Selasa, 1 September 2015

Kek Raya

Salam mesra kepada semua pembaca WN. Nak tunjuk juga kek kek raya hasil air tangan sendiri. Ada juga yang tak sempat nak ambik gambar disebabkan malas n lupa hihi. Layannn,,,




Kek lapis asam manis






Kek kukus buah,,, 4 jam ohhhh,,, kali pertama mengukus kek dengan menggunakan bekas plastik




Memang bercinta juga nak menyiapkan kek lapis idola, apatahnya lapis untuk adunan coklat dan milo tidak boleh terlalu lama atau hangit, jika ini berlaku lapisan kek akan menjadi keras,, so kena rajin tinjau oven juga.




Yang ni kek lapis cempedak memanglah bercinta melapis selama 5 jam


Ada lagi yang saya buat kek lapis sisik ikan asam manis, alhamdulillah menjadi juga dan rasa pun boleh tahan sedap serta corak pun cantik, suka sangat sampai lupa nak tangkap gambar. 

Kali pertama juga membuat cheese coklat brownies bertoping blueberry, pun ok kejadiannya. Semua kek ni kami bawa balik ke kampung untuk dinikmati oleh ahli keluarga. Anak anak kurang gemar makan kek lapis.

Ok jumpa lagi di lain catatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...