,,





Pepsi dari 7E,,,,




F & N dari 7E,,, ada satu lagi design tapi tak jumpa lagi,, kena rajin cari lagi kat cawangan 7E.


Jumpa lagi, bye.