Khamis, 7 November 2013

Lontong Jawa Asli Kampung Baru




Salam maal hijrah kepada semua sahabat pembaca WN. Semoga anda semua sihat selalu bersama tugas seharian dan keluarga masing masing. Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini kita menjadi insan yang lebih baik dari segenap aspek berbanding tahun sebelumnya.


Bersempena cuti maal hijrah hari selasa lepas, saya sekeluarga pergi ke Kampung Baru semata mata kerana akak dan encik suami nak makan lontong kat sana. Dah hampir setahun tak makan lontong asli Kampung Baru ni,,,,, memandangkan sekolah cuti so apalagi,, jalan jalan cari makan laa. Anak anak pula macam biasa, selera budak budak mesti nak makan nasi lemak ayam goreng.


Kat gerai ni memang banyak pilihan kalau nak makan lontong atau nasi lemak ke,, boleh pilih nak letak sambal sotong, kerang, rendang dan sebagainya. Pada akak tetap suka dengan bergedil kat gerai ni,, memang best emm tak pastilah pulak ayam ke daging rasa sedap aje terus makan hahahah.


Lontong jawa Kampung Baru ni memang terkenal popularnya,,,, lihat sahaja serundingnya tuu,, memang tip top,, kuah lontongnya pulak nampak lain sikit dari kuah lodeh orang johor,, bila dah campur dengan segala sambal memanglaa terbaik,,,,, siapa yang belum cuba tuu boleh datang kat gerai ni. Kalau lambat lambat datang gerenti lauk pauknya dah habis dan tak dapat tempat duduk hihihi,,, kena datang pagi pagi laa,,, jomlah tengok gambar,,,







Kalau dah datang kat deretan gerai ni gerenti tak sesat,, sebab ada satu gerai aje yang jual lontong daun pisang dan lopis.  Boleh makan bawah pokok kat tepi jalan lagi mana yang dating berdua tuu, hihihi. Mengikut kata tauke gerai, mereka menjual lontong dan lauk pauk ni sejak zaman nenek mereka lagi,,, hebatkan,,,,


 

Tapau kuih lopis bawa balik nak makan kat rumah,,, 



Ada kelainan sikit dari lopis yang emak buat,,,, kalau nak tau ,,, kenalah rasa ekkk,,,,

Dah kenyang makan lontong so sebelum balik sempat lagi soping dan jalan jalan kat sogo,, hahahha nak renew kad sogo dan ambil hadiah hari jadi yang lepas,, oklah dapat jute beg nii,,,,sapa nak bagikan dari takde,,, angkut ajelah hihi. Ok bye bye.




Isnin, 4 November 2013

Mee Rojak atau Rojak Manis Parit Sulong

Salam sejahtera kepada semua pembaca WN. Harini nak bercerita tentang mee rojak pulak. Biasanya kalau balik kampung, memang saya dan keluarga akan singgah dekat kedai nii. Rasanya orang Parit Sulong mesti tahu kan kedai makan ni,, memang tip top kalau bercerita tentang rojaknya. Dari zaman saya bersekolah rendah hinggalah dah jadi mak budak rasa rojaknya tetap maintain cuma nama kedai je dah berubah,, yang saya ingat dulu namanya "hamidah' sekarang dah canggih pulak dah biasalah ikut peredaran semasa,, hihi. Jom tengok gambar







Mee rojak kesukaan saya dari zaman kanak kanak lagi,,, 



Tah tarik pun okk,,,


 Roti canai pun sedap,,,,





Sempat lagi ambik gambar sejarah Parit Sulong kat restoren ni semua digantung di dinding sebagai hiasan,,, ok juga ilmu ni,,,




 Tengok menu tuu,,,,rojak mee dan rojak manis baru  3 hengget setengah,,,,




Tauke kedai,, tak taulah pewaris generasi ke berapa,,,lupa nak tanya,,,,haha




Ok ni la restoren mee rojak tuu,, berdepan dengan restoren ni dah nampak jambatan Parit Sulong dan sungainya,, ada taman permainan juga, perut dah kenyang bolehlah bawak anak anak bermain di taman.
Ok bye.

Ahad, 3 November 2013

Deepavali Di Zoo Negara

Salam mesra kepada semua pembaca WN yang dihormati. Semoga anda semua sihat walafiat disamping keluarga tersayang. Semalam cuti perayaan hari deepavali jadi akak pun ajak encik suami bawa anak anak pergi ke zoo negara.




  Hihihi, rasanya dah 3 tahun tak pergi sini. Saja nak tengok gelagat syahirah bila tengok haiwan haiwan di zoo. Harga tiket untuk orang dewasa 30rm seorang dan kanak kanak 10rm,,, syahirah dan farhan tak kena bayar. Jom tengok gambar,,,,




Naik bas kecik zoo nii,,,,, takut ke tuu syahirah,,,,




Rasa saya dua harimau dan singa kat atas tuu,,, dah berusia laaa,,, farhan kata singa yang ada rambut tuu kulit dia kedut kedut,,, hahahah







Budak budak nii macam takut jek,,,




 Badak sumbu,,,, kawasan ni luas dan berpagar,,,,





Berdekatan dengan kawasan badak sumbu, ada kuda belang, zirafah dan burung ostrich,,,




Farhan dan syahirah sibuk berlari,,,,  kakak, abang, mama dan papa makan aiskrim di bawah pokok,,, hahaha mula mula tuu main angkut je aiskrim sampai 6 ketul,,, lepas tuu baru tanya berapa hengget seketoi,,, kakak tuu kata 6 hengget, hahah ambik kooo,,, terkejut gak tapi takpelah sekali sekala makan aiskrim sambil tengok zirafah , bukan selalu pergi zoo kan,,,, 



Farhan relex je gambar dengan kuda kecik nii dekat children world



 Yang kakak ni takut2 sampai kuda tu dah merajuk lak,,,, tadi elok je kuda tuu tunjuk muka kat kandang,,,, adoiii kikiki




  Suka tengok burung flamingo ni,,,,,



Singgah kat kedai ni nak beli hadiah yang boleh dibuat kenangan,, macam biasa cuba teka,,,, hahaha




mug zoo la,,, banyak sangat pilihan gambar haiwan so pilih flamingo merah nii,,,rm11.80





Yang beg kertas dengan note book nii rasanya 3 tahun lepas pun ada beli tapi tak tau simpan dekat mana,,, so beli jelah lagi hihihi,,, ada fail, 1 notebook besar dan 1 kecil,, free gift lagi 1 notebook kecil,,, 10 hengget je.


  

yang ni kena ambik gambar dulu baru dapat fail gambar ni,, sekeping gambar 20 hengget,,, ada juga mug bergambar 30 hengget satu,, tapi akak tak beli pun,, janji bergambar dengan family cukuplah,,,,kalau beli mug letak dalam kotak pun buat apa kan,, baik phrame kan gambar tuu pun ok,, seganlak akk nak tunjuk gambar kat sini,,, hihi.

orait,,,, jumpa di lain catatan. Bye.