Salam 1 Malaysia. Semoga anda semua sihat sejahtera. Catatan hari ini menceritakan tentang keindahan dan keunikan teko kotak, lihat sahaja gambar di atas, elegance" sekali bentuk teko kotak ini kan. Tetapi amat sukar untuk mendapatkan teko kotak ini sekarang dan tidak diketahui ke mana menghilangnya teko kotak ini. Amat jarang didapati dan saya sendiri pun tidak tahu di mana hendak menggali atau membeli teko kotak yang lama lama ini apalagi ke kedai apekk atau nyonya tidak pernah di temui. Baik di flea market pun semakin kurang terserempak dengan spesis ini. Jadi sekiranya anda semua ada info tentang teko kotak atau di daerah mana banyak ianya di dapati, bolehlah message saya ye, terima kasih.
Terserlah keindahan bunga poppy ini, corak bunga yang besar dan jelas. Puas hati apabila daku memandang.
Ini pula bunga periuk kera. Unik sekali kan coraknya dan saya pun baru belajar tentang nama bunga periuk kera setelah memiliki teko ini. Sudah bertahun meninggalkan zaman persekolahan tanpa di sedari sejak mengumpul teko teko ini, berputik kembali semangat saya untuk mengetahui dan mengkaji nama nama bunga dengan lebih mendalam lagi. Hi hi hi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan