Selasa, 1 April 2014

Dunia Bersedih

Salam ceria kepada semua pembaca WN. Semoga anda semua sihat selalu. Dah sebulan akak tak menulis dalam blog, mood malas melanda dan juga sibuk dengan perkembangan berita MH370. Akak yang malas tengok tv ni pun, sanggup duduk lepak depan tv tengok berita. Memang sedih dari segi emosi bila mendengar radio atau melihat di kaca tv tentang tragedi yang menimpa MH370.

 Marilah kita sama sama berdoa semoga misi pencarian MH370 segera berakhir dengan penemuan kotak hitam dan juga semoga pasukan penyelamat SAR yang terlibat dalam operasi ini dipermudahkan segala urusan. Al Fatihah kepada semua penumpang dan anak kapal MH370. Semoga keluarga semua penumpang dan anak kapal diberikan kekuatan semangat dan kesabaran yang tinggi dalam menempuhi hari hari mendatang.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...