Jumaat, 10 Jun 2011

Keluarga Si Kekwa Jepun





Salam 1 Malaysia, masih bercuti lagi ke atau sudah balik ke rumah masing masing, cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya semoga rakan rakan semua happy dan gembira di samping riuh rendah anak anak di rumah sepanjang dua minggu ini. Harini layan gambar si tureen bujur 10 inci nii, sungguh cantik dengan coraknya dan warna bunga yang cukup segar,,,










Gembira sungguh rasanya kerana berjaya menambahkan lagi adik beradik tureen si kekwa jepun nii kalau dulunya hanya ada tureen oval kini bertambah meriah dengan kehadiran tureen bujur ini. Saya masih mencari cari si teko aladin dan juga teko kotak sepertimana yang dimiliki oleh ratu PML kita saudari Yatt, yang saya tidak pasti dengan kewujudannya di alam online ini. Kena tunggulah jawapannya kan, kalau ada rezeki tidak ke mana,hi3. Bye bye.

Selamat berhujung minggu.

Rabu, 8 Jun 2011

Nampak Macam Sama Tapi Tak Serupa Si Bunga Kangkung



Salam kepada semua rakan rakan PML di luar sana, harini jom layan gambar gambar teko bunga kangkung nii,,, yang atas tuu teko apple,, akak baru tau dik ada teko patern nii, ha3




Perbezaan dua teko aladin yang tersangat lawa nii, sebelah kanan bunganya seperti gambar di bawah, cun ke tak, kawan kawan?,,,





Dapat dua keping oval plate yang bulat ni pun ok, akak bersyukur sangat, dah tergoda dengan bunga niii ala ala ayuuu jee,,,






Gambar dekat corak bunga yang jelita nii, berdedalu pink di bunga hijau dan berdedalu hijau di bunga pink, hi3 apa salah cop ke ape kilang buat teko dan pinggan ni,,,, ha ha




Inilah tekonya dari dekat nii, ada sedikit latar belakang kebiruan di belakang bunga





Teko siku berbunga besar sungguh gedabak yang memikat hatiku untuk membelinya






Perbezaan begitu ketara dengan teko siku berbunga sederhana tuu,,





Lawa ke tak teko nii,,,,





Teko bunga kangkung tinggi lampai yang sungguh unik, walaupun bukan penutup sebenar akak rembat jugak dah lalu di depan mata ni, hi3 kalau nak tengok penutup sebenar silalah ke blog cik Azian ratu kangkung kita tuu atau klik di sini


Ok, happy holiday yee, bye.

Selasa, 7 Jun 2011

Uniknya Teko Kotak Lama




Salam 1 Malaysia, semoga rakan rakan semua sihat di samping bercuti cuti Malaysia nii membawa anak bercuti tak kisahlah samada balik kampung ke, melancong ke pulau ke, mencari barang lama di pasar karat satu malaya ke, pergi jemputan pengantin ke dan apa yang penting anak anak happy di musim cuti sekolah ni. Jom cuci mata dengan teko kotak yang unik ini, memang berseni, design yang cantik, bercorak bunga bungaan.





Tu dia gambar corak bunga dari dekat, cun takk,,,,





Kalau kawan kawan nak teko set cawannya, silalah lihat di blog kak shas ye atau klik jee di sini


Pemandangan dari belakang teko, kuning polos jee,

Ok cukup setakat ini, kita bertemu di lain catatan. Bye bye.
Selamat bercuti.