Selasa, 31 Mac 2015

Festival Vintage Selangor di Anggerik Mall, Shah Alam

Salam mesra kepada semua pembaca setia WN. Apa khabar. Semoga sahabat sahabat di luar sana sentiasa sihat disamping menjalani tugasan seharian. Harini nak berkongsi gambar di festival vintage bertempat di Anggerik Mall ahad lepas. Saya rasa seronok sangat sebab dapat berjumpa dengan geng geng fb dan juga peniaga peniaga barang lama di sini. Apapun tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menghimpunkan para peniaga dan peminat barang barang lama di bawah satu bumbung. Memang terbaik.
 Jom kita tengok gambar.



Semuanya saya suka,,,,



Kesemua barang barang ini saya belum ada,,, katil lama, tabak tembaga, beg lama, alas tilam lama yang ada hanyalah sehelai tikar mengkuang saja, huhu jangan gelak yee.



Sangat sangat nostalgia laa,,,,suka tengok



Masih mengharap untuk mendapatkan tv lama seperti itu,,



Seronoknya , cuba bayangkan kita di zaman kanak kanak dahulu bersama adik beradik yang lain duduk bersimpuh dengan sopan di atas tikar mengkuang itu sambil menunggu emak datang untuk membuka tudung saji antik itu,,,,emm gerobok simpanan makanan lama, dapur lama, kuali tembaga, teko enamel lama semuanya memang mengimbau kenangan terindah di masa kecil.



Cantik pulak saprah tuu,,,




Terima kasih kak Lela bagi kita rasa duduk kat kerusi merah antik tuu, hihi




Vespa lama teringin juga kalau dapat seketul,,, aduyaiiii haha



Peralatan petrol pam,,, mantap sungguh koleksinya, tahniah bro Mustaqim



Cantiknya isi dalam lemari



Macam macam jenis cawan kopitiam,,,



Koleksi kopitiam yang sungguh hebat, tahniah bro Yusri.




Cantik pulak botol botol nii, jangan jangkit sudahlah, haha



Dah lupa nama adik ni,,tapi ingat kumpulannya botologi malaya



Mendengar tip dan idea cara cara untuk membersihkan botol dan mengekalkan keantikannya,,, syabas kepada adik adik dari botologi malaya


Pelbagai cabaran dan dugaan perlu ditempuhi untuk mendapatkan botol botol lama ini.







Mainan lama yang memang tidak jemu dipandang mata, tahniah kepada tuan Azlan, taukeh Ipoh Station yang memang terkenal dengan koleksinya yang hebat.




Sangat menarik koleksi ini,,,



Cantiknya motor lama ni, teringat moto arwah datuk



Ternampak pyrex, kusss semangat, nasib baik dah ada,,



Suka tengok signage lama lama ni,,,,



Bro Sahid Ahmad,, banyaknya koleksi buku buku lama bro,, tabik hormat laa



Teringat beg kotak2 merah hitam tu, tapi dulu pergi sekolah kita bawa yang kecik aja sesuai dengan usia.


Saya tetap suka dengan barang barang yang berkarat, biarlah orang nak kata apa,



Cuci mata dengan pinggan mangkuk pulak,,,



Bro Sani dari Perak dengan barangannya yang sungguh meletup,,,




Kalau aku kaya,,,,,boleh beli pinggan2 itu


Banyaknya barang tembaga bro Sani, koleksi tembaga yang sungguh hebat,,



Kak Zainab, taukeh perabot lama




Bergambar bersama rakan rakan PML bro Adiq, bro Sani, kak liza tuan punya kedai Ipoh Loken memerangkap penganjur festival vintage, penulis, kak Zainab dan puan Annisa serta anaknya.



Kain lama yang sungguh menawan



Nak cari jugaklah baju kebaya emak yang lama lama macam ni, nak buat koleksi,,,

Kain broket cina zaman dulu



Ini dia tuan empunya koleksi tekstil dan busana tradisional, saudara Shahril. Tahniah Shahril koleksi yang memang outstanding.



Pusing entah berapa kali round entah,,tiba tiba ternampak set pinggan mangkuk kat atas meja,, ayoyo sangat cantik, siapa punya koleksi nii,,





Yang ni pun sama,, biru lagikkk,,,gobok pun lawa jugak,,,terpesona saya memandangnya


Adoiii, memang menguji keimanan betul. Memang sangat hebatlah koleksi puan Normah nii, terjojol mata hitamku, apakan daya nak beli kurang kemampuan so mampu telan air liur aje.



Anda berminat tak,,,huhu


Cantiklah pulak butang baju intan pink tu,,,,



Pening tengok kecantikan cincin buah kana nii,,,tengok harganya tuhhh,,,nangiss tengok


Bila terpandang motor vespa lama,,, rasa pun macam nak angkut satu, berangan tak sudah makcik ni, alahai






Teringat jugak motor zaman bujang dulu,,






Idaman kalbu jugak ni, bila nak dapat entah,

Antara barang yang saya beli harini ialah dua ketul pinggan besar berbunga yang sangat lawa, majalah masakan lama dan sebekas dodol. Jadilahkan daripada pulang dengan tangan kosong.
Ok jumpa lagi, bye2.


Khamis, 12 Mac 2015

Sampul Raya Kartun Lama

Asssalamualaikum kepada semua sahabat saya di luar sana, semoga sentiasa sihat dan gembira selalu. Jom mari kita layan gambar sampul raya lama lama ni.


Sungguh ceria bukan,,,,


Jam dinding lama idaman kalbu,,,



Terima kasih kepada sahabat dari fb kelab sampul duit raya yang sudi bertukar sampul kartun lama dengan saya.


Bestnya kalau ada rumah kat kampung macam ni kan,,,, sangat seronok bila nak raya. Tengok juga tuu pelbagai edisi kereta proton saga yang lama,,,,




Yang ni pula angpow raya cina tapi saya tak pasti adakah pengeluarannya di dalam tahun yang sama dengan sampul raya di atas tadi. Emm ada sesiapa yang tahu,,,,,






Ok sekian dulu, kita jumpa lagi.