Jumaat, 10 Januari 2014

Promosi Angpow Kit Kat CNY 2014

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN di pagi hari jumaat yang mulia ini. Semoga anda semua sihat sejahtera. Pagi pagi ni kita tengok angpow dari kit kat. Macam biasa kena beli kit kat,,, 10 hengget baru dapat sepaket. Cukuplah daripada melopong tak dapat kumpul angpow yang cantik ni. Layann,,,,








Sangat menarik bukan walaupun ianya hanya sekeping kertas,,,,,hihihi. Bye2.

Isnin, 6 Januari 2014

Pureen Dan Kiko Angpow

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Jom kita cuci mata lagi dengan angpow tahun baru cina 2014 dari pureen dan kiko. Tersangat cantik semua angpow nii. Kalau ada yang berkenan dengan angpow karton yang cun melecun nii, pergilah jalan jalan ke kedai menjual barangan bayi. Perhhhh,,, semua jenama sales dik,,,, cuma sediakan duit aje,,, kikiki. Sudah semestinya kena beli barangan diaorang,,, dan barulah di beri angpow. 

Semenjak akak dah jadi pengumpul SDR ni,, kenalah rajin bertanya kat promoter di supermaket. Haha kadang kadang sedih jugak kalau kita mintak sampul raya free orang tak layan. Apapun pada pandangan akak,,, paling senang beli ikut kemampuan. Ada rezeki tuu dapatlah angpow,, takde rezeki tuu kalau kita dah tanya kat promoter ,, diaorang tak nak bagi,, itu hak diaorang kannn,,,,yelahh  mana ade barang free kat dunia nii,,,semuanya kena bayarkan walaupun sekeping kertas, hahaha.








Set pureen,,,, warna warni,,,,,





Set baby kiko,,,, 2 set sampul bercantum yang cantik,,,,,




Ni mesti karton baby girl,,,,



 Ni karton baby boy,,,


Ok jumpa lagi, bye.

Biskut Dan Angpow

Salam isnin yang ceria. Semoga rakan rakan WN sentiasa sihat sejahtera selalu . Cerita harini tentang angpow raya cina. Jom lihat. Promosi biskut berserta angpow sedang berlangsung di semua pasaraya di Malaysia sekarang ni.




Biskut campur campur dari Hwa Tai,,,,





Angpow sangat cantik,,, lambang biskut lagi siap rim emas dikeliling biskut,,,, ada 3 warna yang berbeza





Biskut belanda katanya,,,,, anak paling suka perasa coklat,, memang sedap,,, kejap aje dah habis satu tin yelah anak ramai kan,,,,,




Apa yang penting adalah angpow ituwww,,,, akak suka dik,, hahahah. Akak memang suka angpow atau sampul duit raya yang ada gambar karton karton.

Oklah ,, jumpa lagi nanti ye, bye.

Jumaat, 3 Januari 2014

Sate Kajang Hj. Samuri Part 2

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Dah lama sangat n3 tertangguh ni tak sempat ditulis dalam blog WN,, bukan apa sebenarnya ,, terlebih banyak gambar nak dimuat turun,, tu yang malas tuu,,,hihi,, apapun khas untuk pembaca sekelian yang belum pernah datang ke sini,,,,, jomlah cuci mata. Layannn,,, tengok barang barang lama lagi bestkan,,, kenangan mengusik jiwa dan membangkitkan nostalgia semasa zaman kanak kanak dulu.




Lori ali baba,,,,




Kreatif betul,, basikal yang tergantung tuu mahal tawww,,,






Cuci mata dengan skuter skuter lama,,, zaman bapak dan emak kita muda muda dulu,,,





Pelbagai mesin taip lama




Lampu gasolin,, acuan kuih bahulu, kaki lilin dan pelbagai barangan tembaga





Tingkat atas bangunan sate kajang hj. samuri pun ada ruangan barangan lama. Tinggi kabinet tuu,,









Semua peralatan yang ada didalam rumah kaca ini begitu menggamit memori lama, tengok tu ada basikal tua,tiffin kuning, cerek lama,lampu lama termasuk juga sate tiruan berserta ayam ayam tuu,,,teratur susunannya dan tersangat lah cantik mataku memandang.







Tunggu sate yang dipesan tak sampai sampai so anak anak posing dulu sampai penat,, hahaha





Sate kajang nii lah rupanya,,, sedap ke tak,, sendiri kena rasa. Biasanya sate ayam menjadi pilihan kami sekeluarga.

Ok hingga jumpa lagi, bye.

Tiffin Biru Baba Nyonya

Salam ceria di hujung minggu pertama tahun baru 2014. Emm mood terlebih rajin harini ,,, so nak tunjuk serba sedikit koleksi tiffin biru yang tak berkembang. Haa ha ha,,Bukannya apa kadang kadang selalu juga saya terlepas tiffin biru yang berbunga lawa dijual di APC so tak dapat bunga yag diidam so peram  saja lah niat untuk membeli tuu.


 Tup tup dari setahun ke setahun harga tiffin terus melonjak. Lagilah kurang minat untuk menambahkan lagi koleksi yang sedia ada disamping bunga tiffin yang bukan pilihan mata. Apapun jom layan gambar,,,, setakat nii hanya ada 3 ketul saja. Last membeli tahun 2010. Wow lama tuuu,,,,





Dah berabuk tiffin biru ni,, tuan rumah takde masa nak mengelap, 

Bye, jumpa lagi.

Koleksi Kit Kat 2013

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Harini nak tunjuk gambar antara koleksi mug dan tuperware hadiah percuma dari kit kat dengan setiap pembelian barangan kit kat tahun 2013. Jom lihat,,,,




Banyak juga kalau disusun macamni,,,,,




Farhan memang suka makan kit kat






Design memang unik,,, 3 corak semuanya ala ala lukisan batik


Tuperware sebagai free gift pada promosi hari raya,,,,








Dulang kecil sebagai hadiah,,,




Comel kan,,, polkadot merah lagi,,, yang dibawah cop kit kat kat belakang dulang.
 Kita jumpa di lain catatan, bye.


Mug Kit Kat 2014

Salam ceria di petang jumaat yang mulia ini. Semoga pembaca budiman sentiasa sihat sejahtera disamping tugas seharian dan keluarga masing masing. Catatan pertama selepas tahun baru 2014,semestinya bukan teko buruk atau pinggan lama ,,, nak beralih arah ke barang baru pula. Hihihi,,,,

Semalam saya pergi berjalan jalan ke giant membeli barangan dapur,,, tengok tengok lalu depan kaunter hadiah terpandang pulak mug kit kat yang cantik. Macam biasalah selalunya tiap tiap tahun coklat nestle kit kat akan keluarkan mug bila tahun baru cina menjelang tiba. Dan untuk pengetahuan pembaca sekelian akak dan keluarga biasanya akan beli kit kat kalau ada promosi free gift aje,, hahahah. 

Emm untuk kali ni,, harga tak lah mahal,,, untuk 12 family pack sepaket cuma rm9.98sen saja kira rm10 senang cerita. Jom tengok gambar,,,,






Ada 3 corak mug yang berbeza dan semestinya warna merah tetap menjadi pujaan hatiku untuk membelinya. Takut nanti mug berlainan corak ni kehabisan so saya angkut 3 ketul terusss,,, adoiiii kus semangattt,, terbang duit akak rm 30,,,,






Semua cantikkan corak mug kit kat 2014,,, cawan pun tebal dan lebar,,, so apalagi sebelum kehabisan,,,, jom beli nanti gigit jari kalau tak dapat. Semalam tengok dekat rak kit kat tuu,, tinggal beberapa ketul aje. Jadi confirm ramai peminat pengumpul mug kit kat yang menunggu mug limited edition" ni.

Bye, jumpa lagi.

Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Selamat datang tahun baru 2014. Semoga tahun ini kita menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya dari semua aspek di dunia dan di akhirat.