Rabu, 5 Disember 2012

Beby Syahirah

Salam ceria kepada semua pembaca blog WN. Sibuk ke cuti sekolah nii,,,,hihi. Saya baru pulang bercuti dari kampung,,, memang banyak aktiviti apabila bersama mak dan bapak di kampung,,,, makan makan,, berkumpul bersama adik beradik, kenduri ,makan durian dan lain lain lagi. Harini jom lihat gambar majlis kenduri potong jambul dan akikah anak saya yang kecik nii,, Syahirah dah 9 bulan ,,,masa berlalu begitu pantas kan,,, beby pun dah nak mula belajar berjalan,,, jom tengok gambar,,,,layannn


Syahira niii kalau first time jumpa orang yang dia tak kenal,, mesti dia tak nak kalau orang tuu nak dukung dia n mesti nak nangis,,, so saya dah standby bagi susu kenyang kenyang dan layan aje laa beby tecik niii,,,,,semoga masa potong jambul nanti dia tak nangis,,,,,,hihi



Gambar gambar yang diambil di ruang tamu di luar dan di dalam rumah,,, di dapur juga kaum ibu sibuk menyiapkan hidangan utama untuk di sajikan kepada tetamu yang datang,,,,,kelihatan bapa juga sibuk meninjau ke dapur agar majlis berjalan lancar,,,,,bunga telur pun awal awal lagi dah siap diletakkan di atas meja bulat bersama haruman bunga rampai yang semerbak mengharum di ruang tamu rumah.
Alhamdulillah nasib baik syahirah tak nangis masa potong jambul tuu,,,, dah standby mainan kotak susu yang dia suka pegang,, hihihi. Kalau kat kampung biasanya hanya 3 orang saja yang gunting jambul beby,,,biasanya dimulakan oleh pak imam dan juga orang2 yang bijak dalam ilmu agama.Selepas potong jambul selesai dilakukan oleh ketiga2 imam tadi,, tetamu lain akan menyapu minyak berserta air wangi ke atas rambut beby tadi,,,,, wah panjang pulak saya cerita hihihi.


Dah selesai oleh pihak lelaki,,,beby di bawa masuk diserahkan kepada ibunya,,, sekarang giliran kaum ibu pula untuk merenjis minyak dan air wangi tadi ,Setelah doa habis dibacakan,,,, tetamu di sajikan lauk kenduri iaitu nasi beriani,, ayam masak merah,, dalca,, acar timun dan juga kambing masak berempah.Tidak ketinggalan juga sedikit kuih muih turut disajikan,,,,Ok lah rakan rakan sekelian,,, penat berceloteh niii,,, kita jumpa di lain catatan.

2 ulasan:

  1. salam kak aina...comelnya baby syahirah...dah boleh duduk erk dia...umurnya berapa bulan dah kak aina...

    BalasPadam
  2. wasalam sya,,,,beby syahirah dah 9 bulan,,,, tengah belajar berjalan hihi,,,,cepatkan masa berlalu sya,,, kejap aje dah nak jalan,,,,tq sya.

    BalasPadam