Sabtu, 22 Ogos 2015

Kek Lapis Cempedak Pertamaku

Salam hujung minggu kepada semua sahabat WN yang dihormati, harini kita layan cerita kek lapis cempedak ye. Bulan puasa yang lepas kebetulan kat rumah mil, banyak sangat buah cempedak yang masak ranum, so mil suruh saya bawak balik ke kl untuk goreng2 buka puasa. Memandangkan tangan gatal nak mencuba kek lapis cempedak, so projek mengupas, membuat jem n melapis kek memanglah memerlukan kesabaran yang tinggi, adoyaiiii ni first time buat kek lapis sampai 5 jam setengah,,, tau tak peeeee,,, penat woooo, selalu melapis kek tak pernah lebih 3 jam.

Anyway terima kasih kepada amie n bro rozzan di atas perkongsian resepi yang enak ini, emmmm tak boleh makan banyak2 ye sebab manis ohhh,,,kepada yang tak suka manis, saya rasa perlu kurangkan gula dari resepi asal ye. Jom layan gambar,,,



Satu kereta berbau cempedak,,,


Puree cempedak,,


Lapis demi lapis,,, 5 jam yee bercinta dengan cempedak,, confirm tak boleh masak untuk juadah buka kalau buat semuanya dari pagi sampai petang, hihi



Kes malas n kepenatan nii, gambar tak cantik kalau ambik dengan hpone cap ayam,,,janji ada lapis






Bila dah letak kat dalam bekas kuih, barulah nampak cantik,,

Kepada kawan kawan yang nak mencuba tuu, baca n fahamkan resepi betul betul ye, sebab kalau tersilap teknik n gaya, frustt nanti bayangkan guna 20 biji telur kuning ye,,, tengok kat sini 


Ok hingga jumpa lagi, selamat mencuba









3 ulasan:

  1. Assalam,
    Sedap nampak kek lapis cempedak ni,
    ni resipi yang mesti cuba, tapi memandangkan 20 biji telor merah tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wasalam kak mah, terima kasih kerana sudi singgah ke WN. Memang gerun kak bila fikirkan telur 20 biji tu, mana nak asingkan lagi hihi, inshallah kak mah, kalau dah fahamkan resepi dan caranya betul2 n yakinkan diri, pasti berjaya tuu, saya pun banyak kali juga cuba resepi dari blog n fb, ada yang jadi n ada yang tak jadi, untuk berjaya dalam bidang pastri n bakeri ni, kita kena banyak belajar untuk mencuba, bukannya apa kak mah, kalau nak ke kelas kelas berbayar tu , yuran memang agak mahal jadi pilihan di tangan kita. Selamat mencuba kak mah.

      Padam
    2. Ok inn sha Allah Aina,
      Kakmah kalau ada bahannya, rajin aja mencuba masak masakan ni,
      Tapi, hehe bila dah buat tu balik2 kakmah juga yang kena makan..

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...