Sabtu, 18 Oktober 2014

Buku Masakan Chef Zaidah

Salam ceria kepada semua rakan pembaca blog WN. Semoga sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga.

Harini nak cerita tentang buku pertama masakan yang saya beli. Masa ni saya bekerja kat Ipoh dan macam biasalah kan di Ipoh tak sama macam KL, nama aje bandaraya tapi lebih sunyi dan sangat damai berbanding di KL. Saya pulak lepas balik kerja memang suka memerap kat rumah , malas nak kuar2 dan lebih suka melayan x-stitch dan membaca buku resepi. Alahai dari dulu memang suka tengok buku resepi tapi masaknya boleh di kira dengan jari. Hahaha. Biasalah orang bujangkan,,,, lebih ringkas kalau beli je n jimat masa.

Masa tu juga teman serumah pun memang sama minat membeli buku resepi dan membuat xtitch, tak sangka pulak teman serumah mempunyai hobi yang sama. Emmm teringat kenangan dulu dulu memang mengusik jiwa. Masing masing berlumba lumba nak habiskan projek xtitch sampai tak mahu pergi soping atau tengok wayang,,,, hebat betul penangan xtitch ni kalau dah mabuk kepayang.

Jomla layan gambar buku masak nii,,,,, melilau pulak cerita kat atas tuu,,,,



Buku masakan chef zaidah ni rasanya saya beli pada tahun 1997 edisi 1 dan edisi 2 saya beli pada tahun 1998. Buku edisi 3 kak aida bagi kat saya memandangkan saya dah ada koleksi bukunya yang terawal. Tq da kerana memahami hobi adikmu ini.




Dahulu kalau kat tv selalu chef zaidah ni kuar dalam rancangan masak masak kan, tak silap dalam rancangan kuali kot di tv 3,rasanya awal tahun 90an. Pada zaman tu emak selalu suruh saya jadi tukang salin resepi sebab daripada menganggur tak buat apa apa lepas spm,,, baik jadi tukang tulis buku resepi emak, hahaha.





Dari dulu lagi saya memang suka tengok baju kebaya yang chef zaidah pakai, semuanya cantik berkerawang sulam dan semestinya apabila dah beli buku masakan ni secara tak langsung saya pun menempah satu baju kebaya berkerawang di pasar Super Kinta, Ipoh. Perrr memang nostalgia kan, baju tu kainnya pemberian dari emak lagi,, sutera maaaa, hujau pucuk pisang ooohhh,,,

Memandangkan hobi saya zaman anak dara dulu suka buat kek coklat dan biskut almond london,, hihih itu saja yang saya tahu buat pun,,,,,so buku edisi 2 ni memang berkedut seribu saya kerjakan,,, alahai


Tengok tuu ada tompok2 minyak atau buttercup lagi kat buku tuu,,




Biskut yang ni memang berangan tak sudah nak buat,,,, suka tengok sebab cantikkk n kalerfull,,,,





Sangat suka baca ruangan sembang dapur ni,, tengok tuu kelas kooo,, buat kek pun nak kena pakai baju kebaya cantik tawww siap brooch lagi,,,rambut pun kena cucuk sanggul lintang barulah kek tuu nampak cantik kejadiannya. Kikiki.




Adoiii perasan lagi niii,,, cantik baju chef zaidah tuu dan untuk kali kedua akak pun tempah lagi sekali baju kebaya bersulam kaler purple sebiji macam baju chef tuu,, macam biasa anak tauke kain sutera masa tuu, jadi apa lagi mintak ngan emak laa, Sebenarnya masa tu emak berniaga kain ke kampung2 secara ansuran bulanan, biasalah kain sutera kan kalau tak silap saya baju sutera terengganu atau kelantan tu tersangat popular masa tahun 93 ke 98 kan,,,sangat mengkagumi kegigihan emak untuk berniaga, pada zaman tu emak masih berkayuh basikal lagi sedangkan kawan kawan emak dah bawak motor,,,,





Tips yang sangat berguna dari chef zaidah.




Semestinya resepi ni memang kena cuba,,,,





Dah pun lengkap buku koleksi  seni rasa chef zaidah ni,,,,sempat lagi skodeng yang ni kebayanya bersulam tampal,,,, kakak saya tempah sebiji baju kebaya warna merah bersulam tampal macam chef zaidah pakai tuu,,,saya dengan muka tak malu memang suka pinjam baju kakak masa tuu,, melaram habis zaman muda belia dulu, kikiki. Masa ni kiranya saya dah bertunang dan akan berumahtangga tu yang budget ciput tak boleh tempah baju kebaya mahal,, huhuhu.




Resepi yang enak dalam buku koleksi 3.



Ok jumpa lagi, 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...