Rabu, 13 April 2011

Bunga Yang Menjadi Pujaan Peminat PML





Salam Rabu kepada semua peminat PML. Hari ini tibalah pula giliran saya untuk berkongsi set PML 5 roses yang sudah lama mendiami gerobok di teratak warisan nenek. Sorrylah rakan rakan semua, gambar kurang memuaskan, biasalah kamera dah nak expired dah 3 tahun lebih digunakan. Rasa sayang pulak nak beli kamera baru, tak nak buang duit tapi dalam masa yang sama banyak pulak membeli PML baru, hi3.






Set cawan yang sungguh cantik dan melentik di tangkainya, set cawan mini yang comel dan juga set minuman teh cina memang sentiasa cantik di pandang mata.








Teko kicap yang sungguh mengancam dan juga teko bulat yang dihiasi dengan kuntuman 5 roses yang cukup segar menambahkan lagi keserian set PML yang bernama 5 roses ini.





Pinggan bujur dan mug berpenutup bunga 5 roses di serikan lagi dengan kehadiran sepasang pelita comel pemberian dari teman fb di seberang tambak memeriahkan lagi koleksi bunga 5 roses di teratak warisan nenek.


Ok sahabat semua, kita jumpa di lain catatan ya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...