Jumaat, 10 April 2015

Lontong Sedap Batu Pahat

Assalamualaikum kepada semua sahabat. Semoga anda semua sihat sejahtera bersama tugasan seharian dan keluarga tercinta. Macam biasa, harini mood rajin, so nak cerita tentang lontong sedap di Batu Pahat ni. Kalau dulu jika nak makan lontong sedap ni kena makan di kedai apek kopitiam sebelah pasar batu pahat tu, tapi sekarang bukan lagi di situ ye sebab pengurusan kedai sudah bertukar tauke so kalau nak rasa lontong yang sama semacam zaman dulu dulu tu, saudara saudari bolehlah berkunjung ke restoren nasi ayam warisan gemas ye yang tak jauh dari pasaraya AEON BIG Batu Pahat, lalu je jalan besar kat dalam tu betul betul. Kedai ni berhadapan dengan CIMB bank. Cari jangan tak cari ye.




Berdepan dengan CIMB bank. Kedai lontong ni tiap tiap hari buka kecuali hari jumaat kedai tutup. Masanya pagi pagi lah takkan lepas subuh pulak, adoiii. Kalau dah habis semua lontong tu, kedai ditutup ye biasanya sebelum 12 tengahari dah habis. So kena adjust masa  nak pergi bila jangan datang ke restoren ni malam malam cari lontong sudah.






Kak roslina dan lontongnya yang memang powerr.



Yang ni pulak lontong letak  kerang, jadi jurugambar akak harini tak kisahlah guna kamera murah. Huhu tak tau bila ada rezeki nak dapat yang dslr tuu.


Yang ni pulak lontong kering ye, terpulang kepada saudara saudari nak letak kuah ke tak ikutlah selera masing masing.




Kita zoom tengok secara dekat bahan asas lontong sedap nii,,,



Lontong inilah yang memberi kelainan sebab ianya adalah ketupat tau, bukan yang lontong nasi impit tuu,,,so kalau ada yang tak mau makan lontong bolehlah digandingkan dengan sate yang dijual oleh pakcik risham, suami kak roslina.




Tetiba pulak tengah malam nak makan lontong bila tulis n3 nii,,, hahaha



Sambal kerang

  Sambal sotong

 Rendang daging


Ayam goreng

 Sambal lontong


Serunding


Apalah yang dijenguk oleh farhan tuu,,



Boleh tahan jugak nasi lemak bungkus nii,



Terjumpa pulak kawan lama masa sekolah rendah dulu masa akak tengah ambik gambar lontong, nasib baik dia tak tanya jadi wartawan ke, hahaha


Oklah harap n3 kalini dapat membantu saudara saudari di luar sana yang masih tercari cari di manakah lokasi warisan asal lontong sedap yang telah berpindah ke tempat baru ni, Kalau dahulu saya ada masukkan n3 tentang bersarapan di batu pahat di sini

Ok jumpa lagi, Salam mesra.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan