Rabu, 7 Mei 2014

Biskut Florentine

Salam mesra kepada semua pembaca blog WN. Semoga anda semua sihat sejahtera di samping kerjaya dan keluarga anda.

Sekarang akak dah ada hobi baru pulak,,,, hobi masak memasak. Lagilah semenjak dah beli oven baru nii,,, memang kena rajin untuk mencuba segala resepi tak kiralah biskut, kek atau roti. Di tambah pula dengan anak anak yang sedang membesar memanglah makanan tuu,, orang kata kena standby selalu. Jom layan gambar.


Ini dia oven baru akak,, europa valencia,,,, teruja tak,,,dah lama berangan nak buat biskut florentine nii,,,memang sesuai sangat dengan oven nii sebab traynya boleh muat size 14 atau 15 inci yang besar tuu,,,,




 Nampakkkk,, tu dia siap sedia untuk dimasak,,,,


Tengok tuuu,,,, dah siap potong, agak agak je,, bolehlahkan takdelah pro sangat,,,





Oleh sebab teruja sangat,, sebab perasmian pertama buat biskut dengan oven europa nii,, so akak bakar 13 minit saja dengan suhu 170 celcius,,, kalau ikut resepi dalam 15 minit biar nampak gelap coklet keemasan.





Emmm,, bolehlah,,,kena cuba lagi ni bagi nampak lagi cantik,,,jangan gelak ye kawan kawan
apapun tetap sedapppp dimakan,,,,hihi




Si kecik syahira tak henti mengunyah biskut nii sampai kekenyangan lupa susu,,, hihihi.


Ok ini resepi ringkas yang akak guna,,,akak copy dari blog azlita masam manis,

-200 gm tepung florenta ( sebungkus 500 gm berharga rm15.90),, boleh dapat 2 adunan kan,,,

-200gm almond flakes ( sebungkus 250gm yang kecik harganya rm 11.50),,,, mahalkan,,,,patutlah biskut ni                                       orang jual mahal)
-100 gm kuaci hijau      ( sebungkus 250 gm rm7.50)

-20 gm bijan hitam        ( sebungkus 250gm rm4.90)   

- kertas parchment ye,, bukan kertas minyak biasa untuk elakkan biskut melekat di tray,, kat kedai bakeri ada jual,, 4 keping rm 1.90.

-pisau pemotong pizza,,, harganya rm 7.50

Harga di atas tu, akak beli di Yummie bakery,,


Cara Membuat,,,

1 ) Badam dan kuaci perlu dibakar dahulu , suhu 170 celcius selama 5 minit

2 ) Sediakan loyang, alas loyang dengan kertas parchment

3 ) Panaskan oven suhu 170 c,

4 ) Tuang semua bahan dalam loyang,, ratakan biar nipis dan sekata

5 ) Bakar sehingga masak,, selama 10 minit hingga 15 minit mengikut kepanasan oven masing2

6 ) Keluarkan dari oven, terus potong kepada kepingan,,,, memang panaslah sikit,, akak pun terkedek-kedek juga potong, hihi

7 ) Sejukkan

Untuk pemahaman yang lebih lengkap,, sila lihat di sini


Ok, selamat mencuba, jumpa lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...