Jumaat, 3 Januari 2014

Mug Kit Kat 2014

Salam ceria di petang jumaat yang mulia ini. Semoga pembaca budiman sentiasa sihat sejahtera disamping tugas seharian dan keluarga masing masing. Catatan pertama selepas tahun baru 2014,semestinya bukan teko buruk atau pinggan lama ,,, nak beralih arah ke barang baru pula. Hihihi,,,,

Semalam saya pergi berjalan jalan ke giant membeli barangan dapur,,, tengok tengok lalu depan kaunter hadiah terpandang pulak mug kit kat yang cantik. Macam biasalah selalunya tiap tiap tahun coklat nestle kit kat akan keluarkan mug bila tahun baru cina menjelang tiba. Dan untuk pengetahuan pembaca sekelian akak dan keluarga biasanya akan beli kit kat kalau ada promosi free gift aje,, hahahah. 

Emm untuk kali ni,, harga tak lah mahal,,, untuk 12 family pack sepaket cuma rm9.98sen saja kira rm10 senang cerita. Jom tengok gambar,,,,






Ada 3 corak mug yang berbeza dan semestinya warna merah tetap menjadi pujaan hatiku untuk membelinya. Takut nanti mug berlainan corak ni kehabisan so saya angkut 3 ketul terusss,,, adoiiii kus semangattt,, terbang duit akak rm 30,,,,






Semua cantikkan corak mug kit kat 2014,,, cawan pun tebal dan lebar,,, so apalagi sebelum kehabisan,,,, jom beli nanti gigit jari kalau tak dapat. Semalam tengok dekat rak kit kat tuu,, tinggal beberapa ketul aje. Jadi confirm ramai peminat pengumpul mug kit kat yang menunggu mug limited edition" ni.

Bye, jumpa lagi.

2 ulasan:

  1. cantik juga tambah koleksi tapi ana minat koleksi warisan aina tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam ana,, dah tak susah kalau nak kumpul koleksi warisan, boleh beli dan lihat serta jalan jalan di pasar karat seluruh malaya,,, online pun ada jual, ana. tq sudi bertandang ke sini.

      Padam