Selasa, 1 April 2014

Tat Nenas

 Salam mesra kepada semua sahabat pembaca blog WN. Mood rajin tiba tiba datang masa cuti sekolah yang lepas so akak cubalah tengok tengok resepi kat blog masakan nak buat biskut tat nenas. Alhamdulillah menjadi tat nenas tuu,, hasil percubaan pertama .

 Rasa nak tergelak pulak bila biskut tat dah siap,,tak sangka rasanya sedap dan biskut pun memuaskan walaupun kali pertama terkedek kedek mencuba,, yelah selama ni main beli dan makan aje,,, tapi kan akak ni memang cerewet kalau pilih beli biskut tat nenas,,, kebanyakan yang ada di pasaran tuu nampak je cantik tapi hasilnya mengecewakan. Sebab tu akak suka tukar tukar dan meninjau lain lain kedai atau bakeri terutama bila nak beli biskut tat nenas. Lebarnya celoteh akak,,, jom tengok gambar,,,,





Kalau tak cuba buat,, mana kita nak tau kan,, susah ke senang nak buat tat nenas nii,,,,




Farhan memang suka tolong mama kat dapur,, hahaha,, habis bersepah,,,




Bolehla,,, puji diri sendiri nii,,,tat dibiarkan sejuk dulu sebelum dimasukan dalam bekas kedap udara.







Mengimbau kenangan zaman kanak kanak,,, biskut tat nenas diisi dalam bekas kuih pyrex butterdish chelsea,,,,,emmmm mahal kenangan tuu,,, bersusah payah akak  nak dapatkan bekas kuih chelsea nii,, susah nak dapat,,, koleksi pyrex chelsea bekas kuih ni memang top masa akak sekolah rendah dulu,,, boleh dikatakan ramai kawan kawan emak di kampung yang guna.




Zoom gambar biskut dari dekat,,,, lawa ke ade senget2,, hihi



Alhamdulillah dapat tapau sebalang untuk emak, bapak, kakak rasa masa balik kampung cuti sekolah tadi,,,

kepada kawan kawan yang nak cuba buat biskut tat nenas nyonya ni,, sila klik di sini ye,,,terima kasih kepada kak jee di atas resepi yang meletup nii,,,






Selamat mencuba, bye2.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...