Khamis, 6 Disember 2012

Nasi Ambang Parit Sulong

Hai semua rakan rakan pembaca blog WN. Tentu sibuk kan melayan anak anak yang bercuti sekolah nii,, ada macam macam karenah dia orang,,, seorang nak makan lauk tuu,, yang seorang nak makan lauk nii,,, hihihi. Anak lelaki saya yang kecik pula sibuk ngan permainan ipro mengalahkan abang dia pulak sampai lupa makan. Biasalah budak budak sekarang asyik main games aje cuti sekolah niii,. Seingat saya  masa zaman kanak kanak dulu,, masa cuti camnilah kita nak tolong emak kemas rumah, sapu sampah di halaman rumah,, lap tingkap, belajar masak,,pergi ke kebun tolong ayah dan lain lain lagi. Aduhai melalut pulak saya ni bercerita,,, hahaha,,,


Oklah harini nak tunjuk gambar kenduri kat rumah mak mertua pulak,,,,kenduri yasinan yang akan diadakan setahun sekali,,,,biasanya aktiviti yasinan ini di adakan pada hari ahad,,,maklumlah hari cuti dan ianya mengikut sistem giliran yang telah dipersetujui oleh ahli ahli kumpulan,,,jomlaa tengok gambar....




Tengokla tuu,,, teruja betul semua cucu nenek sulong nak mengupas bawang, sanggup lambat tidur menemankan nenek membuat persedian malam sebelum kenduri.Pagi esoknya semua makcik sebelah suami datang menolong apa yang patut untuk kenduri yasinan yang akan diadakan pada petangnya. Macam biasa kuih abuk abuk mesti ada,,, hahaha tak ketinggalan agar agar gula melaka,,,, tu yang best untuk di makan bersama nasi ambang nanti. Masa kenduri beginilah kita dapat berkumpul dengan adik beradik,, anak buah dan juga dapat lebih mengenali pakcik dan makcik yang kita jarang jumpa.Bestkan,,,,,,,






Lauk pauk untuk nasi ambang pun dah siap di masak,,, kelihatan Cik Nah dan Cik Ninah sedang meletakkan lauk di atas nasi yang telah siap di alas dengan plastik,,, biasanya kalau zaman dulu daun pisang lebih popular,, tapi sekarang penggunaan plastik lebih praktikal,, hihi katanya. Antara lauk lauk nasi ambang yang siap untuk dihidangkan ialah sambal terung,sambal goreng jawa, mee goreng,serunding udang emak dan juga lauk utama ayam masak kicap khas untuk orang jawa Parit Sulong aje,,, hihihi. Tengok tuu sedapkan,,,,,,, manalah nak cari nasi ambang variasi sedap kat KL nii,,, banyak juga yang saya dah rasa tapi tak sesedap nasi ambang macam niii.



Setelah kenduri yasinan selesai,,, para tetamu di jamu dengan hidangan nasi ambang berserta dengan sedikit kuih muih. Ok rakan rakan kita jumpa di lain catatan ye,,, tata .Kepada sesiapa yang tak pernah rasa lagi nasi ambang tu,,, bolehlah beli lepas ni ya,, rasa jangan tak rasa, bye.

3 ulasan:

  1. salam kak aina...sya serious x penah merasa nasi ambang ni selalu dok dengar jer..kak aina..nasi ambang makan dengan mee sekali erk?

    BalasPadam
  2. wasalam sya,,,, aaah sya nasi ambang biasanya di makan dengan sambal goreng jawa, mee goreng,,, kekadang tuu ade ikan bulu ayam,, serunding dan ayam masak kicap berempah atau ayam masak merah pun boleh,,,,, kalau kat langkawi rasanya akk tak pernah nampak ada orang jual,, 2 tahun yang lepaslaa,, kalau sya pergi kat Kg.Baru KL tu ada banyak gerai yang jual,, inshaallah kalau beli kat situ rasanya tak menghampakan,,

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ...kalau boleh saya tahu di kampung parit sulong batu pahat ini masihkah ramai orang jawa yang menetap di sana.. saya ingin membuat kajian mengenai masyarakat jawa di batu pahat..harap akak dapat membantu saya ..sekian terima kasih

    BalasPadam